Monday, February 28, 2011

Week 20, Weight in results


Ini results timbangan hari ahad lepas. Agak terkejut jugak bila tengok angka kat timbang.....turun 1.4 kg minggu yang ke 20. Alhamdulillah semakin hampir ke target ke 2, sekarang dah turun 12.6kg. Untuk minggu ke 21 nie ada sedikit cabaran sebab saya berada di asrama.....makan makanan yg disediakan oleh katering, sarapan pagi tadi hanya disediakan nasi goreng, tengahhari pulak ada 3 jenis lauk iaitu ikan masak merah, daging goreng merah dan kurma ayam berserta sup dan sayur campur....seee banyaknya pilihan....mengoda sungguh.



Kepada pengunjung baru yang melawat blog ini, adalah dimaklumkan bahawa diet saya ni tidak mengunakan apa-apa produk pelangsingan badan/ubat kurus atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Saya happy jika anda berjaya menurunkan berat badan dengan mengunakan produk....good for u....tapi saya terpaksa delete komen anda dari dipaparkan sebab saya tak percayakan produk dan saya tidak mahu ia dipromote diblog ini. Saya berdiet berdasarkan pengiraan kalori....saya makan dalam had kalori so saya berdiet tanpa bantuan ubat-ubatan atau produk....saya publishkan perkembangan diet saya dalam blog ini dan blog resepidaria.blogspot adalah untuk menunjukkan bahwa tiada mustahilnya berdiet tanpa produk yang penting kita tahu apa yang kita makan......dan tanpa berlapar.

Tuesday, February 22, 2011

Week 19, weight in results

Sedar tak sedar sudah 19 minggu saya berdiet secara makan berdasarkan pengiraan kalori yang dibantu oleh thebiggestloserclub. Sepanjang tempoh 19 minggu, perjalanan diet saya mengalami turun naik yang tidak menentu apabila emosi terganggu beberapa minggu kebelakangan ini. Setelah berazam untuk kembali semula ke diet program, alhamdulillah minggu nie saya turun 0.4kg. Rendah betul penurunan nie.....saya kurang bersenam malah rasanya sudah hampir 2 minggu saya tidak ke gym. Ini gara-gara sibuk dengan urusan pindah rumah baru. Walaupun sedikit tapi tetap turun dan ini adalah sesuatu yang memberangsangkan dan menaikkan semangat untuk terus berusaha lagi.


Ini result keseluruhan. Bermula dari 79.4kg saya dah berjaya turunkan 11.2 kg dalam tempoh 19 minggu. Saya jumpa seorang staff jabatan lain dalam lift beberapa hari lepas.........dia pandang saya atas bawah kemudian dia tegur "badan Puan dah kurus sekarang". Saya jawap 'ye....saya dah turun lebih 10kg dalam 4 bulan'. 'Bagusnya Puan....kalau saya setahun pun belum tentu dapat turun 10kg'. Apa yang saya nak sampaikan disini walaupun berapa kg yang anda turun dalam sesuatu tempoh.....ia adalah satu kejayaan. Jangan sesekali buat perbandingan antara diri anda dengan orang lain......tahap metabolisma badan kita berbeza. Ada orang cepat turun berat badan dan ada orang ambil masa yang lama untuk turun.

Saya buat post berkaitan dengan perjalanan diet saya bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau nak tunjuk hebat. Ia adalah salah satu strategi saya untuk menaikkan motivasi diri saya sendiri dan dalam masa yang sama saya ingin kongsikan bersama anda pengalaman yang saya perolehi dari perjalanan diet ini. Pelajaran yang paling baik adalah dari pengalaman. Ada beberapa pembaca blog resepidaria.blogspot.com.....bila tengok saya tulis yang saya berdiet maka mereka tinggalkan comment supaya merujuk artikel dalam blog mereka tentang cara betul nak berdiet. Hellllooooooo....kalau setakat artikel, saya boleh dapat kat internet berlambak-lambak. Sebab itulah dalam blog ini atau blog resepidaria, saya suka tulis sesuatu yang telah saya cuba (seboleh-bolehnya) atau bercakap dari pengalaman hidup saya sendiri.

Ada satu orang tu.....satu hari dia masuk blog saya dan tinggalkan jejak dia kat shoutbox, dia kata 'tahniah sebab turun berat badan'. Selalunya kalau sesiapa yang tinggalkan komen kat shoutbox saya akan balas kunjungan ke blog mereka semula. Jadi saya ingat saya dah pergi ke blog dia nie. Dua minggu kemudian, dia tinggalkan jejak lagi kat shoutbox saya " Ehhhhh awak pun diet macam saya lah.....tak sangka awak pun ikut cara saya". Saya pergi ke blog dia 'eh rasa dah pernah datang kat sini' dan saya baca entry yg dia tulis....kebanyakannya adalah copy bulat2 entry saya. Dia baru dua minggu sdangkan saya ketika itu sudah 3 bulan.....so dia kata saya ikut dia. Tak kisahlah sapa ikut sapa....yang penting saya turun berat badan dan dia pun turun berat badan. Komen dia tu saya dah delete.

Thursday, February 17, 2011

Segarkan ikan yang disimpan lama



Ini adalah ikan siakap yang saya beli sebelum tahun baru cina. Saya simpan dalam peti ais hampir 2 minggu. Bila nak masak sudah tentu ikan siakap nie tidak segar lagi seperti ketika ia baru dibeli. Untuk mengatasi masalah ini saya telah gunakan petua ini iaitu:-

SELEPAS DIBASUH BERSIH IKAN TERSEBUT. MASUKKAN DALAM BEKAS DAN TUANGKAN SUSU SEGAR KEDALAMNYA. BIARKAN IA SELAMA 30 MINIT ATAU LEBIH. BILA HENDAK MASAK BARU BERSIHKAN IKAN TERSEBUT.

Saya sudah mencuba dan ternyata ia memang berkesan. so andapun boleh mencuba juga.

Monday, February 14, 2011

i'm coming back to diet program

Bulan-bulan yang lepas......saya betul-betul rosakkan diet saya. Perjalanan diet jadi tunggang terbalik, sekejap turun sekejap timbangan naik mencanak. Dalam 2 bulan yang lepas....emosi saya amat-amat terganggu. Saya gagal mengawal emosi.........saya jadikan makanan manis seperti coklat dan ais cream sebagai penenang akibatnya berat badan saya mendatar sahaja.......tak turun dan tidak naik. Selama 5 minggu berturut2 tiada penurunan berat badan. Semalam saya buat timbangan, berat saya naik 0.4 kg....ukuran waist bertambah 2 cm. Saya terkejut sangat.

Lepas buat timbangan diwaktu pagi, petang saya pergi ke The Curve untuk cari sedikit barang. Singgah sebentar di Cosway sebab nak beli special mop. Ms Wong, tokey kedai Cosway yang memang kenal lama dengan saya dan saya pun selalu lepak kat kedai dia. Dia tegur saya ' u nampak betul-betul slim sekarang.....look nice". Kata-kata dia buat saya sedikit gembira selepas kecewa dengan timbangan. Saya decide to start back......or coming back to my diet program. Saya takan biarkan emosi ganggu saya lagi.......saya takan biar 'musuh' saya menang dengan membiarkan diri saya menderita. This morning ketika dalam kereta untuk pergi kerja.....saya dengar lagu nie.


I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
(sorrylah setakat nie je yang saya ingat hahahahah....saya google cari lirik lagu nie dan nama penyanyi tapi tak jumpa)

So i'm coming back to my diet program. saya akan cuba capai target ke 2 iaitu 64kg sebelum akhir Mac. That my promise......saya akan usahakan. I can do it. Saturday morning, seorang gym instructor tiba-tiba tegur saya " u are very hardworking person.....i always see u at gym doing cardio and join classes".Saya seorang yang nekad.....bila saya kata saya nak buat saya akan buat bersungguh-sungguh tapi saya juga seorang yang sangat rapuh......saya tak tahan tekanan....bila saya tertekan saya akan cari makanan dan makan....makan.....makan.

Tindakan pertama saya bila dah balik semula ke diet program

1) Bawa bekal dan makan kat dalam bilik sendiri sebab kalau makan kat pantry.....tangan saya gatal nak ambil makanan rakan-rakan sekerja yang lain. Makanan mereka menarik u....aduhhhh tak tahan godaan.

Saya nak perkenalkan bekas bekalan saya. La Gourmet thermalware, hadiah percuma masa beli peti ais kat Harvey Norman tempohhari. Saya suka bekas nie sebab saiznya betul-betul ngam dengan portion makanan yang patut diambil bila diet.




Sarapan saya - Instant oat + 1/2 madu + 1/2 cup HL milk. Hidangan ini mengandungi 231 kalori. Instant oat hanya 1/2 cawan atau seberat 44gm sahaja. Oat mengenyangkan dan anda boleh letakkan kismis, potongan buah-buahn campur, kekacang dll supaya oat anda menarik. Saya tak suka makan oat yang dimasak atau dimasukkan air panas......tekak saya tak boleh terima. Bekas putih tu kecil saja hanya separuh dari panjang pen.



Ini pula bekalan lunch saya untuk tengahhari ini. Nasi tu hanya 1/2 cawan dan ia betul2 muat dalam bekas tu. Sesuai sangat. sayur je terkurang sikit.....sayur harus 2 bekas sebesar diatas dan lauknya adalah ikan masak asam pedas. Hidangan nie semua kecuali sayur, saya masak dinner semalam.....masak extra supaya boleh bawak lunch hari nie. Petang nie nak masak mihun sup sebagai dinner malam nie dan lunch esok.

2. Up-date myDiary setiap hari. Diary saya dalam laman web thebiggestloserclub dah tak berisi sejak sebulan yang lepas. Ikut semula menu dan excersice plan. takan culas lagi.....jika tidak saya akan malu dengan anda jika tidak capai target 64kg.  

Thursday, February 10, 2011

Blog saya dah kembali semula


Lega rasanya bila email saya dapat dibuka semula. Bermula dari 23/1/2011 saya hadapi masalah untuk bukak id email saya. Semuanya disebabkan email saya telah di cerobohi, Warning: We believe your account was recently accessed from: United Kingdom (uk-noc.net:89.238.165.138). Memang seksa jugaklah nak dapatkan balik id email tu. Yelah blog nie guna alamat email tu.....memang sayang kalau blog nie hilang terus.

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak dapat balik id email tu tapi tiap-tiap hari saya akan terima spam email nie. Hari nie saja saya dah terima 139 spam email. letih nak mendelete tiap2 hari. kalau ikutkan email spam nie kan saya nie dah jadi billionaire......tiap2 hari menang duit. Manusia laknat nie ada saja idea nak menipu orang......sapalah yang percaya dengan email macam nie.


Ini Omar Hasan dari Dubai, dia nie dah nak mampus dah.....dah tenat dan nak dermalah harta dia kat orang.


Ada 139 spam email yang saya terima dalam minggu nie. Semuanya mengumumkan saya menang loteri, terpilih sebagai trustee harta mereka.




 Ini surat cinta yang paling romantik sekali. Hebat oooooo bahasa dia. Ex-BF saya pun tak seromantik ini malah tak pernah lagi saya terima email seromantik nie. Manusia laknat nie menyamar sebagai seseorang yang ingin cari cinta, bila dah ada orang yang jatuh cinta kat dia maka dia akan pura-pura hantar hadiah pastu suruh sipenerima bayar duit post.



Tengoklah macam-macam idea manusia untuk menipu. Paling ketara kat sekeliling kita adalah manusia yang tawarkan idea untuk kaya cepat. labur sikit, untung banyak. Jangan lah kita menjadi seorang yang terkena tipu helah begini. Moga anda dan saya akan terselamat dari tipu helah manusia laknat begini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...