Sebenarnya sudah hampir 2 minggu saya tamatkan keahlian TheBiggestLoserAsiaClub. Sangkakan sudah boleh bergerak sendiri tanpa pertolongan TBLC. Selama 2 minggu terasa lain macam....seolah-olah macam hilang 'seorang kawan baik' yang amat setia melayan kerenah saya ketika diet. Saya mula hilang displin....mula tidak memikirkan tentang kalori ketika ambil makanan dan yang paling mengejutkan adalah apabila pagi semalam....saya buat timbangan dan berat badan saya naik sebanyak 2 kg.
Pagi tadi selepas berfikir semalaman......saya rujuk balik 'hubungan' saya dengan TBLC....nampaknya saya tidak boleh 'berpisah' dengan TBLC. Ia bagaikan satu kemestian yang perlu dilakukan setiap hari.....tulis diari tengok kalori, ikut keperluan excersice dsb. Sebenarnya saya dah cuba untuk guna diary diet yang percuma tapi rasa macam tak ada 'kick'lah. So this morning, secara rasminya saya menjadi ahli TBLC kembali.....so hari nie saya mula balik menulis diari. Bila kita sendirian berdiet tanpa teman baik disisi kita untuk tegur dan menjadi penaik semangat maka pertolongan dari TBLC sebagai teman baik adalah diperlukan. Kita tidak boleh melakukan keseorangan......bukan senang hendak berdisplin, saya akui itu. Sokongan dari seorang kawan baik amat diperlukan.....bertuah anda jika dapat berdiet bersama orang tersayang. So saya tidak boleh berpisah dengan TBLC.....kena rujuk balik selepas 2 minggu 'bercerai'.
Seorang pengunjung blog ini bertanya berkenaan dengan pengambilan buah tembikai dalam diet. Ini adalah kalori bagi sepotong buah tembikai (potongan sedang) iaitu 40 kalori. So tidak ada masalah nak makan tembikai. Makanan semulajadi....so makanlah tapi ingat dalam apa-apa sekalipun kenalah bersederhana maka makanlah hanya sepotong tembikai bukan sebelah tembikai atau sebiji tembikai. Ia lebih baik dari anda makan sebiji karipap (150 kalori). Lebihkan buah-buahan dalam diet anda.....jadikan ia sebagai kudapan apabila anda lapar terutama waktu malam.
Beliau juga bertanya sama ada minum air mengemukkan. Air kosong tidak mengandungi kalori malah badan kita memerlukan 8 gelas sehari. Kekurangan air akan menyebabkan diet anda gagal.....lebih minum air juga tidak elok. Oleh itu pastikan anda cukup minum 8 gelas sehari. Saya tidak pasti dari sumber mana anda ambil yang menyatakan air itu mengemukkan. Banyakkan membaca supaya anda tidak terpengaruh dengan fakta-fakta yang tidak betul seperti ini. Jika anda mendapat sesuatu fakta, pastikan anda sahkan dulu kesahihah sumbernya.....jangan terus terima sahaja. Dalam entry yang lepas, saya ada ceritakan berkenann sembang saya dengan kawan dari Kuching yang berdiet guna pusat pelangsingan badan. Kawan saya nie menyatakan kepada saya bahawa beliau ditegah dari minum air pada waktu malam.....beliau dikehendaki mencukupkan 8 gelas sehari sebelum jam 8 malam. Alasannya adalah supaya muka tak sembab. Bila saya terima info nie dari dia.....saya cuba cari kesahihah fakta nie dalam internet....malangnya saya tidak menjumpai mana2 artikel atau kajian berkaitan fakta ini. Ini hanyalah pandangan pusat pelangsingan tersebut dan pusat itu telah menyebabkan kawan saya mengamalkan crazy diet.
No comments:
Post a Comment