Tuesday, February 22, 2011

Week 19, weight in results

Sedar tak sedar sudah 19 minggu saya berdiet secara makan berdasarkan pengiraan kalori yang dibantu oleh thebiggestloserclub. Sepanjang tempoh 19 minggu, perjalanan diet saya mengalami turun naik yang tidak menentu apabila emosi terganggu beberapa minggu kebelakangan ini. Setelah berazam untuk kembali semula ke diet program, alhamdulillah minggu nie saya turun 0.4kg. Rendah betul penurunan nie.....saya kurang bersenam malah rasanya sudah hampir 2 minggu saya tidak ke gym. Ini gara-gara sibuk dengan urusan pindah rumah baru. Walaupun sedikit tapi tetap turun dan ini adalah sesuatu yang memberangsangkan dan menaikkan semangat untuk terus berusaha lagi.


Ini result keseluruhan. Bermula dari 79.4kg saya dah berjaya turunkan 11.2 kg dalam tempoh 19 minggu. Saya jumpa seorang staff jabatan lain dalam lift beberapa hari lepas.........dia pandang saya atas bawah kemudian dia tegur "badan Puan dah kurus sekarang". Saya jawap 'ye....saya dah turun lebih 10kg dalam 4 bulan'. 'Bagusnya Puan....kalau saya setahun pun belum tentu dapat turun 10kg'. Apa yang saya nak sampaikan disini walaupun berapa kg yang anda turun dalam sesuatu tempoh.....ia adalah satu kejayaan. Jangan sesekali buat perbandingan antara diri anda dengan orang lain......tahap metabolisma badan kita berbeza. Ada orang cepat turun berat badan dan ada orang ambil masa yang lama untuk turun.

Saya buat post berkaitan dengan perjalanan diet saya bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau nak tunjuk hebat. Ia adalah salah satu strategi saya untuk menaikkan motivasi diri saya sendiri dan dalam masa yang sama saya ingin kongsikan bersama anda pengalaman yang saya perolehi dari perjalanan diet ini. Pelajaran yang paling baik adalah dari pengalaman. Ada beberapa pembaca blog resepidaria.blogspot.com.....bila tengok saya tulis yang saya berdiet maka mereka tinggalkan comment supaya merujuk artikel dalam blog mereka tentang cara betul nak berdiet. Hellllooooooo....kalau setakat artikel, saya boleh dapat kat internet berlambak-lambak. Sebab itulah dalam blog ini atau blog resepidaria, saya suka tulis sesuatu yang telah saya cuba (seboleh-bolehnya) atau bercakap dari pengalaman hidup saya sendiri.

Ada satu orang tu.....satu hari dia masuk blog saya dan tinggalkan jejak dia kat shoutbox, dia kata 'tahniah sebab turun berat badan'. Selalunya kalau sesiapa yang tinggalkan komen kat shoutbox saya akan balas kunjungan ke blog mereka semula. Jadi saya ingat saya dah pergi ke blog dia nie. Dua minggu kemudian, dia tinggalkan jejak lagi kat shoutbox saya " Ehhhhh awak pun diet macam saya lah.....tak sangka awak pun ikut cara saya". Saya pergi ke blog dia 'eh rasa dah pernah datang kat sini' dan saya baca entry yg dia tulis....kebanyakannya adalah copy bulat2 entry saya. Dia baru dua minggu sdangkan saya ketika itu sudah 3 bulan.....so dia kata saya ikut dia. Tak kisahlah sapa ikut sapa....yang penting saya turun berat badan dan dia pun turun berat badan. Komen dia tu saya dah delete.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...