Saturday, December 4, 2010

My weight loss journey

 Jika anda adalah pengunjung blog resepidaria.blogspot.com @ resepidaria.com tentu anda tahu yang saya sedang berdiet. Semua nya berpunca dari gambar nie. Gambar nie diambil ketika melancung ke Bandung awal tahun 2010. Bila balik rumah, saya jadi malu bila tengok diri saya. Wahhhhhh.....huduh betul. Masa tu macam2 saya buat, berat saya susah sungguh nak turun tmbah pulak saya mula sakit lutut teruk dan mula culas nak ke gym. Lepas join thebiggestloserclub, baru lah semangat dan motivasi timbul. Untuk memastikan ia tidak layu maka saya paparkan diblog, supaya saya malu kalau berat saya tak turun. Alhamdulillah selama hampir 8 minggu inilah results nya:-






Gambar sebelum (23/02/2010)


Gambar selepas  ( diambil pada 4/12/2010)

Abaikan tangan sy tu sbb susah sungguh nak tangkap gambar sendiri tanpa pertolongan orang lain. Harapkan hanya 'camera stand' dan masih blur nak guna selftimer. lepas dah habis ambil gambar baru perasan ada selftimer.


Alasan positive Vs Negative


Bila bangun saja pagi nie, saya jadi terlalu malas nak bergerak. Saya sepatutnya mandi dan bersiap untuk ke gym jam 8 tapi saya masih tak bergerak dari katil. Masa nie saya reka berbagai alasan negative bagi membolehkan saya tak pergi gym. Untuk alasan negative saya boleh reka berpuluh-puluh alasan, tak perlu fikir banyak cepat je dapat
  1. Hari nie rasa tak sedap badanlah....tengok dahi sy panas nie, badan saya lemah je.
  2. Nie dah lewatlah, klu sy bersiap pun mesti jam 9 baru sampai gym...bla bla bla
  3. Alah...kalau hari nie tak pergi pun tak pe sbb 3 hari lepas dah berturut gi gym
  4. Seluar gym tak de lah, yg 2 tu masih blm kering sbb baru basuh semalam.
  5. Hari nie tak de mood lah, malas je
  6. Kalau sambung tidur best nie.....
  7. Bla...bla...bla
Macam2 alasan negative boleh keluar untuk melekakan saya untuk tidak bangun. Nak cari satu alasan positive supaya kita bangun memang payah. Akhirnya dapat satu....
  1. Kalau minggu nie tak dapat turunkan berat badan, malu kat pengunjung blog. Dah lah tiap-tiap minggu paparkan results kat blog, kalau minggu nie tak turun memang maluuuuuuu
So saya pun bangun dari katil, pakai baju dan pergi gym pada jam 9 pagi.

Siapa kata nak memotivasi diri nie senang....susah beb. Saya terpaksa join thebiggestloserclub untuk mendapatkan semangat dan paparkan setiap results diet saya kat blog untuk motivasi diri. Saya tak peduli orang nak kata saya nak menunjuk-nunjuk sedangkan tak hebat sangat penurunan berat saya berbanding dengan orang lain. Itu adalah MOTIVASI saya, pendorong saya.....tukang tolak saya bangun bila saya malas.

The biggest loser Asia Season 2



Anda mengikut The Biggestloser Asia Season 2. Saya tak pernah terlepas peluang mngikuti setiap episod tapi bukanlah pada malam selasa tapi siaran ulanganlah. malam selasa mana boleh kacau drama korea kesukaan saya kat channel 391 tu.

Minggu depan Raj, kapten pasukan biru akan tersingkir. nampaknya kedua-dua kapten telah tersingkir sebelum menjadi top 3. Top 3 minggu depan adalah Nai, Lori dan Genghis. Lori dan Genghis adalah dua peserta yang lemah dan kurang menonjol dalam episod2 sebelum ini telah berjaya menjadi top 3. So kesimpulannya top 3 bukanlah peserta yang paling kuat sbb yang kuat awal2 lagi dah tersingkir seperti Fish, shakira, peserta mat saleh tu...tak ingat pulak nama dia.

Di gym, saya berpeluang berjumpa dengan shakira....gadis yang cantik dan semakin cantik selepas berjaya menguruskan badan. Masalah Shakira adalah dibahagian pungung, hope dia dah berjaya mengurangkan inci dibahgian ini dan nampak hebat dimalam finale. Saya juga berpeluang berjumpa dengan Dave Nuku...memang hensome but bagi lelaki dia adalah dalam kategori lelaki yg agak rendah dan berbadan kecil cuma beza badan dia begitu fit dan tegap.

RALAT

Rupanya saya tertipu dengan papan keputusan yang dipaparkan kat gym. Dalam board tu gambar Raj di pangkah dan hanya tinggal gambar Nai, Lori dan Gengis. Pandai diaorang tipu kami.....rupanya tipah tertipu.

Friday, December 3, 2010

Tutup mulut, pasang telinga dan buka hati

Image credit to:http://www.vision.org

Setiap manusia ada turun naik dalam hidup mereka. Ketika kita tertekan dan kemurungan maka kita perlukan seseorang disisi  untuk mendengar. Adakah kita seorang pendengar?

Saya ceritakan pengalaman saya sendiri. Selepas keluar U, saya boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya, ada business sendiri di usia muda, berpangkat tinggi, memiliki kereta dan rumah. Ujian Allah datang, saya kehilangan pangkat, wang dan rumah wp syarikat masih ada tapi saya hanya minoriti shareholder. Ditambah malang lagi sy kehilangan tunang ketika hari bahagia kian hampir, bukan shj kehilangan beliau tapi saya juga kehilangan hampir keseluruhan duit simpanan saya dan dibebankan dengan hutang kredit card yang dibelanjakan oleh beliau. Sudah tentu ketika ini saya mencari teman untuk mendengar. Saya cari keluarga saya....saya drive balik dari KL ke rumah adik ke 2 saya.

Niat saya nak mengadu kepada beliau, saya hendak seseorang menenangkan saya ketika itu sebab saya terlalu serabut dan saya berada dalam kemurungan yang teruk. Adik saya yg hanya beza usia setahun setengah dari saya bukanlah pendengar yang baik. Beliau menyalahkan saya atas segala yang berlaku "padan muka engkau, aku dah cakap dulu, itulah degil....engkau nie paling banyak menyusahkan keluarga etc....etc...etc". malah beliau juga cuba 'menyelesaikan masalah saya' dengan cuba menguruskan perkahwinan saya dgn seseorang yg saya langsung tak kenal. Masalah saya tidak selesai malah bertambah......saya mengalirkan airmata sehingga basah bantal sepanjang malam dirumah beliau dan tunggu sedikit cahaya diluar supaya saya boleh drive keluar dari rumah itu.

Selepas subuh saya keluar dari rumah beliau tanpa diektahui oleh sesiapa, saya bawak kereta tapi saya tak mampu nak drive sebab syaitan menghasut fikiran saya...saya perlu mati....saya perlu mati....saya perlu mati. Saya berfikir bagaimana hendak bunuh diri. Saya berhenti ditepi jalan berhampiran deretan kedai2 makan, parking kereta disitu bila fikiran saya sudah tidak terkawal dan duduk ditepi longkang sehingga beberapa jam. Keadaan saya diperhatikan oleh seorang wanita, dia menghampiri saya. "dik, lama makcik tengok adik termenung kat sini....adik ada masalah ye". Dia senyum dan memegang bahu saya dengan lembut....entah bagaimana saya boleh luahkan semua masalah dan segala kekecewaan saya kepada beliau. Saya tak kenal beliau tapi beliau sudi mendengar. Beliau pendengar yang baik...mendengar dengan penuh perasaan tanpa mengeluarkan suara walau sepatahpun sehingga saya habis bercakap. Beliau tak sehebat pensyarah atau pakar psikologi tapi senyuman beliau dan renungan mata beliau membuatkan saya percaya beliau sedia mendengar masalah saya. Itu yang saya perlukan masa tu. Saya bukan mahu sesiapapun menyelesaikan maalah saya....cuma DENGARLAH......tolong dengar. Tutup mulut anda, pasanglah telinga anda dan bukalah hati anda....tolong dengar. Kepada isteri, ibu, adik, kakak, kawan, kekasih.....jadilah pendengar yang baik....... tutup mulut anda sekejap, pasanglah telinga anda. Anda tak perlu sibuk menyelesaikan masalah kami.....Allah berikan otak kepada kami dan kami akan mampu berfikir dengan waras semula apabila hati kami tenang....cuma tolong dengar.

Saya bercerita dengan wanita tersebut selama lebih 2 jam, apabila sedar matahari makin terik dan saya dapat kembali kewarasan saya.....saya baru terperasan pada beg yang beliau bawa. " makcik meniaga ke". "ye.....makcik meniaga kain baju, kain telekung...mak cik jual kat area sini". Saya minta beli sehelai telekung dari beliau sebagai tanda terima kasih kerana sudi MENDENGAR. Saya guna telekung tu sampai sekarang wp saya mampu beli telekung yang lebih mahal dan cantik tapi telekung yang dijual oleh wanita itu amat bermakna buat saya.

Perkara ini banyak memberikan kesan kepada saya. Saya berjaya bangkit semula walaupun ambil masa 3 tahun....syukur alhamdulillah saya berjaya bangkit semula. Saya sentiasa ingat wanita itu sampai sekarang dan saya berjanji saya akan cuba menjadi seperti wanita ini walaupun tidak sebaik wanita ini tapi saya akan cuba jadi pendengar yang baik.

Thursday, December 2, 2010

The 5-days diet program



Saya dah senaraikan semua menu diet untuk 5 hari program. Sebelum anda memulakan menu diet tersebut, berikut adalah beberapa perkara yang anda harus patuhi:-

  • Ambil sarapan selepas 1 jam anda bangun dari tidur.
  • Makan dalam pinggan yang bersaiz 9 inci. Jika tidak ada, pergi dan beli sekarang. Ini bagi memudahkan anda untuk memastikan hanya small portion dalam pinggan anda. Jangan sesekali tambah ok
  • makan secara duduk dimeja makan. Jangan makan kurang dari 10 minit tapi makan dalam masa 15-20 minit. Ini bagi memastikan anda kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan.
  • Ukur portion makanan anda dengan mengunakan sudu besar.
  • Ban semua pemanis makanan
  • minum banyak air diantara setiap waktu makan contoh diantara selepas sarapan dan mid morning snack, sebelum lunch atau sebelum dinner. Air akan memberikan anda rasa kenyang dan menghalang anda memakan banyak.
Makanan yang dicadangkan dalam program 5 hari diet ini
  • Plain yogurt, with live and active culture.
  • Plain oats. oats mengandungi soluble fiber yang akan menolong anda untuk rasa kenyang lebih lama.
  • Ikan. Anda boleh makan apa-apa jenis ikan, anda boleh panggang bersama sedikit butter, stim atau grill.
  • Telur. Anda boleh buat omelette, rebus dan hiris nipis masukkan kedalam salad, letakkan diatas sandwich.
  • Sayur berdaun hijau sahaja. Hindari sprouts, cabbage (yg bukan berdaun hijau).
Vegetable
  • makan pada bila-bila masa sahaja
Buah-buahan
  • hanya dimakan selepas jam 6
Fats & dressings
  • OK untuk dimakan tetapi secara sederhana
Cereal
  • makan pada bila-bila masa ( Quaker oats, rice krispes, special K)
Kekacang
  • makan selepas jam 6 petang (almond, hazelnut, biji bunga matahari, gajus dll)
Grains
  • makan hanya selepas jam 6 petang atau hindari terus dalam 5 hari ini
  • rice, pasta, bran flakes, all bran, sheredded wheat
Vegetable
  • Sayuran nie hanya boleh diambil selepas jam 6. carrots, potatoes, tomatoes, sweetcorn, peas, fava beans
Ok sekarang kita pergi pulak kepada saiz makanan anda.

Vegetables

baked potato - 150gm
mash potato dgn susu dan 1 tsp butter - 2 tablespoons
carrots - 2 tablespoons
boiled @ roasted potatoes - 100gm

Salads

dedaun hijau - 4-6 daun
timun - 4 potong
jagung manis - 1 tablespoons
karot yang dipotong halus - 1 tablespoons
radishes - 1 tablespoons
peppers - 2-3 rings of each

Others

Ayam, daging lembu, kambing = 150 gm sahaja
daging panggang = 3 hiris sahaja
pasta @ nasi = 1/4 mangkuk
roti = 1 keping sederhana
puding = 3 tablespoons
ikan = 100-150gm
butter = 4 tablespoons untuk tempoh 5 hari
susu = sebanyak mana yang anda suka

Ok selamat mencuba. Jika anda tak cuba, anda tidak akan tahu samaada ia berkesan atau tidak. Cubalah 5 hari sahaja.....jika ia berkesan teruskan dan jadikan amalan anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...