Sunday, November 28, 2010

khasiat delima @ pemograntage


Satu lagi buah yang jarang kita temui dan agak sukar didapati dinegara ini. Mari kita tengok pulak apakah khasiat buah delima nie mungkin selepas ini kita akan beli apabila terlihat di supermarket dan buat jus daripadanya. Antara manfaat duah delima adalah untuk:-


Menentang Kanser Payudara, paru-paru dan prostat

Penyelidikan telah dibuat di Israel menunjukkan bahawa sari buah delima menghancurkan sel-sel kanser payudara sementara meninggalkan sel sihat saja. Hal ini juga dapat mencegah sel kanser payudara dari pembentukan.


Kajian yang dijalankan pada tikus menunjukkan bahwa sari buah delima dapat menghalang perkembangan kanser paru-paru. Kajian juga dijalankan dan menunjukkan bahawa delima boleh melambatkan kanser prostat pada tikus. (pssst...setakat nie hanya pada tikus, kalau manusia cuba bukan satu kerugian sebab buah delima bukan racun)

Menstabilkan tahap PSA

Dalam sebuah penelitian terhadap 50 laki-laki yang telah menjalani rawatan untuk kanser prostat, 8 aunt jus delima setiap hari telah menstabilkan tahap PSA kepada tahap yang lebih baik, mengurangkan keperluan untuk rawatan lebih lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon.

Melindungi otat bayi


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan pati jus delima boleh melindungi otak bayi dari kerosakan selepas kecederaan atau akibat terhantuk.

Menurunkan tekanan darah dan kolestrol

Jus buah delima dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Melindungi gigi

Penyelidikan menunjukkan bahawa minum jus delima mungkin merupakan cara semulajadi untuk mencegah plak gigi. Di Iran dan Iraq, jus delima yang dibuat sebagai bahan kumuran terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah infeksi sehingga membantu menghilangkan bau mulut.

Kegunaan lain buah delima

kandungan zat tanin dalam buah delima boleh membius cacing gelang, cacing rambu dan cacing pita dalam usus sehingga mereka boleh dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Cara ini digunakan oleh penduduk mesir dan Vietnam.

Dengan memakan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya boleh memulihkan suara yang serak dan menghindari kekeringan kerongkong.

Wah banyaknya kebaikan buah delima so jom kita lihat pula berapa kalori dan zat lain dalam buah delima.


Untuk sebiji buah delima, anda akan memperolehi:-

Energy
189.6 cal
789.6 kJ
Total Fat
0.5g
- Saturated Fat
0g
- Monounsaturated Fat0g
- Polyunsaturated Fat0g
- Omega 3 Fat0mg
- Trans Fat-
Cholesterol0mg
Sodium9.6mg
Total Carbohydrates32.4g
- Dietary Fibre15.4g
- Sugars32.4g
Protein4.6g
Potassium504mg
Iron1.2mg
Calcium33.6mg
Zinc1.0mg
Alcohol0g
Vitamin C33.6mg
Magnesium21.6mg
Retinol equivalent26.4μg
Starch & dextrins0g
Thiamin0.0mg
Riboflavin0.0mg
Niacin equivalent1.7mg
Niacin1.0mg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...