Papaya atau betik dalam bahasa kita mengandungi 'papain' yang menolong untuk menghadam makanan. Jom kita tengok apa lagi manfaat betik.
Penyakit jantung:
Betik sangat membantu untuk mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung. Betik merupakan sumber vitamin C serta sumber-sumber yang sangat baik dari vitamin E dan beta-karoten dan tiga antioksidan. Nutrisi ini membantu mencegah pengoksidaan kolesterol. Kolesterol yang dioksidakan mampu menempel dan terkumpul di dinding pembuluh darah, membentuk plak berbahaya yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung atau stroke.
Kolesterol tinggi:
Betik juga merupakan sumber serat yang sangat baik, yang telah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi. Asid folat ditemui dalam betik diperlukan untuk penukaran zat yang disebut homosistein menjadi asid amino baik. Homosistein yang berlebihan boleh merosakkan dinding pembuluh darah dan dianggap merupakan faktor risiko yang signifikan untuk serangan jantung atau stroke.
Kanser:
Serat betikserat mampu mengikat racun penyebab kanser dalam usus besar dan menjauhkan mereka dari sel-sel usus yang sihat.Selain itu, papain, vitamin C, beta-karoten, dan vitamin E masing-masing dikaitkan dengan penurunan risiko kanser usus besar. Nutrisi ini memberikan perlindungan signifikan untuk sel kolon dari kerosakan radikal bebas pada DNA mereka.Meningkatkan nutrisi dengan menikmati betik adalah idea yang sangat baik untuk individu pada risiko kanser usus.
Keradangan:
Enzim-enzim yang terkandung dalam betik dapat membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyembuhan dari luka terbakar
Wah banyaknya manfaat betik so sekarang jom kita lihat pulak berapa banyak yang patut kita ambil sehari-hari terutama bagi mereka yang mengawal pengambilan kalori.
Satu cawan potongan isi betik mengandungi:-
Nutrition Details | |
---|---|
Energy | 51 cal 213 kJ |
Total Fat | 0.2g |
- Saturated Fat | 0g |
- Monounsaturated Fat | 0g |
- Polyunsaturated Fat | 0g |
- Omega 3 Fat | 0mg |
- Trans Fat | - |
Cholesterol | 0mg |
Sodium | 10.5mg |
Total Carbohydrates | 10.4g |
- Dietary Fibre | 3.5g |
- Sugars | 10.4g |
Protein | 0.6g |
Potassium | 210mg |
Iron | 0.8mg |
Calcium | 42mg |
Zinc | 0.5mg |
Alcohol | 0g |
Vitamin C | 90mg |
Magnesium | 21mg |
Retinol equivalent | 228μg |
Starch & dextrins | 0g |
Thiamin | 0.0mg |
Riboflavin | 0.0mg |
Niacin equivalent | 0.6mg |
Niacin | 0.5mg |
Secawan potongan betik sahaja untuk sekali makan. Ada perkara lucu yang berlaku pada saya dalam mengikut menu diet thebiggestloserclub. Dalam hidangan snack diletakkan secawan pawpaw....puaslah saya fikir apa itu pawpaw bila taip kat google translate rupa-rupanya pawpaw tu adalah betik atau papaya. Jadi betik adalah salah satu hidangan snack yang amat berkhasiat.
No comments:
Post a Comment