Friday, December 24, 2010

Perjalanan diet saya


Minggu nie sudah 11 minggu saya mengunakan laman web thebiggestloserclub sebagai tool untuk diet saya. Saya cuma mengawal makanan berdasarkan peruntukan kalori dan bersenam. Itu yang saya buat dan tanpa pertolongan mana-mana produk kurus badan atau krim sapu. Saya tak percayakan jalan pintas dalam menurunkan berat badan sebab saya risau produk tersebut akan merosakkan organ badan dan memberi kesan jangka masa panjang. Ingatlah kawan-kawan pengeluar dan marketing people akan bercakap yang bagus-bagus tentang produk mereka....tak ada orang yang keji produk mereka sendiri tapi anda sebagai penguna yang tanggung akibatnya jangka panjangnya.

Saya catatkan perjalanan diet saya dalam blog resepidaria.blogspot.com dibawah topik diet program bagi merekodkan semua penurunan berat bermula dari week1 sehingga sekarang. Tujuan saya paparkan perjalanan diet saya adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada diri sendiri serta memberikan satu cara untuk mengurangkan berat badan tanpa bantuan ubat-ubatan atau crazy diet. Saya telah berjaya turunkan berat badan lebih 8kg dalam tempoh 10 bulan serta berjaya mengurangkan ukurlilit pinggan sebanyak 14cm. Saya aktif gym jadi walaupun berat saya tidak turun banyak tapi otot-otot badan saya menjadi fit dan pejal, tidak lembik dan mengelebeh. yang paling penting stamina saya sudah kembali tinggi, saya dah boleh join balik kelas excersice seperti bodypump dan body step malah saya selalu lakukan marathon kelas dengan memasuki kelas-kelas secara berturutan tanpa rasa letih dan mengah lagi. Sebelum saya diet lutut saya sentiasa berdenjut sakit malah nak naik tangga pun tak boleh. Sekarang saya dah boleh berlari menaiki tangga sehingga ke tingkat 9 apartment saya. Saya suka diri saya yang sihat dan cergas.....apa yang lebih bermakna dari 'hadiah' ini untuk diri sendiri.

Ini saya tunjukkan diari harian diet saya didalam laman web thebiggestloserasia. Ini adalah copy dari diary saya beberapa hari lepas. Saya tak perlu tipu bila menulis diari nie sebab tak ada siapapun nak check kecuali diri sendiri. Ini diari saya dan saya perlu jujur dengan diri sendiri, kalau saya makan icecream saya tulis sebab saya perlu tahu berapa banyak lagi baki kalori yang tinggal untuk digunakan.

Anda boleh check samamada saya ada makan makanan yang bergitu terhad seperti hanya makan sebiji epal hijau sehari atau ambil produk pengurangan berat badan. Inilah apa yang saya makan.......saya makan apa saja asalkan ia rendah kalori, kurang sodium, tiada trans fat, kurang saturated fat, portion protein dan karbohidrat haruslah sebagaimana yang ditetapkan. Saya berhenti makan bila had kalori saya sudah 1500 kalori. saya juga wanita seperti anda suka coklat, kek dan manisan. Bila saya makan makanan nie, saya ambil dalam portion yang kecil dan saya akan 'bayar balik' tambahan kalori dan saturated fat yang saya ambil dengan excersice extra. Buah-buahan adalah snack saya bila menonton TV atau melayari internet. Segengam kekacang tanpa garam jadi kudapan saya bila saya terasa hendak mengunyah.



Anda hendak diet dengan mengawal makan dan hanya mengambil makanan sihat. pertama sekali anda harus tahu berapa keperluan kalori anda. Setiap orang berbeza keperluan kalori mereka berdasarkan jantina, umur, keaktifan mereka bergerak. Oleh itu jika keperluan kalori tubuh saya adalah 2100 kalori dan untuk tujuan mengurangkan berat badan maka saya harus kurangkan 500 kalori maka had kalori saya adalah 1600. Ini had saya tapi anda tidak boleh ikut had saya sebab keperluan tubuh anda berbeza. Ok inilah laman web untuk anda mengetahui kadar keperluan dan had kalori tubuh anda serta kalori makanan cuba jenguk laman web dibawah nie.

1. Berbayar  
2. Percuma
Saya tidak mengalakkan anda berdiet secara crazy diet kerana anda akan merosakkan metabolisma anda. Anda mungkin berjaya kurangkan berat sehingga 20 kg dalam 2 bulan tapi untuk berapa lama berat ideal anda itu bertahan. Jangan sesekali merosakkan metabolisma anda sbb untuk pulihkan kembali ia akan memakan masa yang panjang. Saya bagi contoh yang mudah untuk anda faham tentang metabolisma.

Tubuh anda membakar 2500 kalori sehari dengan 1 juta metabolisma bekerja untuk membakarnya. Tiba-tiba satu hari anda hendak berdiet dan anda baca kejayaan kawan anda yang berjaya kurus dengan hanya memakan sebiji epal hijau dan semangkuk sup sehari maka anda pun nak ikut. Hari pertama anda hanya makan semangkuk sup dan sebiji epal, kalori yang anda ambil adalah dalam lingkungan 500 sahaja. 1 juta pekerja (metabolisma) dalam tubuh anda amat terkejut dengan pengurangan kerja secara mendadak maka otak sebagai ketua telah memberikan amaran bahawa tubuh anda bakal kebuluran maka telah mengarahkan supaya separuh pekerja diberhentikan. Esoknya ambil ambil 500 kalori lagi maka beberapa ribu lagi diberhentikan.....selama 2 bulan anda mengamalkan diet ini, ketika ini metabolisma dalam tubuh anda mungkin hanya tinggal 200,000 sahaja lagi. Metabolisma anda berkurangan seiring dengan pengurangan mengejut kalori anda. Selepas anda berjaya dapat berat badan yang ideal maka anda pun mula makan semula. Anda lepaskan geram, anda makan macam-macam.....ingat masa nie metabolisma anda hanya 200,000 sahaja dan anda masukkan kalori sehingga 2500 maka 200,000 metabolisma tidak mampu bekerja melebihi had dan lebihan kalori ini akan disimpan di stor anda iaitu dilapisan perut anda, dibawah lengan anda, dipunggung anda dan dipaha anda. metabolisma bila sudah turun ia susah hendak dinaikkan kembali......jadi anda akan cepat gemuk dan susah hendak kurus kembali.

Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan berlapar apabila sebut hendak diet. Anda tidak perlu berlapar tapi makanlah ikut keperluan kalori dalam tubuh anda. Makanlah secara sihat....anda tidak rugi.....anda bukan sahaja akan kurus dan cantik tapi anda hidup secara sihat.



Wednesday, December 22, 2010

Kalori dalam kuih tiram

http://resepidaria.blogspot.com/2010/04/kuih-tiramlidah-buaya.html

Kuih tiram/kuih lidah buaya nie adalah entry yang paling banyak dilihat didalam blog masakan saya. hari nie saya nak kongsikan bersama anda tentang kalori kuih tiram terutama kepada anda yang amat mengemari kuih tiram nie sebagai snack terutama ketika menonton TV. Tanpa sedar sepaket atau sebekas atau sebalang kuih tiram boleh dihabiskan.

Kuih tiram memang sedap......memang mengasyikkan bila mengunyah. Kalori untuk 150gm kuih tiram adalah 906 kalori......uhhhh tinggikan. Saturated fat pula adalah 66.8gm. Kolestrol dihasilkan oleh badan apabila kita mengambil saturated fat yang berlebihan dari keperluan badan. Kolestrol akan menyempitkan saluran pengaliran darah dan menyumbang kepada penyakit jantung. Oleh itu berhati-hatilah bila menyediakan snack seperti ini kepada keluarga anda.

Satu tabiat makan yang 'buruk' adalah makan dihadapan TV atau komputer. ketika makan kita tidak menyedari berapa banyak makanan yang masuk kedalam mulut sebab fikiran kita tidak tertumpu kepada makanan tetapi kepada cerita di TV. Dalam keadaan begini kita amat terdorong untuk mengambil snack yang berlebihan......oleh itu kepada ibu-ibu pastikan tiada snack yang tidak menyihat di ruang menonton anda. Sediakan potongan buah-buahan sebagai penganti snack. Sayangilah jantung anak-anak anda.

Tuesday, December 21, 2010

bertemu kawan lama

Semalam lepas balik dari gym, saya singgah jap kat Ikea untuk beli satu dua barang dan redem tiket parking. Bulan depan saya akan dapat kunci rumah baru so sekarang saya dah start beli sikit demi sedikit barang2 keperluan rumah baru.

Masa nak masuk ke Ikea, saya bertembung dengan seseorang kawan lama. Bila saya nampak dia, saya buat-buat tak nampak dan berharap dia juga tak nampak tapi dia boleh panggil nama saya....nama penuh saya. Ya allah, terpaksalah saya senyum dan berjalan berjumpa dengan dia dan family dia. Dia dah ada dua anak yang comel......lelaki ini yang dahulunya seorang yang sangat handsome (bekas pramugara Singapore Airline), kini begitu berubah. Dia kelihatan sakit dan memegang tongkat, rambutnya juga kelihat beruban putih....berubah habis....mana perginya lelaki handsome 10 tahun yang lepas. Oh ya lelaki nie bukanlah teman lelaki saya cuma seseorang yang saya kenal dimasa lepas.

Saya pandang isterinya.....kasihan sekali wanita ini. Wanita ini ketika berkahwin dengan kawan saya nie adalah seorang wanita yang lewat usia.....menerima lelaki ini wp tahu lelaki ini tidak bekerja. Selepas tinggalkan singapore, lelaki ini cuba mencari pekerjaan di malaysia dan akhirnya bertemu dengan wanita malaysia lalu berkahwin. Dimasa beliau bercinta dan berkahwin, wanita ini banyak membantu dari segi wang ringgit. Mujurlah wanita ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan jawatan yang bagus juga.....jika tidak teruk nak tanggung hidup bersama lelaki yang tidak bekerja. Saya berbual sebentar dengan mereka dan kemudian meminta diri dan masuk ke Ikea.

Saya tak semulia wanita itu. Saya adalah seorang wanita yang tidak akan bertolak ansur dalam hal sebegini. Sewaktu kecil dahulu, jiran sebelah rumah kami adalah lelaki yang tidak bekerja, berbadan amat gemuk, setiap hari duduk di beranda rumah tunggu geng main karom. Isteri dia bertungkus lumus mencari rezeki. Jam 5 pagi dah keluar rumah untuk menoreh, jam 11 balik rumah untuk masak bagi suami gemok dia makan lepas tu pergi ladang kelapa sawit. Balik rumah, kemas rumah, masak makan malam dan kemudian layan laki. Anak setahun seorang, sampaikan saya tak tahu berapa belas orang. Anak2 jiran saya nie sentiasa dalam keadaan comot dan tak berbaju serta kelaparan. Tiap-tiap petang mereka akan berada dibawah rumah saya sbb saya suka masak dan selalunya merekalah yang akan menghabiskan makanan yang saya masak tu.

Saya cakap pada mak saya.....Mak cik esah tu bodoh betul.....kenapalah nak hidup dengan lelaki tak guna macam tu. Mak saya cakap ' Jika mak cik esah reda dan terima ketentuan Allah tanpa mengeluh sedikitpun serta taat kepada Allah....syurga ditangan dia". memang betul mak cik esah tak pernah merungut sedikitpun tentang keadaan hidup dia. Dia hidup dengan suami seperti itu sehingga ke akhir hayat suaminya.

Saya tidak boleh menjadi wanita semulia mak cik esah atau semulia isteri kawan saya tadi. Saya ditakdirkan Allah, kerap kali bertemu dengan jenis lelaki yang tak guna sepanjang usia saya.....mungkin benar kata orang lelaki yang terbaik dah jadi milik orang hehehe. Teman lelaki saya dulu pun adalah salah seorang dari jenis lelaki tak guna ini. Terus terang saya katakan, sewaktu bersama teman lelaki saya......saya amat tertekan dengan sikap dia yang memilih pekerjaan dan malas berusaha....mengharapkan saya menanggung beliau tapi ketika tu cinta mengabuli mata saya....kerana cinta saya pendamkan sahaja. Syukur kepada Allah, ketika saya dalam kesusahan, lelaki itu tinggalkan saya. Saya benci dia ke......takkkk. mak saya kata masa saya sakit dan dibawa ke hospital, mulut saya tak berhenti panggil nama dia mungkin sebab saya terlalu rindukan dia.

Sekarang saya dah tidak memikirkan soal perkahwinan lagi. Jika inilah jenis lelaki yang saya temui, saya rela tidak berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang amat mulia bagi saya dan saya amat menghormati ikatan itu tapi bagaimana saya nak hormatinya jika lelaki yang menjadi suami saya tidak mampu saya hormati.

Sunday, December 19, 2010

Bagaimana mengira kalori makanan

Seorang daripada pembaca blog resepidaria.com bertanyakan berapa kalori dalam sup sayur yang beliau buat. Sebenarnya saya tak boleh nak bagi jumlah yang tepat....sebab saya tak tahu apa yang dimasukkan dalam sup tersebut. Saya bagi contoh yang mudah untuk difahami. Katakanlah ada 2 lelaki pergi ke kedai mamak masing-masing memesan  secawan kopi susu. lelaki A pesan kopi susu yang kaw-kaw so mamak masukkan 4 susu besar susu pekat dalam kopi manakala lelaki B pesan kopi susu kurang manis, mamak hanya masukkan 2 sudu besar susu so wp ini adalah kopi susu tapi jumlah kalori dah berlainan. Kalori kopi susu lelaki A ialah 285 secawan dan lelaki B adalah 143 kalori secawan.

Oleh sebab itulah amat-amat penting anda tahu bagaimana hendak mengira sendiri kalori anda. Tak perlulah ambil kalkulator cukuplah conggak dan campur sendiri. Saya akan tunjukkan bagaimana anda hendak mengetahui kalori makanan yang anda masak sendiri. Makanan dikedai amat susah nak diketahui kalori dengan tepat sebab kita tak tahu apa yang mereka masukkan dalam makanan tersebut.

                                                                         

Saya buat Pita pizza ini dan jom kita kira berapa kalori didalam sekeping pita pizza ini. Resepi anda boleh semak diblog masakan saya.

1) Belajar baca maklumat makanan yang terdapat di paket makanan yang kita beli. sentiasalah tengok maklumat nie bila bershopping di supermarket.


1 keping roti pita seberat 80 gm = 240 kalori

(Cuba lihat pada saiz hidangan utk seorang adalah 60gm sahaja tapi satu keping roti pita tersebut 80gm)


1 keping cheese slice = 32 kalori (Enegy di pek itu ditunjukkan dalam unit kilojou (kj) 1 kj = 0.24 kcal )


40gm pasta paste = 15 kalori


1 ketul premium Italian chicken sosej = 143 kalori
5 gm mayolite lady choice = 16 kalori
1/2 biji lada capsicum = 10 kalori

JUMLAH KALORI BAGI SEKEPING PITA PIZZA DIATAS ADALAH 456 KALORI

2) Perkara kedua pula, bila membaca maklumat permakanan diatas sentiasalah menyemak kadar saturated fat yang terkandung dalam makanan. Kadar saturated fat dalam pita pizza ini adalah 6.3gm. (Anggaran had yang dibenarkan adalah 11gm sehari)

3) perkara ketiga, sentiasalah melihat kadar sodium dalam makanan kita. Sodium(garam) memang diperlukan dalam tubuh tetapi tidak boleh melebihi had yang diterima oleh tubuh kita. jika berlebihan, kita berisiko mengidap penyakit darah tinggi. Dalam maklumat makanan diatas, hanya paket cheese slice sahaja yang memasukkan kadar kandungan sodium iaitu 242mg sedangkan sodium dalam sebatang sosej lagi tinggi daripada cheese. Had yang dibenarkan diambil sehari adalah dalam lingkungan 2000mg (ini berdasarkan web thebiggestloserasia). Ukuran nie berdasarkan miligram(mg) ye bukan gram.


Thursday, December 16, 2010

Raj, juara Thebiggestloser Asia Season 2

Raj, menjadi juara Thebiggestloser Asia musim ke 2. Masa Raj keluar, wowwwwww....lain sungguh muka dia, dah nampak sangat hensom.

Nai, peserta dari Thailand. pencabar terdekat Raj, hanya kalah pada Raj dengan kurangan 1 kg. Malam tu saya dan myhousemate, berharap sangat agar Nai yang memenangi TBLA musim ke 2 nie. Untuk mengalahkan raj, Nai perlu turun berat sebanyak 64 kg tapi bila timbang Nai hanya berjaya turun 63 kg....memang frust sungguh...hanya 1 kg saja lagi untuk dia jadi juara.
 3 peserta terakhir Thebiggestloser asia musim ke 2.
 Lihat perbezaan Raj.
 Nai nampak sangat segak pada malam tu.
Sebenarnya saya cuba cari banyak gambar Scott Hanna, peserta yang terkeluar dalam episod 2 apabila Pasukan Biru diberi peluang memilih ahli pasukan merah yang hendak disingkirkan. scott adalah pencabar paling ditakuti oleh Raj.

Gambar credit kepada Thebiggestloser Asia.com

Adakah anda mendapat inpirasi apabila melihat gambar-gambar diatas. Mereka boleh....anda pun boleh. jangan harapkan fiqure besar seperti mereka dapat turun 1/2 - 1 kg seminggu dah satu kejayaan yang besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...