Sunday, November 28, 2010

Khasiat avokado


Avokado sejenis buah yang amat jarang mendapat perhatian dari kita semua. tidak seperti buah-buahan yang lain yang 100% bebas lemak tapi anda tidak boleh berkata begitu terhadap avokado. Kandungan kalori, lemak dan minyak yang tinggi didalamnya bukan sahaja menjadi sumber tenaga utama yang diperlukan terutama pada ketika berpuasa tetapi juga mengurangi kadar kolestrol dan menjaga kelenturan otot-otot sendi. Avocado amat bagus dalam membekalkan asid oleic yang boleh menperseimbangkan kadar kolestrol dalam badan dengan hanya mengambilnya selama 7 hari berturutan. Avocado juga mengandungi potasium yang bagus untuk seseorang yang aktif menjalankan latihan/excersice seharian dalam membekalkan tenaga.

Nutrient yang utama dibekalkan oleh avokado adalah vitamin K. Secawan avokado membekalkan lebih 35% dari keperluan vitamin K anda seharian. Vitamin K memainkan peranan besar dalam kemampuan darah untuk berfungsi, jadi pastikan anda mendapatkan secukup bagi kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Kita dah tahu akan kebaikan avokado, sekarang jom kita lihat pulak berapa kalori dan nutrient yang ada dalam avokado.

Untuk setiap 1 cawan potongan isi avokado mengandungi:-

Kalori: 234
Protein: 2.9 grams
Karbohidrat: 12.4 grams
Lemak: 21.5 grams
Fiber: 9.8 grams

Sekarang anda dah tahu khasiat avokado dan kandungan kalori dalam avokado jadi anda dah tahu berapa yang patut anda ambil. Amalkan sikap bersederhana dalam segala hal. Setiap sesuatu yang baik akan bertukar menjadi buruk jika diambil berlebihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...