Sunday, November 28, 2010

Khasiat Epal


Epal amat dikenali kerana kandungan fiber didalamnya. Oleh kerana fiber memainkan peranan penting dalam diet maka epal menjadi pilihan yang terbaik terutama jika kita cuba mengawal pengambilan kalori.

Epal mengandungi vitamin C yang menolong memperkuatkan sistem imunisasi dan menghalang kita daripada mudah jatuh sakit. Kombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam epal serta kandungan asid oksalik membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia yang kuat tetapi selamat 'membebaskan' kotoran yang ada pada usu besar yang telah mendap berhari-hari, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam epal juga mampu mengurangkan kadar kolestrol yang menganggu fungsi jantung

So apalagi dapatkan sebiji epal sehari dalam diet harian anda. jadikan kudapan anda terutama diwaktu malam apabila perut anda terasa lapar dan kandungan fiber dalam epal menghalang niat anda untuk makan lewat malam.

Tunggu dulu....jom kita tengok pulak kandungan kalori dalam epal. kita kenalah tahu berapa kalori dalam epal kan sebelum mengambilnya.

Untuk setiap epal yang bersaiz sederhana (3" diameter) yang anda makan, anda akan mengambil:-

Calories: 95
Protein: 0.5 grams
Karbohidrat: 25.1 grams
Lemak: 0.4 grams
Fiber: 4.4 grams

 
Sekarang anda dah tahu berapa kalori dalam sebiji epal bersaiz sederhana so ambil sebiji sehari sudah mencukupi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...