Thursday, December 16, 2010

Raj, juara Thebiggestloser Asia Season 2

Raj, menjadi juara Thebiggestloser Asia musim ke 2. Masa Raj keluar, wowwwwww....lain sungguh muka dia, dah nampak sangat hensom.

Nai, peserta dari Thailand. pencabar terdekat Raj, hanya kalah pada Raj dengan kurangan 1 kg. Malam tu saya dan myhousemate, berharap sangat agar Nai yang memenangi TBLA musim ke 2 nie. Untuk mengalahkan raj, Nai perlu turun berat sebanyak 64 kg tapi bila timbang Nai hanya berjaya turun 63 kg....memang frust sungguh...hanya 1 kg saja lagi untuk dia jadi juara.
 3 peserta terakhir Thebiggestloser asia musim ke 2.
 Lihat perbezaan Raj.
 Nai nampak sangat segak pada malam tu.
Sebenarnya saya cuba cari banyak gambar Scott Hanna, peserta yang terkeluar dalam episod 2 apabila Pasukan Biru diberi peluang memilih ahli pasukan merah yang hendak disingkirkan. scott adalah pencabar paling ditakuti oleh Raj.

Gambar credit kepada Thebiggestloser Asia.com

Adakah anda mendapat inpirasi apabila melihat gambar-gambar diatas. Mereka boleh....anda pun boleh. jangan harapkan fiqure besar seperti mereka dapat turun 1/2 - 1 kg seminggu dah satu kejayaan yang besar.

Tuesday, December 14, 2010

Kisah Zulaikha

Saya kongsikan bersama anda artikel ini sebagai satu motivasi. Artikel ini disiarkan didalam Mingguan Malaysia Ahad 26 Mac 2006, Luahan Rasa bersama Putri dan saya pernah publish artikel nie dalam blog saya yang satu lagi tapi blog tu dah diprivatekan.  Artikel ini saya simpan kerana ia amat bermakna buat diri saya. Penulis iaitu Zulaikha telah memberikan satu semangat dalam diri saya untuk melakukan perubahan yang sama.

*********************************************


Putri,

Kira-kira empat tahun nan lalu, saya mengalami masalah berat badan yang sangat serius. Berat badan saya pada masa itu telah mencecah 98kg. ketika itu, saya berasa sungguh tertekan dan rendah diri yang amat sangat. Saya dibeza-bezakan dan sering dijadikan bahan senda gurau serta ejekan orang.
Bukan itu sahaja penderitaan yang saya alami. Paling perit apabila saya sering kali gagal dalam mendapatkan pekerjaan. Malah, saya pernah dihina ketika temu duga gara-gara fizikal saya yang gemuk. Buat pengetahuan Putri, saya mempunyai kelulusan akademik dari sebuah university luar Negara. Mempunyai kelayakan professional dalam bidang perakaunan, berkemahiran dalam pengurusan pejabat, amat fasih berbahasa inggeris dan mampu menguasai mandarin dengan baik.

Kelulusan saya itu sepatutnya melayakkan saya memegang jawatan professional dalam syarikat. Tetapi oleh kerana sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh majikan yang pendek akal dan memilih bulu-hanya memandang kesempurnaan fizikal, saya hanya mampu bertugas disebuah agensi pelancongan sebagai kerani biasa dengan gaji hanya RM600 sebulan!. Gaji yang jauh sepuluh kali ganda berbeza jika dibandingkan dengan kelayakan akademik yang saya ada. Semuanya gara-gara saya berbadan besar.

Tiada seorang lelaki pun yang ingin memandang saya walau hanya sebelah mata. Kawan-kawan meminggirkan saya kerana malu untuk berkawan dengan orang selekeh seperti saya. Saya hidup seorang diri, saya kerap menangis mengenangkan nasib diri. Saya malu berdepan dengan masyarakat dan keyakinan diri saya hilang sama sekali.

Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tetapi semangat saya sering putus separuh jalan. Berbagai-bagai jenis ubat melangsingkan badan juga telah saya cuba namun hasilnya hanya sementara. Malah kesan sampingan yang saya terima amat buruk sehinggakan saya terlantar di hospital.

Oleh itu, saya suka mengingatkan di sini agar mana-mana pembaca yang berhasrat menguruskan badan agar mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa produk yang terdapat di dalam pasaran. Untuk kebaikan anda juga supaya tidak mendatangkan kemudaratan lain. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Satu ketika, saya terpanggil untuk mencuba diet saya sendiri tanpa bantuan sebarang ubat pelangsing. Saya bertekad untuk menguruskan badan kerana saya tidak mahu terus hidup dalam satu keadaan yang serba tidak berguna. Saya sayangkan diri saya. Diet saya bermula dengan mengawal pemakanan, saya makan dua keeping roti, minum bergelas-gelas air putih, saya hanya makan sayur-sayuran dan ikan yang direbus dengan dua sudu nasi setiap hari.

Saya akan berhenti mengambil makanan selepas pukul 5 petang. Setiap pagi selepas solat subuh, saya akan berjogging, selama satu jam. Balik dari kerja, saya bersenam aerobic di rumah selama sejam lagi. Dua kali seminggu saya akan ke gim bagi tempoh dua jam. Setelah setahun berlalu, saya beroleh hasilnya. Berat badan saya kini 50kg sahaja.

Kalau dulu orang yang sebaya dengan emak saya memanggil saya kakak kerana saya jauh lebih tua dari usia saya tetapi kini orang tidak percaya jika saya katakana saya sudah berumur 30 tahun. Selain menjaga badan, saya juga merawat diri dan wajah dengan ke salun kecantikan. Hendak dijadikan cerita Putri, ketika inilah lelaki-lelaki yang selama ini tidak perasan dengan kewujudan saya, telah mula membuka mata mereka seluas-luasnya.

Saya akhirnya mendapat kerjaya yang setaraf dengan kelayakan saya. Betullah kata orang, jika kita cantik keyakinan kita akan tinggi, setinggi menara KLCC. Dengan kerjaya yang saya miliki, berkereta besar, saya sering menjadi buruan lelaki. Tidak keterlaluan saya katakan, kini saya adalah kegilaan ramai lelaki.
Tetapi maaflah, hati saya belum terbuka untuk sesiapa kerana saya tahu mereka cuma cintakan paras rupa saya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika saya kembali seperti dahulu semula, potong jari, tidak mungkin mereka akan menerima saya.


 

Sunday, December 12, 2010

Mengenali Thebiggestloserclub dan saya

Saya mengawal pengambilan makanan dengan mengunakan thebiggestloserclub sebagai alat bantuan. Saya baru bermula 9 minggu yang lepas. Hasil diet yang mengawal pengambilan kalori dan mengira setiap kalori makanan yang saya makan menampakkan hasil bila saya sudah berjaya menurunkan 8.2 kg dalam tempoh 9 minggu.

Masalah berat badan saya bermula dalam tahun 2001, iaitu ketika saya menghadapi saat-saat paling sukar dalam hidup saya. Daripada seorang gadis yang pernah digelar sebagai 'cicak kobing' dan selalu dipersendakan apabila angin bertiup kuat kerana risau saya diterbangkan sbb terlalu kurus, berat saya naik berkali ganda. Makanan adalah ubat yang paling mujarab ketika itu. Saya mengalami kemurungan yang paling teruk dalam hidup saya, keluar masuk hospital, beberapa kali dibawa ke ICU. Saya hampir hancurkan hidup saya.
Kemudian saya nekad untuk berubah dan mendapat hidup saya kembali. Saya lihat diri saya dicermin "apa yang saya dah buat dengan diri saya'. Selama 3 tahun saya 'berkurung' di Maahad Tahfiz, saya membuang semua pakaian pejabat saya dan tukar memakai jubah sepanjang 3 tahun. Satu hari saya mendapat surat pangillan temuduga di KL, saya tak ada baju nak pakai. Saya beli baju kurung bersaiz XL untuk dipakai. Masa nie baru saya terkejut dengan 'kezaliman' yang telah saya buat pada tubuh sendiri.

Ketika interview saya pandang semua calon yg berada disitu, kebanyakannya lelaki memakai kot kemas, berjenama, kasut berjenama dan memegang folder tebal. kebanyakannya adalah bekas manager dan macam-macam jawatan tinggi. Saya mula gelabah tambahan pula penampilan saya tidak menarik, berbaju kurung besar. Saya nampak peluang saya nipis. Reseki saya, dua bulan lepas tu saya dapat surat untuk melapur diri ditempat bertugas baru iaitu di Petaling Jaya.

Dalam tahun 2006, saya daftarkan diri ke Fitness First dan mengupah personal trainer untuk menolong saya menguruskan badan dan belajar buat senaman dengan betul. Setelah hampir setahun saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 66kg dari 86kg. Selepas tu saya mula abaikan diet apabila berkursus panjang di sebuah hotel selama 4 bulan. Berat saya mula naik sedikit demi sedikit tanpa saya sedar, sehinggalah satu hari saya tidak boleh memakai jean dan terpaksa membeli jean baru, kebaya tidak boleh disarung, seluar2 saya dah tak boleh dikancingkan. Saya duduk termenung di gym memandang personal trainer......yang mana satu yang nak saya pilih untuk latih saya semula.

Satu hari saya serve internet dan terbaca dalam satu blog berkenaan dengan thebiggestloserclub. Saya daftar diri pada petang itu juga dan ambil pakej 6 bulan dengan bayaran RM30 lebih sebulan. Saya mengambil keputusan untuk belajar sendiri kawal pemakanan saya dan jalani pemakanan sihat tanpa perlu berlapar sebagaimana yang orang sangka bila kita sebut perkataan DIET. Dari dulu saya tak pernah percayakan ubat pelangsingan badan dan crazy diet. Saya nak makan tapi berapa banyak yang boleh saya makan, semuanya ada dalam thebiggestloserclub. So jom kita lihat apa yang ada dalam thebigestloserclub (TBLC)

 


Ini adalah had kalori yang boleh saya ambil setiap hari. Pengunaan kalori saya adalah 2100 sehari so untuk kurangkan berat maka saya perlu kurangkan 500 dalam kemasukkan kalori dalam badan. Jadi 1600 adalah limit saya. Ini berdasarkan umur dan aktiviti saya. Ia berbeza bagi setiap individu.

Dalam sehari saya harus mengawal pengambilan makanan dan memastikan ia tidak melebihi 1600 kalori. Ia dibahagikan kepada:-

Breakfast dan mid-morning       300 kalori

Lunch dan mid-afternoon          500 kalori

Dinner                                      500 kalori

Snack                                      200 kalori

Didalam TBLC juga disediakan menu diet untuk diikuti berdasarkan pembahagian diatas. Kadang-kadang saya ikut dan kadang2 saya adjust ikut kesesuian tapi tidak boleh melebihi kadar kalori yang ditetapkan.


Ini adalah My Diary. Didalam diari nie kita akan catatkan semua makanan yang telah diambil dan berapa kalori. Nak tahu berapa kalori makanan semua maklumat tersedia disini. Kita hanya perlu taip nama makanan dan enter.


Ini adalah graf maklumat pemakanan atau nutrisi. Berdasarkan makanan yang telah dimasukkan dalam diary, kita dapat lihat berapa protein, karbohidrat, sat fat dan good fat yang telah diambil. Ia harus seimbang. Macam graf saya nie, karbohidrat yang telah saya ambil melebihi had yang di sepatutnya dan saya kurang ambil protein.

Ini pula adalah detail maklumat nutrisi yang telah saya ambil dalam seminggu. Dari sini saya dapat lihat samada saya ambil lebih sodium (garam), lemak, protein atau karbohidrat.


Senarai latihan yang perlu dibuat juga ada diberikan malah ada video untuk menunjukkan bagaimana sesuatu senaman dilakukan. Ada ruangan forum untuk kita berinteraksi dengan penguna2 TBLC yang lain. Ada banyak resepi2 didalam ini sebagai panduan untuk memasak. Makanan yang kita boleh makan bukanlah terhad dalam menu yang diberikan tapi kita diberikan kelonggaran untuk adjust mengikut kesukaan kita asalkan ia dalam lingkungan kalori yang dibenarkan.

Kepada anda yang lihat saya ada publishkan sandwich atau ayam bakar dalam blog saya, janganlah ingat saya hanya makan itu saja. Saya bekerja, saya balik rumah selepas habis gym dalam jam 7.30petang so apakah masakan yang paling cepat untuk disediakan bila dalam kelaparan begitu dan untuk elak makan terlalu lewat maka jawapnya adalah roti dan salad kan. So sebab tulah banyak resepi asyik2 ayam panggang dengan sandwich. Anda tak perlu ikut cara saya......makanlah makanan kesukaan anda asalkan ia berkalori rendah dan menyihatkan.

Jika anda berminat untuk mengunakan TBLC maka cuba-cubalah jenguk laman web ini. Anda perlu ingat ini bukan 'ubat pelangsing', ini cuma satu alat untuk menolong kita. Soalnya adalah diri kita sendiri, kita cukup berdisplin. Jika anda hendak berubah janganlah letakkan banyak alasan dihadapannya sebagai penghalang.

"Saya pun nak diet jugak tapi saya tak pergi gym". Kenapa letakkan gym sebagai penghalang. Banyak lagi cara untuk mengerakkan badan. Sapu sampah, mop lantai, lap tingkap, kemas rumah juga adalah satu senaman.




Bila diet terganggu

 Siapa yang tak teringin nak makan makanan yang lazat seperti ini. Bila diet selalunya makanan seperti ini kita jauhi sebab kandungan kalorinya terlalu tinggi. Saya juga sudah lama tidak mendekati diri dengan makanan manis. Saya buat blog masakan tapi saya tak masak makanan yang sedap2 so kadang-kadang kekeringan idea untuk cari bahan untuk blog.

Tapi bila saya 'period', selalunya saya akan mengidam makanan manis macam kek atau coklat. Bulan nie saya betul2 teringin nak makan nak makan donat big apple. Bayangkan sampai termimpi-mimpi makan donat nie. Saya diet tapi tak bermakna saya kena hindari terus makanan ini. oleh kerana saya decide untuk makan juga donat nie maka saya adjust pembahagian kalori antara sarapan, lunch dan dinner. Sarapan saya hanya ambil herbalife chocolate yg berkalori 89 kalori, mid morning saya ambil secawan kopi dengan 1/2 sudu gula. Tengahhari saya makan 2 ketul donat big apple (kalori > 900 utk 2 biji) yang saya idamkan. Minum petang saya hanya minum air kosong sahaja dan malam barulah saya ambil mee sup dengan sayur dan buah sebagai desert. So kalori saya masih terkawal dan hanya terlebih sedikit dari yang ditetapkan tapi alhamdulillah ia tidak memberi kesan terhadap timbangan minggu nie sebab saya berjaya turunkan 1 kg dalam minggu ke 9 ini.


Ini satu lagi makanan yang selalu menganggu diet saya. Kelapa Pandan yang ditelah dikeluarkan dari kulitnya. Isi kelapa pandan nie berharga RM3.99 yang boleh dibeli di Tesco. Bila balik gym selalunya saya singgah sekejap ke Tesco untuk beli barang dapur tapi saya tak boleh terlepas dari lalu kat sini......nak kena ambil jugak kelapa pandan nie. Diet menu saya memang banyak kena adjust bila saya dah beli kelapa pandan nie.

Itulah kebaikan berdiet mengunakan had kalori. Kita boleh kontrol apa yang kita nak makan asalkan ia dalam lingkungan kalori yang dihadkan.

Saturday, December 11, 2010

Diet Soo Wincci



Gambar diambil dari Google Image

Ini adalah Soo Wincci, 50th Miss World Malaysian (2008). Saya bukan nak bercakap berkenaan dengan kejayaan beliau sebagai Miss World Malaysian tapi berkenaan dengan diet beliau yang dipaparkan dalam Majalah iSihat, Disember 2010.

Saya beli majalah nie sbb artikel Soo Wincci nie, ada sesuatu yang menarik berkenaan diet beliau. Beliau adalah seorang yang obes sejak kecil, bila meningkat remaja beliau mula berdiet untuk kurus apabila teman ibu beliau menegur samaada anak kepada ibu dan mengapa Soo nampak berbeza. Malu dengan perkara tersebut Soo mula berdiet.

Diet yang pernah diamalkan oleh beliau pada mulanya adalah Crazy Diet, iaitu dengan memakan tembikai selama sebulan sebagai sarapan, makan tengahhari, makan malam dan hasilnya beliau berjaya turunkan 15kg sebulan. Tapi crazy diet ini membawa padah kepada beliau apabila beliau tidak mampu menjamah makanan selepas itu dan asyik termuntah setiap kali makan dan disahkan aneroksia. Dia juga mengamalkan pemgambilan pelbagai pil pelangsing hanya semata-mata untuk kurus.

Penurunan berat badan dia tidak bertahan dan kemudian naik semula. Selepas itu barulah beliau berkeputusan mengamalkan diet sihat dengan menghadkan pengambilan kalori sebanyak 1200 kalori sehari dan pergi ke gym bagi mendapatkan berat badan ideal.

Soo akan makan apa sahaja dan buat pengiraan kalori terhadap apa yang disuap kedalam mulut. Apabila sudah cukup 1200 kalori, Soo akan berhenti makan. Senaman selama sejam sehari adalah wajib sepanjang proses pengurusan badan.

Ini adalah menu harian Soo

Sarapan : Susu kacang soya @ milo kosong

Lunch : Sandwich telur

Malam : Sup sayur ataupun mihun sup

Lihat, diet saya bukanlah pelik kan. Soo Wincci juga mengamalkan diet yang sama dengan saya tapi saya tak adalah sampai tahap kawal sampai 1200 kalori sbb saya bukan nak jadi ratu cantik.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...