Monday, August 1, 2011

Berat badan saya naik kembali

Lama betul saya tidak up date blog nie. Senyap saya dalam mengupdate blog ini adalah disebabkan saya ketika itu telah tersasar jauh dari amalan diet yang diamalkan sebelum ini. Saya mula meninggalkan perkara-perkara asas dalam diet.....saya mula makan tanpa mengira kalori kerana ketika itu saya sudah mula selesa dengan berat yang diperolehi.

Kerjaya saya seringkali menyebabkan time makan terbabas terus......seringkali terpaksa ambil heavy breakfast sebab time makan tengahhari yang tidak menentu.....selagi tidak siap tugas di lokasi kejadian maka kami tidak boleh meninggalkan tempat tersebut sebab itu kami perlu ambil heavy breakfast.  Makan tengahhari kadang-kadang dalam jam 3-4 petang...... ketika ini perut sudah amat-amat lapar jadi memang banyaklah yang dimasukkan dalam pinggan.....dalam hati berkata "tak pe dah dapat berat idea....apa salahnya makan lebih sikit".

Konsep 'apa salahnya' akhirnya memakan diri saya. Laman web thebiggestloser jarang-jarang dijenguk lagi.....follow menu....jauh sekali. selain tugasan luar....saya juga banyak berkursus. Faham-faham sahajalah kalau berkursus dan duduk di asrama. Jika sebelum ini waktu malam tidak makan tapi bila berkursus jika rakan ajak makan kat luar.....wah ikut saja.

Inilah hasilnya kealpaan saya selama beberapa bulan yang lepas......kesenyapan saya dari blog ini menunjukkan saya tidak mengamalkan diet saya lagi.......sebab itu saya senyap dari menulis sebab saya sudah tidak ada idea.....macam mana nak ada idea jika diri sendiri dah terbabas jauh.


wah!!!!!!!!!!......lihatlah betapa banyaknya berat badan saya naik semula. Dari 66.8kg pada 27/02/2011 telah naik kepada 72.2kg pada 30/07/2011.......naik 5.4kg tuuuuuuuu. Sebelum nie saya tak perasaan sangat.....yelah sebab seluar jean still longgar tapi bila nak beli baju raya readymade minggu lepas barulah tergangga mulut......mak aiiiiiii tak muat saiz M.

So sempena bulan ramadhan yang mulia ini saya bertekad untuk kembali semula kepada tabiat diet asal. Puasa sepanjang hari ini seringkali kita rosakkan dengan berbuka secara berlebihan.......insyaallah puasa kali ini saya berazam untuk berdiet. Nanti saya akan paparkan menu diet saya sepanjang bulan ramdhan dan hasilnya setiap minggu. Doakan diet saya berjaya.

Selamat berpuasa



Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Selamat berpuasa kepada rakan-rakan sekelian.

Wednesday, May 25, 2011

Terima kasih, mintak maaf

Percaya atau tidak, dua perkataan nie paling susah nak diucapkan. Saya timbulkan isu nie sebab keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dalam hidup saya menunjukkan betapa susahnya dua perkataan itu diucapkan.

Situasi pertama
Sudah jadi peraturan dipejabat saya, semua pegawai akan bertugas untuk membuka 3 tingkat ofis pada setiap pagi secara bergilir-gilir. Minggu nie menjadi giliran rakan sekerja saya, si A untuk ambil kunci dan buka pejabat. Sepatutnya pegawai bertugas akan datang lebih awal dari kebiasaan supaya tiada pegawai2 lain tertunggu2 depan pintu. Si A datang lewat, ramai pegawai menunggu pintu dibuka termasuk saya.
Bila Si A sampai dia bukan nak mintak maaf sebaliknya mengucapkan perkataan2 dibawah
1.            Pegawai lain yang dating awal mengapa tak ambil kunci, semua sanggup tunggu kat tingkat 17 sebab malas nak turun ambil kunci. Kalau macam nie lepas nie saya pun malas nak tolong (dia salahkan semua pegawai termasuk saya)
2.            Yang u pun kenapa turun ke tingkat 15 sedangkan dah tahu pintu tak bukak lagi (dia salahkan saya)
Senangkan salahkan orang lain….sedangkan dia yang buat salah. Susah agaknya dia nak cakap “maaflah saya lambat dan semua orang tunggu saya”. Susah sungguh nak ucapkan perkataan yang sepatutnya ini. Dia lebih rela menyalahkan orang lain dan menyakitkan hati orang lain daripada nak ucap ‘maaf’.  Anda rasa hanya Si A sahaja yang begitu….tidak…….. semua orang termasuk saya dan anda juga. Kadang-kadang kita tak sedar paling senang menyalahkan orang lain daripada mengaku silap sendiri.  Adakah keadaan akan bertambah baik jika kita menyalahkan orang lain.
Sebenarnya saya dah letih dengan situasi nie. Sejak kecil saya sentiasa disalahkan atas setiap perkara yang berlaku. Saya dah bosan dipersalahkan dan kadang-kadang saya terfikir kenapa saya selalu buat salah…..kenapa orang selalu menyalahkan saya. Saya marah rakan sekerja  rampas hasil kerja saya tapi akhirnya saya pulak yang dipersalahkan sebab tidak mengamalkan sikap berkerja dalam kumpulan akibatnya penilaian prestasi saya rendah dan saya tidak berpeluang jadi pekerja cemerlang walaupun hasil kerja saya cemerlang. Saya tahu dalam dunia nie ‘Keadilan itu Tiada” tapi saya dah bosan dipersalahkan.
Situasi kedua
Kita begitu susah nak ucapkan ‘terima kasih’ terutama kepada orang-orang terdekat kita. Susah untuk ucapkan kata-kata penghargaan tu. Bila kita berada di kedudukan yang tinggi, hargailah pekerja kita….ucapan terima kasih atau puji usaha dia sudah mencukupi.
Rakan sekerja saya nie minat dalam bidang computer dan dia sentiasa sukarela tawar diri jika ada kerja-kerja yang memerlukan kepakaran IT. Satu hari dia diminta oleh boss buat presentation guna show slide, dia Cuma ada 3 jam sebelum event sebenar akan diadakan. Dalam 3 jam tersebut dia bertungkus lumus untuk menyiapkan slide tersebut. Bila tiba masa event, persembahan slide tersebut ditunjukkan kepada tetamu. Rata-rata tetamu memuji kreativiti beliau menghasilkan slide yg cantik wp dalam masa yang singkat tapi apa kata boss “alah kalau saya tak suruh dan push dia nie….tak adanya nak buat, semuanya nak kena disuruh baru nak dibuat”. Lihat…kata-kata boss yang tidak peka nie telah menjatuhkan semangat rakan saya nie. Dia sukarela melakukan sesatu yang bukan dalam skop kerja beliau tetapi beliau telah diperendahkan dihadapan tetamu. Saya yakin dimasa hadapan, staff ini tidak akan offer diri untuk tolong lagi.
Perkataan simple ‘ terima kasih atas bantuan awak….bagus kerja awak nie” inipun boss saya tak mampu nak sebut. Ia bukan situasi asing kepada kita semua…..semua orang pernah hadapi perkara ini.
Kedua-dua situasi diatas hanyalah satu daripada ratusan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita….berlaku disekitar kita. Sebelum kita menyalahkan orang lain….cuba cari dulu kesalahan kita yang membawa kepada perkara tersebut dan ucapkan ‘terima kasih’ sentiasa. Hargailah orang disekeliling kita tak kiralah dia hanya penyapu sampah atau pencuci toilet.

Monday, April 18, 2011

Rujuk balik

Sebenarnya sudah hampir 2 minggu saya tamatkan keahlian TheBiggestLoserAsiaClub. Sangkakan sudah boleh bergerak sendiri tanpa pertolongan TBLC. Selama 2 minggu terasa lain macam....seolah-olah macam hilang 'seorang kawan baik' yang amat setia melayan kerenah saya ketika diet. Saya mula hilang displin....mula tidak memikirkan tentang kalori ketika ambil makanan dan yang paling mengejutkan adalah apabila pagi semalam....saya buat timbangan dan berat badan saya naik sebanyak 2 kg.



Pagi tadi selepas berfikir semalaman......saya rujuk balik 'hubungan' saya dengan TBLC....nampaknya saya tidak boleh 'berpisah' dengan TBLC. Ia bagaikan satu kemestian yang perlu dilakukan setiap hari.....tulis diari tengok kalori, ikut keperluan excersice dsb.  Sebenarnya saya dah cuba untuk guna diary diet yang percuma tapi rasa macam tak ada 'kick'lah. So this morning, secara rasminya saya menjadi ahli TBLC kembali.....so hari nie saya mula balik menulis diari. Bila kita sendirian berdiet tanpa teman baik disisi kita untuk tegur dan menjadi penaik semangat maka pertolongan dari TBLC sebagai teman baik adalah diperlukan. Kita tidak boleh melakukan keseorangan......bukan senang hendak berdisplin, saya akui itu. Sokongan dari seorang kawan baik amat diperlukan.....bertuah anda jika dapat berdiet bersama orang tersayang. So saya tidak boleh berpisah dengan TBLC.....kena rujuk balik selepas 2 minggu 'bercerai'.

Seorang pengunjung blog ini bertanya berkenaan dengan pengambilan buah tembikai dalam diet. Ini adalah kalori bagi sepotong buah tembikai (potongan sedang) iaitu 40 kalori. So tidak ada masalah nak makan tembikai. Makanan semulajadi....so makanlah tapi ingat dalam apa-apa sekalipun kenalah bersederhana maka makanlah hanya sepotong tembikai bukan sebelah tembikai atau sebiji tembikai. Ia lebih baik dari anda makan sebiji karipap (150 kalori). Lebihkan buah-buahan dalam diet anda.....jadikan ia sebagai kudapan apabila anda lapar terutama waktu malam.


Beliau juga bertanya sama ada minum air mengemukkan. Air kosong tidak mengandungi kalori malah badan kita memerlukan 8 gelas sehari. Kekurangan air akan menyebabkan diet anda gagal.....lebih minum air juga tidak elok. Oleh itu pastikan anda cukup minum 8 gelas sehari. Saya tidak pasti dari sumber mana anda ambil yang menyatakan air itu mengemukkan. Banyakkan membaca supaya anda tidak terpengaruh dengan fakta-fakta yang tidak betul seperti ini. Jika anda mendapat sesuatu fakta, pastikan anda sahkan dulu kesahihah sumbernya.....jangan terus terima sahaja. Dalam entry yang lepas, saya ada ceritakan berkenann sembang saya dengan kawan dari Kuching yang berdiet guna pusat pelangsingan badan. Kawan saya nie menyatakan kepada saya bahawa beliau ditegah dari minum air pada waktu malam.....beliau dikehendaki mencukupkan 8 gelas sehari sebelum jam 8 malam. Alasannya adalah supaya muka tak sembab. Bila saya terima info nie dari dia.....saya cuba cari kesahihah fakta nie dalam internet....malangnya saya tidak menjumpai mana2 artikel atau kajian berkaitan fakta ini. Ini hanyalah pandangan pusat pelangsingan tersebut dan pusat itu telah menyebabkan kawan saya mengamalkan crazy diet. 

Saturday, April 16, 2011

Supaya tahu tahan lama disimpan

Saya suka masukkan tahu dalam mee atau mihun yang saya masak. Masalah bila beli tahu adalah ia tak boleh disimpan lama. Tahu nie saya beli kat pasar tani Shah Alam ahad lepas. Beli 3 ketul RM1. Saya nie masak untuk makan sorang so macam mana nak habiskan tahu nie. Ini petua yang saya buat.


Tuangkan air panas yang mendidih ke atas tahu. Biarkan air tersebut sejuk dan kemudian barulah bekas tu ditutup dan disimpan didalam peti ais. Jika anda lakukan begini, insyaalah tahu anda tu akan tahan lama.


Buktinya......ini tahu yang saya simpan tu. Petang tadi saya buat mihun goreng mengunakan tahu yang disimpan. Rasanya masih segar seperti baru dibeli. Tahu nie sudah 6 hari dalam peti ais so petua tu memang berkesan dan menjadi.

Yeeeeeehhhh mihun goreng sempoi hanya guna tahu dan fishcake sahaja. yang penting sedap ditekak saya......makan sorang sapa nak komplen kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...