Thursday, March 1, 2012

Bu Bu Jing Xin, dari aspek percintaan part 1

Ini adalah entri tertunggak yang telah lama saya tulis tetapi tidak dipostkan dalam blog. Banyak gambar-gambar yang saya print screen dari DVD telah hilang disebabkan laptop saya telah dicuri. Disebabkan itu, post ini terbengkalai. Hari nie saya terukan penulisan ini walaupun tidak dapat disertakan dengan gambar yang menarik tetapi ia lebih baik dari dibiarkan dalam 'draf post'.

Percintaan dalam BBJX adalah heart-breaking love.....jika anda jenis yang sukakan happy ending.....ini bukanlah drama untuk anda tonton. Jika anda jenis ratu air mata......drama ini akan membuatkan anda menangis teresak-esak terutama episod-episod terakhir. Saya cuba ringkaskan recap BBJX dengan mengambil aspek penting dalam drama ini iaitu berkaitan dengan 'heart-breaking love'. Walaupun ini adalah drama yang berdasarkan historical tetapi anda harus ingat ia bukan dekumentari sejarah....ia adalah adaptasi novel dan banyak khayalan dan tokok tambah.

Didalam drama BBJX, putera pilihan saya adalah Putera ke 14. Jika Ruoxi inginkan kehidupan yang tenang dan bebas dari tersepit dalam perebutan tahta antara putera-putera Kangxi....hanya putera 14 pilihan terbaik kerana hanya beliau sahaja yang lebih bernasib baik berbanding dengan nasib putera-putera yang lain. Walaupun Putera 14 tidak memiliki sikap lemah lembut dan gentlement seperti Putera 8 tetapi beliau adalah seorang yang memahami tapi sayang beliau tidak menyedari bahawa beliau menyintai Ruoxi kerana terlalu taat kepada Putera 8....bila beliau menyedari beliau menyintai Ruoxi segalanya terlambat sebab dihati Ruoxi hanya ada Putera 4.


Putera 14 adalah teman sepermainan Ruoxi ketika beliau berada di manor Putera 8. Biarpun Ruoxi rapat dengan Putera 14 tetapi mereka sering bergaduh disebabkan putera 14 mempunyai pemikiran yang berbeza dengan Ruoxi dan juga umur mereka juga sebaya. Putera 14 tidak berfikiran terbuka seperti putera 13, seorang yang panas baran, terburu-buru (careless) dalam tindakan, walaupun ia bijak dalam aspek ketenteraan tetapi beliau tidak bijak dalam aspek politik, seorang yang sangat memahami dan setia.

Putera 14 terlalu taksub dan kasihkan abangnya iaitu putera 8....apabila putera 8 memberitahu kepada putera 14 bahawa beliau ingin menjadikan Ruoxi sebagai ce'fujinnya...putera 14 terus berjanji akan membantu putera 8 mencapai hasratnya termasuk dengan meminta ibunya Consort De mengeluarkan nama Ruoxi dari pemilihan gundik Maharaja Kangxi.

Apabila Ruoxi terlepas dari pemilihan sebagai gundik, beliau ditempatkan sebagai 'lady in waiting @ Tea lady' disisi Maharaja Kangxi. Sepanjang tempoh Ruoxi berada di istana, putera 14 sering datang berjumpa dengan gadis itu dan putera 14 juga memerhati tingkahlaku Ruoxi. Beliau yang pertama sekali memarahi Ruoxi apabila Ruoxi menumpahkan tea panas dibahu Putera 10 bagi memdiamkan mulut celupar Putera 10 yang cuba menjerat Putera 4 dihadapan Maharaja Kangxi. Bagi putera 14, tindakan Ruoxi seolah-olah cuba membantu Putera 4. 

Apabila Ruoxi bersama putera 14 mereka boleh berbual mesra tetapi apabila melibatkan hal Putera 8....putera 14 akan naik angin dan terus memarahi Ruoxi sehingga menjadikan Ruoxi takut dan hanya tunduk mendiamkan diri. Putera 14 memarahi Ruoxi kerana mengambil masa yang lama untuk menerima cinta Putera 8 walaupun putera 8 telah banyak membantu Ruoxi selama Ruoxi berada di istana malah menurut Putera 14, Putera 8 tidak berkahwin dalam tempoh beberapa tahun itu hanya kerana ingin menunggu Ruoxi sedangkan sebagai seorang putera, beliau boleh berkahwin ramai.

Walaubagaimanapun Ruoxi dan Putera 14 sering bergaduh tetapi mereka juga mempunyai saat-saat manis bersama. Kemesraan mereka jelas kelihatan ketika putera 14 menyelinap masuk ke khemah Ruoxi dengan menyamar sebagai lelaki mongolia ketika percutian Maharaja Kangxi di sempadan Tibet. Ruoxi pura-pura merajuk apabila putera 14 tidak membenarkan dia memegang misai palsu yang dipakai oleh putera 14. Senyuman yang paling manis kelihatan diwajah putera 14 ketika mereka bergurau malah Putera 14 yang terkenal sebagai seorang yang kasar dan panas baran serta menjaga statusnya sebagai putera boleh bersikap lemah lembut apabila menyapu ubat di tangan Ruoxi. Kelakuan mereka bagai sepasang kekasih muda yang merajuk dan kemudiannya bergurau senda....kelembutan Putera 14 terhadap Ruo Xi menghapuskan imej panas baran beliau.

Dalam perkemahan diraja di Mongolia, Ruoxi mengaturkan pertemuan rahsia antara putera 8 dengan putera 14 walaupun ia melanggar arahan Maharaja Kangxi malah Ruoxi sanggup menolong putera 14 dengan mengaku lelaki mongolia itu (putera 14 yang menyamar) sebagai kekasihnya ketika meminta bantuan Puteri Minmin(puteri Mongolia) menyembunyikan Putera 14 yang ketika itu diburu oleh Putera Mahkota yang mengambil kesempatan untuk menghapuskan putera 8 dan putera 14. Wajah terkejut Putera 14 jelas kelihatan apabila Ruoxi berlakun sebagai kekasihnya. Ketika ini Putera 14 terhutang budi kepada Ruoxi.

Ketika perkemahan ini, hubungan Ruoxi dan Putera 8 terjalin. Setelah berusaha dan menunggu selama 4 tahun akhirnya Putera 8 berjaya memiliki cinta Ruoxi. Berita gembira itu diberitahu oleh putera 8 kepada putera 14 dan putera 14 dengan gembira memberikan tunduk hormat kepada 'kakak iparnya'. Putera 8 memberitahu bahawa selepas kembali ke capital city, beliau akan memohon kepada Maharaja Kangxi untuk menjadikan Ruoxi sebagai ce'fujinnya.

Walaubagaimanapun rancangan Putera 8 tidak tercapai (percintaan mereka hanya sekejap sahaja)......Putera 14 menjadi marah kepada Ruoxi kerana menyangkakan bahawa Ruoxi cuba bermain dengan perasaan Putera 8. Kali ini Putera 14 bukan lagi hanya menengking dan memarahi Ruoxi malah dia mula bertindak kasar terhadap Ruoxi sehingga Ruoxi menjerit dan menangis. Pergaduhan mereka telah menjadi perkara biasa dikalangan putera-putera sehinggakan Putera 4 mengunakan Putera 14 untuk mengena Ruoxi.....Putera 4 menyatakan bahawa beliau tidak menyangka bahawa Ruoxi terlalu takut kepada Putera 14.

Sikap dan perasaan Putera 14 terhadap Ruoxi mula berubah apabila Ruoxi sanggup membahayakan nyawanya dalam perlumbaan kuda dengan mencucuk kuda dengan pencucuk rambutnya supaya kuda memecut laju bagi membolehkan Ruoxi memenangi perlumbaan tersebut. Pertaruhannya, jika Ruoxi memenangi perlumbaan tersebut Puteri Min-Min akan mendiamkan diri tentang hal Putera 14 yang menyamar sebagai lelaki mongolia dan jika Ruoxi kalah, Puteri Min-min akan memberitahu Maharaja. Tanpa memikirkan nyawanya Ruoxi sanggup memecut kuda supaya mememenangi perlumbangaan tersebut bagi melindungi Putera 14. Tindakan Ruoxi dan tindakan putera 13 yang sanggup melindungi Ruoxi walaupun tanpa mengetahui hal sebenar telah membuka mata Putera 14 terhadap keikhlasan Ruoxi dalam bersahabat. Bagi Ruoxi, persahabatannya tidak berasaskan balasan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak....bagi Ruoxi semua putera-putera itu adalah sahabatnya dan dia akan melindungi mereka walaupun dengan nyawanya. Sejak itu sikap putera 14 terhadap Ruoxi mula berubah daripada menuduh Ruoxi secara melulu dan bertindak kasar kepada lebih memahami dan cuba menjadi sahabat baiknya.

Ketika Ruoxi dihukum melutut ditaman itu selepas memohon kepada Maharaja Kangxi supaya Luwu dibenarkan menemani Putera 13, hujan turun dengan lebat.....Putera 14 datang bersama Putera 8 untuk melihat keadaan Ruoxi tetapi  ketika sampai mereka melihat Putera 4 sedang memeluk Ruoxi....pada mulanya Putera 14 sedikit marah tetapi dihalang oleh Putera 8. Selepas Putera 4 berlalu, putera 8 duduk melutut dan menasihati Ruoxi berhenti melutut  dan fikirkan perasaan kakaknya Ruolan yang sakit tetapi Ruoxi tidak memandang muka Putera 8 dan  hanya mengangkat hujung baju Putera 8 yang basah terkena air sebagai tanda "Engkau tuan....aku hamba...setakat itu sahaja hubungan kita". Putera 8 menepis tangan Ruoxi dengan marah dan terus bangun dan berlalu pergi. Putera 14 pula melutut dihadapan Ruoxi....ketika itu kita sangka dia akan memarahi Ruoxi sebagaimana selalu tetapi sebaliknya Putera 14 mengeluarkan bungkusan dari bajunya dan menyerahkan kepada Ruoxi. Bungkusan itu adalah kuih.....Ruoxi yang tidak makan beberapa hari telah memakan kuih tersebut dengan tersenyum.  Ketika ini kita dapat rasakan hanya Putera 14 sahaja yang boleh terfikir bahawa Ruoxi kelaparan setelah melutut 2 hari tanpa makanan. Putera 14 bertanya kepada Ruoxi mengapa beliau melakukan semua ini untuk Putera 13....Ruoxi mengatakan bahawa beliau melakukan apa yang dia rasa patut dilakukan terhadap seorang kawan malah dia juga akan melakukan hal yang sama terhadap Putera 14.

Mendengar kata-kata Ruoxi, Putera 14 pula melutut dihadapan Maharaja meminta supaya dibenarkan Lu wu menemani Putera 13. Maharaja memerintahkan supaya Putera 14 melutut didalam hujan dihadapan court selama sehari semalam. Selepas Putera 14 melutut selama sehari semalam dan kemudian diikuti oleh semua Putera-putera Kangxi yang lain yang turut melutut dihadapan court.....kemudian barulah Maharaja Kangxi memaafkan Ruoxi yang ketika itu telah pengsan di taman dan membenarkan Luwu menemani Putera 13 didalam buangan dengan menukar status Luwu (bekas pelayan/pelacur) kepada orang gaji (dijadikan anak angkat oleh pengurus kediaman putera 14). Setelah sedar dari pengsan, Putera 14 dan Putera 10 adalah orang pertama yang melawat Ruoxi dan memaklumkan bahwa Luwu telah dibenarkan menemani Putera 13. Ketika itu Ruoxi terfikir "mereka adalah orang yang memerangkap Putera 13 dan mereka juga adalah orang yang melutut demi Putera 13".

Dalam tempoh Putera 13 dalam tahanan, Putera 14 lah yang sering menemani Ruoxi. Beliau sentiasa melawat kediaman Ruoxi secara terbuka tanpa berselindung dari dayang-dayang yang lain. Selepas peristiwa Putera 14 melutut demi putera 13, Maharaja Kangxi memandang tinggi terhadap Putera 14. Putera 14 menjadi kesayangan Maharaja Kangxi pada ketika itu. Setelah 2 tahun berlalu....Maharaja memanggil Ruoxi dan memberitahu bahawa beliau ingin menjadikan Ruoxi sebagai ce-fujin(isteri) Putera 14 kerana beliau mengetahui bahawa Ruoxi rapat dengan Putera 14. Ruoxi melutut dan menolak titah tersebut....ini menyebabkan Maharaja Kangxi murka dan memerintahkan supaya Ruoxi dihukum sebat sebanyak 20 kali dan di jatuhkan taraf dari seorang lady kepada kuli dan diletakkan di bahagian cucian pakaian eunuch (kedudukan kuli yang paling hina sekali di istana). Ruoxi merahsiakan hal tersebut dan tiada siapa yang mengetahui mengapa Ruoxi dihukum seberat itu kecuali putera 4.

Ketika berada di bahagian cucian....keadaan kesihatan Ruoxi mula menjadi bertambah teruk....walaupun Putera 14 sentiasa membantu dengan memberi habuan kepada eunuch yang menjaga bahagian tersebut supaya tidak mendera dan memberikan kerja yang teruk kepada Ruoxi. Putera 14 diperintahkan supaya memimpin bala tentera....Putera 14 menjadi terkenal dengan kehebatan beliau dalam peperangan. Setelah beberapa tahun.....Putera 14 pulang ke capital city dengan kejayaan peperangan dan Putera 14 mengambil kesempatan itu untuk memohon kepada Maharaja supaya membenarkan Ruoxi dijadikan sebagai isterinya. Maharaja Kangxi menolak, kemudian sekali lagi memohon supaya Ruoxi dijadikan isterinya.....ketika ini barulah Maharaja Kangxi memberitahu Putera 14 sebab mengapa Ruoxi dihukum seberat itu adalah kerana Ruoxi menolak titahnya untuk dijadikan isteri Putera 14.

Putera 14 dengan wajah kecewa (kita dapat lihat wajah tegang Putera 14 apabila merenung Ruoxi) telah berjumpa dengan Ruoxi dan menanyakan adakah Ruoxi begitu membencinya sehingga sanggup menolak menjadi isterinya dan sanggup hidup sebagai kuli dan sengsara di bahagian cucian tersebut. Ruoxi memberitahu keputusannya bukan disebabkan oleh Putera 14 tetapi disebabkan dirinya. Putera 14 berkata "disebabkan orang itu (putera 4)". Ruoxi diam.....ketika ini Putera 14 mengetahui betapa dalamnya cinta Ruoxi kepada Putera 4 sehingga sanggup menahan seksa disitu seumur hidup. Ruoxi bertanya mengapa Putera 14 sanggup melakukan semua itu untuk dirinya.....Putera 14 berkata dia telah berikrar untuk menjadi sahabat Ruoxi sebagaimana Putera 13 dan juga soulmatenya. Sekali lagi Putera 14 'melamar' Ruoxi sebagai isterinya jika Ruoxi tidak sanggup lagi hidup sebagai kuli....dia sanggup bawa Ruoxi keluar dari situ. Dia tidak memaksa Ruoxi dan tidak menjerit marah sebagaimana perangai selalunya.....kali ini beliau menjadi lelaki yang tenang dan memahami. Alangkah bagusnya jika Putera 14 bersikap begini sejak awal lagi. Sebenarnya ketika ini, ditangan beliau telah ada degree maharaja Kangxi yang menganugerahkan Ruoxi sebagai cefujinnya tetapi dia simpan dan diamkan diri sebab Ruoxi tidak menerima dirinya.

Setelah 8 tahun, Ruoxi menjadi kuli dan akhirnya dibebaskan apabila Maharaja Kangxi memaafkan Ruoxi dan memanggil beliau kembali kesisinya (dalam tahun terakhir pemerintahannya). Ketika ini Putera 14 berada di medan peperangan.

Putera 4 telah berjaya mengambil alih tahta dan menjadi Maharaja dengan gelaran Maharaja Yongzheng. Akhirnya Ruoxi berada disisi Maharaja Yongzheng....lelaki yang dicintai dan dirinduinya selama 10 tahun (8 tahun menahan seksaan sebagai kuli). Putera 14 telah diturunkan pangkatnya daripada Panglima tinggi diraja kepada bei'le yang menjaga perkuburan diraja. Ruoxi tidak dijadikan isteri secara rasmi oleh Maharaja Zongshen.....Putera 14 telah menyampaikan 'lamarannya' kali kedua dengan mengupah pengasuh puteri chenghuan (anak putera 13 dengan Luwu) supaya mengajar Chenghuan bermain satu lagu yang dimainkan dihadapan Ruoxi yang bermaksud bahawa sekiranya Ruoxi ingin keluar dari istana beliau akan membantu (keluar sebagai isterinya).

Lamaran ketiga dibuat ketika Ruoxi berada di kediaman Putera 8 ketika Ruolan sakit tenat. Putera 14 mempersoalkan status kedudukan Ruoxi disisi Maharaja, beliau tidak faham mengapa Maharaja masih belum mengahwini Ruoxi secara rasmi.....Putera 14 mengatakan bahawa jika Ruoxi ingin tinggalkan istana beliau akan bantu keluarkan Ruoxi dari situ.

Setelah setahun lebih berada disisi Maharaja Yongzheng sebagai wanita kesayangannya...... hubungan Ruoxi dengan Maharaja Yongzheng dalam keadaan kritikal....dan dalam keadaan terbaring sakit setelah pengsan beberapa hari, Ruoxi menulis perkataan 'Putera 14" ditapak tangan Putera 13. Ruoxi berbisik lemah 'saya setuju". Putera 13 yang tidak mengesyaki  kesan buruk pesanan tersebut telah menyampaikan pesanan Ruoxi iaitu 'saya setuju' kepada Putera 14 dengan harapan Ruoxi akan kembali sembuh.

Beberapa hari kemudian, Putera 14 mengadap Maharaja Zongshen dengan membawa titah yang ditulis oleh Maharaja Kangxi dan memohon supaya wanita kesayangan Maharaja iaitu Maertai Ruoxi di anugerahkan sebagai ce'fujinnya sebagaimana yang ditulis dalam titah tersebut. Putera 13 terkejut....rupanya itulah maksud 'saya setuju'. Putera 4 telah 'merampas' tahta dari tangannya dan kali ini Putera 14 pula merampas wanita kesayangan Putera 4 dari tangan beliau. Dendan kedua adik beradik ini tidak berkesudahan dan mereka menyakiti antara satu sama lain tanpa menyedari mereka 'menyakiti' Ruoxi secara tidak langsung.

Ruoxi keluar dari istana sebagai ce'fujin Putera 14 walaubagaimanapun Maharaja Yongzheng mengarahkan supaya upacara perkahwinan tidak diadakan. Rouxi hidup dengan tenang dikediaman Putera 14....menghabiskan masanya dengan menulis caligrafi  dan merindui kekasihnya iaitu Putera 4 (Maharaja Yongzheng) tanpa gangguan dari sesiapa (puak Putera 8). Setelah beberapa bulan dikediaman Putera 14, Ruoxi sakit tenat dan dan mulutnya sentiasa menyebut dan memanggil putera 4 (Maharaja Yongzheng). Ruoxi terlalu merindui kekasihnya itu. Dari sini kita lihat bagaimana Putera 14 berubah menjadi lelaki yang begitu memahami Ruoxi.....melindungi Ruoxi....beliau menjaga Ruoxi dan membiarkan Ruoxi melakukan apa yang dia suka, tidak memaksa Ruoxi melaksanakan tanggungjawapnya sebagai isteri dan sentiasa memastikan keselesaaan Ruoxi. Yang penting bagi lelaki ini.....Ruoxi berada disampingnya.

Ruoxi menulis surat terakhir kepada Maharaja Yongzheng dan meminta supaya Putera 14 menyampaikannya. Putera 14 mendapati tulisan Ruoxi menyamai tulisan Maharaja Yongzheng dan ia merupakan satu penderhakaan.....demi melindungi ce'fujinnya....Putera 14 memasukkan surat tersebut dalam envelop lain dan mengecop dengan tanda mohor Putera 14. Surat sampai ke tangan Maharaja tetapi menyangkakan bahawa surat tersebut adalah dari Putera 14 yang cuba provoke dia lagi (Putera 14 selalu menghantar puisi yang menimbulkan kemarahan Maharaja)....Maharaja memerintahkan supaya surat itu diketepikan. Ketika ini kita dapatkan rasakan perasaan cinta Putera 14 apabila beliau menyebut 'tulisan ce'fujinku (isteriku) menyerupai tulisan Maharaja". Beliau menyintai Ruoxi secara diam-diam.

Hari-hari terakhir Ruoxi adalah menunggu kedatangan Maharaja Yongzheng. Pada hari terakhir Ruoxi, beliau masih bersiap cantik memakai pakaian yang dihadiahkan oleh Putera 4 (dinyatakan dalam novel), meletakkan pin pencucuk rambut magnolia disanggulnya dan duduk diam menunggu Maharaja Yongzheng.....beliau tidak mampu lagi untuk duduk tegak dan  hanya dipangku oleh Qiaohui....Putera 14 menyentuh pipi Ruoxi....Ruoxi menyebut "putera 4" dan membuka matanya tetapi bila melihat dihadapannya adalah Putera 14 dan bukan Putera 4.....Ruoxi kecewa.....putera 14 juga kecewa (isterinya menyebut nama lelaki lain disaat akhir ajalnya). Putera 14 membawa Ruoxi ke pivillion ditaman untuk melihat bunga-bunga yang berkembang dan mendengar muzik dari pemuzik yang dibawa khas untuk Ruoxi.



Ruoxi menghembus nafas terakhirnya didalam dakapan Putera 14. Sehingga saat-saat terakhir Ruoxi tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya. Ruoxi berpesan supaya mayatnya dibakar dan abu mayatnya ditabur ketika angin bertiup kencang supaya roh beliau bebas. Putera 14 menangis kesedihan dan meraung....beliau kehilangan seseorang yang dicintainya dan disayanginya walaupun cintanya tidak berbalas. Didalam novel dinyatakan, Putera 14 mengucup dahi Ruoxi untuk kali pertama dan terakhir.

Setelah 7 hari selepas kematian Ruoxi barulah Maharaja Yongzheng mendapat khabar rasmi tentang kematian ce'fujin Putera 14 iaitu Maertai Ruoxi. Maharaja sampai ke kediaman Putera 14 dan mendapati di ruang tamu hanya ada papan tanda Ruoxi tanpa keranda. Maharaja memanggil nama Ruoxi kerana menyangka Ruoxi belum mati dan hanya bermain dengannya.


Putera 14 keluar dalam keadaan mabuk dan menangis....beliau menjerit marah mengapa maharaja baru datang sekarang sedangkan Ruoxi menunggu beberapa hari sehingga ke hari beliau menghembus nafasnya. Maharaja bertanya dimana Ruoxi....Putera 14 menjawap 'disini' sambil menunjuk bekas abu dan berkata dia telah membakar mayat Ruoxi (bukan kebiasaan masyarakat cina dahulu membakar mayat)Maharaja meluru ke arah Putera 14 dan cuba menumbuknya tetapi ditenangkan oleh Putera 13. Putera 13 meminta supaya mendengar penerangan Putera 14. Putera 14 menerangakn bahawa Ruoxi takut gelap, takut tubuhnya dimakan ulat, takut badannya busuk. Putera 14 menjerita bertanaya mengapa Maharaja baru datang sekarang Putera 13 berkata semua itu disebabkan sikap Putera 14 yang suka provoke Maharaja. Putera 14 menyedari kesalahannya dan menangis memegang kotak abu mayat Ruoxi.....beliau meminta maaf kepada Ruoxi kerana sikapnya Ruoxi tidak dapat menemui kekasihnya. Dia menceritakan bagaimana dia memaksa Ruoxi menyapu peluh didahinya dan menunjukkan sikap intim kepadanya supaya spy yang dihantar Maharaja melapurkan hal tersebut dan untuk menimbulkan kemarahan Maharaja....Putera 14 menyambung ketika dibawah pokok plum itu dia menyedari bahawa dia merindui kemesraan bersama Ruoxi dan dia.......Maharaja menjerit supaya Putera 14 diam (ketika ini Putera 14 cuba untuk mengaku dia menyintai Ruoxi).


Sekali lagi Putera 14 dan Maharaja Yongzheng bergaduh apabila Maharaja Yongzheng merampas abu mayat Ruoxi dari tangan Putera 14. Putera 14 menjerit marah menyatakan bahawa Ruoxi adalah isterinya. Maharaja menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendaftarkan perkahwinan Putera 14 dengan Ruoxi malah malah mereka berdua juga tidak melangsungkan perkahwinan secara rasmi. Qiaohui meminta supaya Putera 14 menyerahkan abu mayat Ruoxi kepada Maharaja kerana itu kehendak Ruoxi untuk pulang kepada kekasihnya.

Putera 14 melutut dan menangis kesedihan....sehingga akhirnya Ruoxi tetap bukan miliknya. Perkahwinan mereka bagi Ruoxi hanya sekadar perkahwinan atas nama sahaja iaitu bagi membolehkan Ruoxi tinggalkan kurungan istana dan berada dalam jagaan Putera 14 sahabat baiknya. Putera 14 adalah 'white knight' yang melindungi Ruoxi.

Wednesday, February 1, 2012

Bu Bu Jing Xin, Episode 4-5

Ok, kita sambung semula recap drama Bu Bu jing Xin untuk episode seterusnya. Dalam menonton drama ini dan memahami jalan cerita dengan lebih baik....tumpukan kepada reaksi wajah para pelakon. Sebagaimana yang saya sebutkan, drama terbaik adalah apabila pelakon dapat menghayati watak dan menyampaikan maksud serta emosi dan perasaan dengan riak wajah tanpa perlu perkataan. Kekuatan drama ini adalah paparan emosi melalui riak wajah pelakon. Dalam episode 1-3, kita boleh lihat bahawa putera ke 8 tertarik kepada Ruo Xi melalui renungan mata dan kadang kala senyuman kecil diwajahnya. Bandingkan cara beliau memandang Ruo Xi dengan cara beliau memandang Ming Hui atau Ruo lan. Putera 4 pula adalah seorang yang dingin....bijak, tenang dan terlalu berhati-hati...beliau akan menyembunyikan perasaan/emosi sedalamnya supaya tiada orang yang boleh baca fikirannya....tetapi bila berhadapan dengan Ruo Xi, beliau kadangkala pamirkan sedikit emosi diwajahnya dengan senyuman kecil (antara senyum dengan tak senyum) atau renungan tajam (intense glares) untuk pamirkan emosinya. Kekuatan watak putera 8 terletak pada pandangan matanya  (u can get lost in his eyes) dan senyumannya. Sangat menarik bila anda perhatikan renungan mata dan riak wajah antara kedua-dua watak ini

Sebelum kita melihat episode 4, cuba kita lihat sedikit sejarah berkaitan dengan watak-watak utama dalam drama ini:-

1. Putera ke 2 bernama Yinreng. Lahir pada 1674. Ibunya adalah Empress Xiochanggren. Ibunya adalah permaisuri pertama KangXi dan meninggal ketika berusia 20 tahun. Yinreng yang ketika itu berusia 2 tahun dibesarkan sendiri oleh maharaja selepas kematian ibunya. KangXi ditabal sebagai maharaja diusia yang terlalu muda iaitu 14/15 tahun dan berkahwin dengan ibu Yinreng yang berusia 17tahun. Dikatakan amat mencintai permaisuri Xiochanggren. Maharaja Kangxi terlalu menyayangi Putera Mahkota Yinreng wp Yinreng melakukan kesalahan, maharaja akan mencari alasan utk memaafkannya.

2. Putera ke 4 bernama Yin Zhen. Lahir pada 1678. Ibunya adalah Empress Xiaogonggren atau lebih dikenali sebagai Consort De. Consort De melayan Putera 4 dengan dingin dan terlalu tegas. Yin Zhen tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibunya sehingga menjadikan beliau dingin dan menyembunyikan perasaannya sendiri.

3. Putera ke 8 bernama Yinsi. Lahir pada 1681. Ibunya adalah Consort Liang. Ibunya adalah dikatakan berkedudukan rendah. Dalam disnati Qing, kedudukan ibu menentukan kedudukan anak. Yinsi tidak dipandang oleh Kangxi sebagai calon putera mahkota disebabkan oleh kedudukan rendah ibunya.  Dalam banyak-banyak putera, Yinsi sahaja yang mempunyai bilangan isteri dan anak yang sedikit. Dalan sejarah beliau memiliki 3 orang isteri dan 2 orang anak tetapi dalam drama ini beliau dikatakan memiliki 2 isteri dan seorang anak lelaki.

4. Putera ke 9 bernama Yintan. Lahir pada 1683. Ibunya adalah Nobel Consort Wenxi.

5. Putera ke 10 bernama Yin'e. Lahir pada 1683. Ibunya adalah Consort Yi

6. Putera ke 13 bernama Yin Xing. Lahir pada 1686. Ibunya adalah Imperial Nobel Consort Jing Min. Ibunya meninggal ketika beliau masih kecil dan kemudian dibesarkan oleh Consort De dan membesar bersama putera 4. Putera 13 membesar kesunyian tanpa ibu manakala putera 4 membesar kesunyian tanpa kasihsayang ibu. Ini menjadikan mereka amat rapat.

7. Putera ke 14 bernama Yinti. Lahir pada 1688. Ibunya adalah Empress Xiaogongren. Merupakan adik kandung Yin Zhen tetapi tidak rapat dengan Yin Zhen dan membesar bersama dengan Putera ke 8. Yinti adalah anak kesayangan Consort De dan mendapat perhatian penuh daripada ibunya.

Maharaja Kangxi terkenal dengan cara tegas beliau mendidik anak-anak beliau. Beliau memastikan semua putera-puteranya bangun jam 3 pagi dan memasuki kelas membaca dan menghafal setiap buku dengan 120 kali ulangan kemudian latihan memanah serta menunggang kuda. Putera-putera hanya dibenarkan berehat selepas jam 7 malam. Disebabkan itu dalam sejarah semua putera-putera baginda amat bijak dan beliau memastikan kesemua putera-putera tidak berhajatkan takhta yang akan diwarisi oleh putera ke 2. Disebabkan putera 8 sering menunjukkan minat terhadap tahta maka maharaja Kangxi sering salahanggap terhadap beliau. Putera 4 pula tidak pernah menampakkan minatnya terhadap tahta dan berebut dengan putera mahkota, ini menyebabkan Maharaja tidak pernah mengesyaki beliau.

Apabila kita menonton 3 episode pertama mesti kita berkata kenapa Ruo Xi tidak bercinta dengan putera ke 13 atau putera ke 14 atau putera ke 10 yang lebih sesuai dengan beliau?. Penulis novel ini tidak menjadikan kehadiran Ruo Xi, gadis zaman moden yang mengetahui setiap nasib putera-putera di atas untuk mengubah sejarah tetapi penulis cuba ketengahkan mesej ' My destiny is in my own hands'. Ruo Xi berada dizaman dimana semua keputusan dalam hidup adalah ditangan Maharaja.....bagaimana dia harus bertindak supaya nasibnya tidak ditentukan oleh sesiapa.

Episode 4.

Bila menonton drama ini, perhatikan perubahan cuaca, ini caranya pengarah memberitahu berkenaan dengan tempoh masa kejadian. Dalam episode 4, ada 2 musim iaitu musim luruh dan musim sejuk. Ini menunjukkan tempah masa antara satu adegan dengan adegan yang lain adalah panjang...mungkin 3-4 bulan.

Sekembali Ruo Xi dari istana.....beliau berkeadaan murung. Beliau menjadi pendiam dan menyendiri.....menghabiskan masa menulis kaligrafi....menulis perkataan 'Fate'. Suasana musim gugur dengan daun-daun berguguran amat serasi dalam mengambarkan perasaaan Ruo Xi yang kemurungan. Ruo Xo tidak murung atau sedih disebabkan putera ke 10 tetapi murung disebakan beliau menyedari bahawa fate atau takdir dirinya akan ditentukan oleh seseorang. Ketika Ruo Xi sendirian di pavilion dengan daun-daun berguguran, putera ke 8 dan putera ke 14 menghampiri beliau. Ruo Xi tidak mengindahkan mereka disebabkan tengelam dengan perasaan sedihnya. Putera ke 14 bertanya adalah Ruo Xi sukakan putera ke 10. Ruo Xi berkata ya....ketika ini wajah putera 8 berubah terkejut. Ruo Xi berkata bahawa dia sedih bukan sebab dia cintakan putera 10 tetapi dia sedih disebabkan perkahwinan putera 10 ditentukan oleh 'SOMEONE' sedangkan putera 10 tidak mahu. 'Someone' yang dimaksudkan adalah maharaja dan perkataan Ruo Xi itu adalah menderhaka....oleh kerana Ruo Xi menyebut ayat tersebut dihadapan putera 14 maka putera 8 terpaksa bertindak kasar dan marah.


Selepas dinasihatkan oleh Ruo Lan keadaan Ruo Xi kembali tenang. Putera 14 datang berjumpa Ruo Xi dan meminta Ruo Xi memujuk Putera 10 yang memberontak dengan meminum arak setiap masa dan tidak menghadiri court.

Ketika adegan ini.....kita bersimpati dengan putera 10. Wajah sedih....perubahan riak wajah dari seorang yang funny....kebodoh-bodohan kepada seorang yang kecewa dan kesedihan. Ruo Xi bertemu dengan putera 10 dan cuba memujuk beliau. Putera 10 mengadap Ruo Xi dan bertanya samaada Ruo Xi pernah sukakan dirinya. Ruo Xi jawap 'ya... pernah', riak wajah putera 10 berubah gembira dan kemudian dia cuba pegang tangan Ruo Xi tetapi Ruo Xi larikan tangannya. Ketika ini anda akan merasa terlalu simpati akan nasib putera 10. Teknik kamera serta muzik yang dimainkan ketika Ruo Xi menarik tangan dan perubahan ketara wajah putera 10 menjadikan penonton bersimpati dgn putera 10. Ruo Xi bijak...dia tolak cinta putera 10 dengan baik dan terangkan bahawa ketika bersama putera 10 beliau sangat-sangat gembira. Saya printscreen moment dimana Ro Xi larikan tangannya dari pegangan Putera 10....moment yang sangat menyedihkan bagi putera 10. Anda akan bersimpati dengannya apabila melihat perubahan riak wajah beliau.


Ok kisah Ruo Xi dan putera 10 ditamatkan disitu....pengarah drama ini mula memfokuskan kepada perasaan putera 8 terhadap Ruo Xi dan hubungan Ruo Xi dengan putera 13.

Suasana salji mula turun......(suasana yang sesuai untuk mengambarkan sesunyian hati Ruo Xi), Ruo Xi berjalan sendirian dan tiba-tiba putera 8 berjalan disebelahnya. Ketika ini Putera 8 mula berani mempamirkan perasaannya dengan memegang tangan Ruo Xi...Ruo Xi nervous dan cuba lepaskan tangannya tetapi putera 8 mengenggam dengan lebih erat (beautiful moment) dan  mereka berjalan beriringan dalam salji. Ruo Xi keliru dengan sikap Putera 8.


Ruo Xi dan Ruo Lan menghadiri majlis perkahwinan putera 10 yang diadakan dikediaman baru yang dihadiahkan oleh Kangxi kepada putera 10. Ruo Xi yang kesejukan berlari-lari diluar karidor dan terkejut apabila ditegur oleh Putera 13. Putera 13 berkata oleh kerana kita berdua adalah orang yang dalam kekecewaan....jom kita minum dan tarik Ruo Xi mengikut beliau menaiki kuda ke satu tempat untuk minum. Ruo Xi pada mulanya agak ketakutan tetapi lama-kelamaan mula selesa dengan putera 13. Ruo Xi yang mula mabuk telah menceritakan tentang konsep dunia moden dan berbisik bahawa beliau datang dari dunia 300 tahun selepas. Putera 8 menganggap Ruo Xi merepek akibat mabuk. Ruo Xi mengajar putera 8 syarat OK dunia moden....signature persahabatan mereka. Disini bermula hubungan cinta platonik antara Putera 13 dan Ruo Xi.


Episode 5

Putera mahkota menjemput putera 8, Ruo lan dan Ruo Xi ke acara berkuda. Ming Yu menunjukkan kehebatannya dan kemudian mencabar Ruo Xi supaya menunjukkan kehebatan kerkuda kerana Ruo Xi dibesarkan di kem tentera memandangkan ayahnya adalah general mesti Ruo Xi juga hebat sebagaimana kehebatan General Maertai. Ruo Xi tidak pandai menunggang kuda mula resah dan Ming Yu terus menghina Ruo Xi dan keluarga Maertai. Ruo Lan yang tidak sanggup mendengar penghinaan tersebut sanggup menunjukkan teknik tunggangan kudanya. Putera 8 terkejut kerana selama 5 tahun berkahwin dengan Ruo Lan.....Ruo Lan tidak pernah hendak menunggang kuda lagi. Teknik tunggang kuda Ruo Lan mengkagumkan semua putera-putera yang hadir.


Ketika melihat Ruolan menyendiri dan bersedih, Putera 8 cuba memujuk Ruo Lan supaya memaafkan dirinya dan terima dirinya sebagai suami. Dari sini barulah diketahui mengapa Ruo lam membenci putera 8. Kerana putera 8, kekasihnya mati dan hatinya juga mati bersama kekasihnya....yang tinggal hanya jasadnya sahaja sebab itu Ruo lan tidak pernah senyum dan tidak pernah tunggang kuda lagi. Putera ke 8 cuba memujuk Ruolan tetapi apabila melihat reaksi beku Ruolan, Putera 8 melepaskan pelukannya dan tahulah beliau bahawa dia tiada ruang langsung dihati Ruolan.


Apabila Ruo lan bersama putera 8, Ruo Xi keseorangan dan Putera 13 datang berbual serta mengajak beliau untuk pergi minum. Putera 13 membawa Ruo Xi ke satu tempat dimana beliau sering datang dan minum bersama pelayan disitu. Ruo Xi diperkenalkan dengan Lu wu (pelayan atau courtesan). Pandangan mata putera 13 terhadap Lu wu membuat kita mengetahui mengapa beliau tidak jatuh cinta pada Ruo Xi. hatinya pada Lu Wu. Dalam adegan ini, kita akan melihat betapa selesa dan gembiranya Ruo Xi apabila bersama putera 13. Mereka berbual dan berbincang dengan selesa....pemikiran mereka sama...pandangan mereka sama tapi sayang...... keserasian mereka hanya sebagai rakan rapat.

Putera 8 memanggil Ruo Xi kebilik bacaan dan Ruo Xi sangka yang dia akan dihukum sebab pulang lewat tetapi terkejut apabila Putera 8 menyarungkan bangle/gelang ke tangan Ruo Xi. Tindakan ke 2 putera 8 yang sekali lagi mengejutkan Ruo Xi dan mengelirukan gadis kecil itu.


Putera 8 menyambut tahun baru di kediaman Ruo Lan. Sebelum ini beliau tidak pernah hendak duduk lama dikediaman Ruo Lan tapi selepas kehadiran Ruo Xi, putera 8 banyak berkunjung ke kediaman Ruo Lan. Ming Hui perasaan akan hal ini dan mula cemburu kepada Ruo Xi.


Hanya semasa sambutan tahun baru, gadis-gadis bangsawan dibenarkan keluar berhibur. Ruo Xi keluar ditemani oleh Qiao Hui. Ruo Xi bertemu dengan putera 13 yang ditemani oleh Lu wu yang berpakaian seperti lelaki. Putera 13 mengajak Ruo Xi ke satu tempat untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api. Selepas kehadiran Putera 13 di tempat itu....putera 14 juga turut sampai bersama-sama dengan pengikutnya. Pengikut putera 14 perasan kehadiran Lu Wu ( bekas pelacur) dan mula memerli beliau. Ruo Xi marah akan perbuatan biadap pengikut Putera 14. Putera 14 meminta supaya Ruo Xi pulang.


Semasa dikediaman Putera 8, Ruo Xi dan putera 14 bergaduh. Putera 14 memarahi Ruo Xi dengan mengatakan bahawaRuo Xi perlu menjaga statusnya sebagai gadis bangsawan dan tidak harus berkawan dengan golongan seperti Lu wu yang merupakan bekas pelacur. Mereka bertengkar dihadapan Putera 8.


Dari adegan ini, menunjukkan hubungan yang wujud antara putera 14 dengan Ruo Xi. Dalam novel, Tong Hua menghuraikan hubungan mereka dengan detail. Dalam tempoh Ruo Xi berada dikediaman putera 8, Ruo Xi sentiasa kebosanan dan ketika ini putera 14 dan putera 10 adalah kawan baiknya. Ditulis bagaimana setiap kali putera 14 datang ke manor putera 8, beliau pasti membawa sesuatu untuk Ruo Xi sehinggakan dayang-dayang sering mengusik Ruo Xi setiap kali Putera 14 hadir. Mereka rapat dan mereka sering bergaduh sebab pemikiran dan pandangan Putera 14 adalah berbeza dengan Ruo Xi tetapi mereka bertengkar sekejap kemudian mereka akan berbaik semula. Sebab itu apabila Ruo Xi dan Putera 14 bertengkar....putera 8 hanya tersenyum sebab dia telah biasa melihat mereka bertengkar


Selepas pertengkaran Ruoxi dengan putera 14 berakhir...dan putera 14 keluar dari situ dengan marah, putera 8 berkata kepada Ruoxi bahawa Ruoxi bukan sahaja layak menjadi 'daredevil 13th sister' sama seperti putera 13 tetapi pemikiran mereka berdua juga sama. Beliau meminta supaya Ruoxi duduk disebelahnya.....beliau bertanya samaada Ruoxi takut menghadapi pemilihan gundik Maharaja. Beliau tidak pasti samaada Ruoxi takut atau tidak sebab Ruoxi sibuk memikirkan hal orang lain. Putera 8 mula bercerita tentang bagaimana pertama kali beliau bertemu Ruolan. beliau jatuh cinta pandang pertana kepada Ruolan apabila beliau melihat Ruolan menunggang kuda sambil ketawa riang (Ruoxi berkata dalam hati sudah tentu kakaknya riang gembira kerana kakaknya ketika itu dalam percintaan dengan general...wajah riang yang tidak akan ditemu dikalangan wanita di forbidden city yang tidak pernah mengenali cinta). Putera 8 bertambah gembira bila maharaja menjadikan Ruolan sebagai Ce'fujinnya. Beliau menghabiskan masa 6 bulan untuk mencari hadiah bagi wanita yang dicintainya itu...akhirnya beliau menemui phoenix jade bangle dan bercadang untuk menghadiahkan kpd Ruolan pada malam perkahwinan mereka. Ruoxi terkejut dan memandang bangle ditangannya. Impian putera 8 hancur apabila malam perkahwinan....wanita riang yang dicintainya itu bukanlah wanita yang sama yang ditemui tetapi wanita itu menjadi dingin, tidak senyum dan tidak menunggang kuda lagi. Putera 8 cuba mencari punca mengapa wanita itu jadi begitu....beliau menghantar spy untuk menyiasat tentang kekasih Ruolan. perkara ini disedari oleh bapa Ruolan dan mengarahkan kekasih Ruolan berada dibarisan hadapan pertempuran dan menyebabkan kekasih Ruolan terbunuh. Ruolan yang ketika itu sedang mengandung 3 bulan keguguran akibat terlalu sedih atas kematian kekasihnya. Sejak itu Ruolan membenci putera 8.


Ruoxi cuba menanggalkan gelang phoenix jade bangle ditangannya sebab bangle itu adalah milik kakaknya Ruolan tetapi dihalang oleh putera 8 dengan berkata bahawa bangle itu adalah untuk wanita yang dicintainya. Dia minta supaya Ruoxi berjanji supaya tidak sekali-kali menanggalkan bangle itu dari tangannya.

Disini putera 8 telah istiharkan dengan terang bahawa Ruoxi adalah wanita yang dicintainya. Putera 8 menerangkan rancangannya untuk mengeluarkan Ruoxi dari pemilihan gundik maharaja dan kemudian akan meminta daripada maharaja untuk mengahwininya. Ruoxi menolak mengatakan beliau tidak sudi. Ruoxi keluar dari situ dengan perasaan sedih, marah dan kecewa.

" Unwiling, she is unwiling to everything
She wants is someone who truly loves her
care for her all the time
she is a person, not an object"



Thursday, January 26, 2012

Recap Bu Bu jing Xin, Episode 1-3


Saya sukakan drama nie....setakat ini....inilah C-drama yang saya ulang tengok sehingga beberapa kali.  Sebelum ini saya tidak pernah hendak menengok C-Drama. Saya teringin sangat hendak membaca novel asal cerita ini yang ditulis oleh Tong Hua. Saya cuba cari novel ini tapi malangnya tiada terjemahan dalam bahasa English dibuat. Selalunya cerita yang diadaptasi daripada novel tidak akan sama seperti bila kita baca sendiri novel tersebut. Saya juga sudah mendapatkan DVD Bu Bu Jing Xin, English subtitles di Speedy Video.

Episode 1



Dalam episode 1 kita akan diperkenalkan dengan watak Zhang Xio, roh wanita zaman moden yang berusia 25 tahun terperangkap dalam tubuh gadis manchurian yang berusia 13 tahun (dalam novel dikatakan 13 tahun) yang bernama Maertai Ruo xi. Beliau berada dizaman silam (300 tahun dari zaman moden) iaitu di zaman pemerintahan Maharaja Kangxi yang ke 43 tahun. Melalui Qiaohui(maid) beliau cuba mengetahui berkenaan diri Ruo Xi. beliau adalah adik kepada Maertai Ruo lan iaitu Ce-Fujin putera ke 8 dan merupakan anak ke 2 kepada General Maertai dan berada dikediaman putera ke 8.

Zhang Xio adalah wanita moden dan berusia 25 tahun dan berada ditubuh gadis yang berusia 13 tahun sudah tentu memperlihatkan sifat matang yang berbeza dari gadis-gadis zaman itu. Kata-kata matang yang keluar dari mulut Ruo Xi telah menarik perhatian putera ke 9 dan putera ke 10. Detik perkenalan Ruo Xi dengan putera ke 10 yang digelar 'wastrel 10th' dan putera ke 9 yang dikenali sebagai 'poison snake old 9th'.



Putera ke 10

Setelah 10 hari roh Zhang Xio berada ditubuh Ruo Xi (Ruo Xi telah berada di kediaman putera ke 8 selama 6 bulan) dan inilah kali pertama Ruo Xi bertemu dengan Putera ke 8 yang dikenali dalam sejarah sebagai 'Virtuous 8th prince'. Putera ke 8 kelihatan sedikit terkejut apabila melihat Ruo Xi kali pertama.

Putera ke 8

Zhang Xiao (Ruo Xi) cuba mencari jalan untuk kembali ke zaman moden. Cubaan pertama adalah apabila dia cuba untuk jatuh dari tangga yg tinggi tetapi dihalang oleh Qian Hui. Cubaan kedua apabila dia berdiri dihadapan kuda yang ditunggang laju oleh Putera ke 4. Cubaan ke tiga adalah sekali lagi dia berdiri dengan harapan supaya dia dirempuh oleh kuda tetapi malangnya kuda tersebut diberhentikan secara mengejut dan menyebabkab Ruo Xi marah. Bila dia lihat penunggang kuda itu adalah putera ke 4....Ruo Xi terus tidak jadi marah. Disini beliau berkenalan dengan putera ke 13. Putera ke 4 adalah seorang yang berwatak dingin, tidak senyum, tegas dan pemerhati serta bijak. Bila melihat Ruo Xi terseliuh beliau terus mendapatkan ubat utk Ruo Xi manakala Putera Ke 13 memperlihatkan sifat ramah dan mesra.


Putera ke 4


Putera ke 13

Ketika menghantar Ruo Xi pulang, putera ke 4 memanggil Ruo Xi dan menanyakan mengapa Ruo Xi ingin membunuh diri. Ruo Xi menyatakan bahawa itu hanyalah kemalangan dan beliau tidak berniat untuk membunuh diri. Putera ke 4 adalah seorang yang bijak menganalisa keadaan....beliau mengetahui Ruo Xi cuba bunuh diri tetapi pelik dgn jawapan Ruo Xi. Putera ke 4 serahkan ubat dan berkata "i saved your life. Without my permission, you better not even consider suicide".

Dalam episode 1, hubungan baik antara putera ke 10 dengan Ruo Xi terbentuk. Ruo Xi suka membuli putera ke 10 yang bersifat 'kebodohan' dan mereka menjadi kawan baik. Ketika Ruo Xi mengikut putera ke 8 dan putera ke 10 untuk menunggang kuda....disini diperlihatkan saat-saat putera ke 8 memberikan pandangan tajam kepada Ruo Xi serta kagum dengan kebijaksanaan Ruo Xi mengena putera ke 10.

Ketika melihat putera ke 8 menunggang kuda...Ruo Xi akhirnya mengaku bahawa putera ke 8 mempunyai rupaparas yang sangat kacak, elegent yang digambarkan oleh Ruo Xi sebagai '8th prince has both lineage and appearance of a fine man beyond compare'. Sebagaimana yang digambarkan oleh putera ke 13 bahawa putera ke 8 "8th Ge (brother) is known for his elegant and courteous refinement".

Episode 2

Ruo Xi cuba untuk mengetahui mengapa kakaknya iaitu Ruo Lan bersikap dingin terhadap putera ke 8 walaupun putera ke 8 adalah seorang yang bersifat lemah lembut terhadap Ruo Lan. Ruo Lan menghabiskan masanya dengan berdoa dan membaca buku buddha dan kadang-kadang merenung lukisan lelaki yang menunggang kuda dengan wajah yang sedih. Walaupun Ruo lan adalah isteri yang pertama dikahwini oleh putera ke 8 tetapi setelah 5 tahun berkahwin mereka masih belum dikurniakan anak(anak pertama gugur) dan isteri utama (Di-Fujin) yang dikahwini 2 tahun kemudian telah melahirkan anak. (Dalam dinasti Qing, isteri utama seorang putera haruslah berketurunan diraja dan perkahwinan ditetapkan oleh maharaja. Ruolan adalah anak bangsawan yang berpangkat general...walaupun beliau adalah isteri yang pertama tetapi beliau berstatus ce-fujin (isteri kedua)). Urusan kediaman diuruskan oleh Di-Fujin dan disebabkan status ini, Ruo lan sering dibuli oleh Di-Fujin.

Ketika ini putera ke 10 telah menjadi rakan sepermainan Ruo Xi. Sekali lagi Ruo Xi bertembung dengan putera ke 4 ketika putera itu hendak bertemu dengan putera ke 8. Ruo Xi cuba mengelak untuk bertembung dengan 'Ice Block Face" gelaranya kepada putera ke 4. Putera ke 4 sekali lagi cuba bertanya Ruo Xi berkaitan dengan 'seeking life thorough seeking death', Ruo Xi tidak menjawap tetapi Ruo Xi berkata ia cuba menerangkan maksud dengan dengan mengunakan metaphor iaitu ' If i feel like i am in a dream but it is a dream that i cannot wake up from, what can i do". Putera ke 4 menjawap "6 words....since you're there, make the best of it. Do you understand". Ruo Xi berfikir panjang dengan kata-kata putera ke 4 dan akhirnya Ruo Xi mengambil keputusan untuk terima nasib dirinya yang berada di zaman silam 300 tahun dari zaman moden. Ketika ini Ruo Xi berkata tidak hairanlah Putera ke 4 adalah maharaja sebab beliau sangat bijak.

Putera ke 10 mendesak supaya majlis hari jadinya diadakan di kediaman putera ke 8 dan diuruskan oleh ce-fujin (Ruo lan) dan bukan Ming Hui (Di-fujin). Putera ke 9 meneka dan mengusik sebab mengapa putera ke 10 berkeras supaya majlis harijadi diuruskan oleh ce-fujin putera ke 8 adalah disebabkan Ruo Xi. Putera ke 10 malu-malu dan semua putera-putera yang lain ketawakan beliau.

Majlis hari jadi putera ke 10 diuruskan oleh Ruo Lan dan ketika ini Ruo Xi memakai pakaian yang cantik dan mengenakan make up yang berlainan dari biasa. Penampilan Ruo Xi menjadikan ia seorang gadis yang cantik dan bukan lagi budak nakal yang berusia 13 tahun. Ketika Ruo Xi berada di balkoni dan putera ke 4 juga berada di balkoni yang bertentangan....Ruo Xi memandang ke arah putera ke 4 dan putera ke 4 merenung tajam ke arah Ruo Xi  dengan sedikit senyuman diwajah dinginnya....putera ke 8 keluar dan berdiri disebelah putera ke 4, beliau perasan putera ke 4 merenung Ruo Xi. Ketika putera 13 sampai, beliau juga terpesona dengan kecantikan Ruo Xi dan ketika semua putera berkumpul....putera ke 13 memuji kecantikan Ruo Xi tetapi putera ke 8 cepat-cepat memotong percakapan putera ke 13 dan menyatakan bahwa semua putera menunggu untuk minum bersama putera ke 13.




Ruo Xi menyediakan hadiah istimewa buat putera ke 10 iaitu dengan membuat lipatan 1000 origami burung jinjang dan mengantungkan di pavilion yang dihias indah. Putera ke 10 amat terpesona dengan hadiah tersebut dan Ruo Xi menyanyikan lagu hari jadi versi moden kepada putera ke 10. Wajah putera ke 10 begitu terkejut dan terharu. Nyanyian Ruo Xi didengari oleh putera ke 14 dan putera ke 13. mereka datang ke pavilion kecil itu sambil mengusik putera ke 10. Ruo Xi yang termalu telah meminta diri dan berlalu dari situ.




(kehidupan putera-putera di forbidden city adalah ditentukan oleh maharaja. kebanyakan putera-putera tidak mengenali cinta kerana jodoh mereka ditentukan oleh maharaja dan perkahwinan mereka samaada berdasarkan motif politik atau mengukuhkan kuasa. Perbuatan Ruo Xi melipat 1000 burung jingjang serta menyanyikan lagu (dalam novel ditulis Ruo Xi menyanyikan lagu dari sajak untuk mengucapkan panjang umur) adalah sesuatu perbuatan yang luarbiasa dan memberikan maksud yang berbeza kepada putera ke 10 walaupun ia adalah perkara biasa dizaman moden).

Episode 3

Ketika Ruo Xi berlalu dari pavilion, beliau bertembung dengan Ming Yu (adik kepada Ming Hui-Di-Fujin putera ke 8). Ming Yu cuba membuli Ruo Xi tetapi tidak menduga dengan tindakan Ruo Xi menampar beliau. Berlaku adegan 'cat-fight', pergaduhan ini didengar oleh ke tiga-tiga putera yang berada di pavilion. Mereka berlari ke arah Ruo Xi tetapi ketika itu Ruo Xi telah menghentak kepalanya dengan kepala ming Yu dan menyebabkan mereka berdua pening serta terjatuh kedalam kolam. Putera ke 13 dan ke 14 menjerit memanggil Ruo Xi. Semua putera-putera yang hadir dan tetamu berlari ke atah kolam. Putera ke 13 dan 14 menyelamatkan ming hu dan Ruo Xi. Ruo Lan cuba menenangkan Ming Yu tetapi ditolak oleh Ming Yu. Ini menyebabkan Ruo Xi marah dan cuba menyerang Ming Yu kembali tetapi dihalang oleh putera ke 10. Dihadapan semua tetamu, Ming Yu cuba membuat kecoh dengan menangis kuat-kuat seperti budak kecil......Ruo Xi semakin marah dan terus menjerit "diam"sambil berdiri garang dihadapan ming yu. Bila lihat ming yu masih menangis, sekali lagi Ruo Xi menjerit 'masih menangis' dan menunjukkan wajah yang garang sehingga menakutkan bukan sahaja Ming Yu tetapi semua tetamu. Semua putera yang menyaksikan perlakuan Ruo Xi terkejut dan terdiam tetapi wajah putera ke 4 memperlihatkan kekaguman dan terukir sedikit senyuman di wajah dinginnya. Putera mahkota (putera ke 2) cuba meredakan suasana dengan menyatakan bahawa beliau tidak sangka putera ke 13 yang dikenali sebagai 'seeking death 13th prince' mempunyai seorang adik perempuan dan mengelarkan Ruo Xi sebagai ' seeking death 8th prince sister'. Semua putera ketawa dan putera ke 8 merasa lega dan meminta supaya putera ke 13 dan 14 menukar baju dan meminta maid membawa pulang Ming Yu ke kediaman Di-Fujin.

(Tindakan Ruo Xi terhadap Ming Yu adalah tindakan mengundang maut. Ming Yu adalah anak kepada puteri raja, yang merupakan sepupu Maharaja Kangxi. Dari segi status Ruo Xi boleh dihukum mati tetapi ia diselamatkan apabila putera mahkota tidak mengambil serius hal tersebut dan masih bergurau dengan mengelarkan Ruo Xi sebagai 'seeking death 13th prince sister' dan menyebabkan semua putera-putera lain termasuk putera 8 merasa lega walaupun diwajahnya kesal dengan apa yang berlaku).

Selepas peristiwa itu Ruo Xi menjadi bualan dikalangan keluarga diraja. Putera 14 dan putera 10 menjadi rapat dengan Ruo Xi, ini dilihat dari perlakuan Ruo Xi yang tidak memberikan tunduk hormat kepada mereka. Ruo lan menghukum Ruo Xi dengan bersikap dingin terhadap Ruo Xi. Putera ke 8 menghukum perlakuan Ruo Xi dengan meminta beliau berdiri berdiri didalam bilik bacaan sementara beliau berbincang dengan putera 14 dan putera 10. Ruo Xi berdiri lama sehinggalah bila pelayan masuk kedalam bilik bacaan dan menyatakan bahawa hari sudah lewat dan makan malam telah dihidangkan. Putera ke 8 minta putera 10 dan putera 14 tunggu diluar. Putera 8 berdiri rapat dengan Ruo Xi yang ketika itu kelihatan ketakutan dan hanya tunduk memandang lantai. Putera ke 8 meninta Ruo Xi mendongak dan memandang beliau....Ruo Xi patuh tetapi kemudian melangkah ke belakang selepas terkejut dengan renungan mata putera ke 8. Putera ke 8 ketawa dan berkata 'so where has that day's chili-hot daring gone to'.

Ruo Xi berusaha untuk mendapatkan kemaafan Ruo Lan dan akhirnya kakaknya itu memaafkan beliau. Ruo Lan memberitahu Ruo Xi bahawa maharaja Kangxi akan mengadakan Mid Autumn gathering dan telah menjemput semua ahli keluarga putera-putera beliau. Maharaja juga menintahkan bahawa beliau ingin bertemu dengan 'daredevil 13th prince sister'....Ruo Xi terkejut sebab maharaja mengetahui tentang hal itu.

Ketika di gathering itu, Ruo Xi yang pertama kali menjejakkan kaki ke istana dan mengadap raja tidak dapat menyembunyikan perasaan takut beliau. Beliau dipanggil mengadap maharaja dan maharaja bertanya 'are u daredevil 13th sister'. Ruo Xi mengatakan bahwa beliaulah yang digelar 'daredevil 13th sister'. maharaja bertanya mengapa beliau kelihatan takut...adakah Ruo Xi takut dengan beliau. Ruo Xi menjawap bahwa beliau tidak takut dengan maharaja sebab beliau adalah 'sage ruler'. Kangxi ulang 'sage ruler....look at me and explain why you consider me a sage ruler'.

Ruo Xi yang ketakutan untuk menjawap telah menjawap dengan perlahan "Qin Shi Huang and Han Wudi lack literary grace. Tang Tai Zang and Song Tai Zu had little poetry in their soals. Genghis Khan only knows how to shoot eagles with bow. All have past and gone. For the truly great men, look to the present age".

Selepas menjawap Ruo Xi terus melutut ketakutan akan reaksi maharaja....semua putera-putera kelihatan terkejut dengan jawapan Ruo Xi. Ruo Xi telah membandingkan maharaja dengan semua pemerintah terdahulu...sesuatu perkataan yang berani diucapkan dihadapan maharaja. Tiba-tiba Maharaja Kangxi ketawa dan berkata 'so fighting is not the thing that this 'daredevil 13th sister' knows'. Maharaja gembira dengan jawapan Ruo Xi dan memberikan beliau rewards.

Selepas itu jamuan diadakan dan semua putera berada di pentas atas manakala isteri-isteri dan tetamu berada di pentas dibahagian bawah. Semua putera mengadap maharaja...tiba giliran putera ke 10. Menyedari bahawa umur putera ke 10 telah dewasa, maharaja menitah untuk menjodohkan putera ke 10 dengan Ming Yu. Oleh kerana status Ming Yu maka beliau dijadikan Di-Fujin putera 10. Ketika ini kita akan bersimpati dgn putera 10....beliau cuba menolak tetapi takut maharaja murka. Ruo Xi yang masih terkejut dengan saat-saat beliau mengadap dan disoal maharaja sekali lagi terkejut bila melihat keadaan putera 10 dipaksa terima titah maharaja.



Ketika ini barulah Ruo Xi sedar akan keadaan di Forbidden City. Ruo Xi mula memikirkan akan nasib dirinya jika beliau tidak dapat kembali ke zaman moden dan terus terperangkap di zaman silam ini.

Why? Isn’t he a prince?. Doesn’t he have a high status? Why is it that someone with such a high status has lost something so precious?. Freedom?. Is this the fate of everyone in the Forbidden City?.

“Why is it that our fates can be decided by a single word from the Emperor?. Why was I brought here…..The education I’ve received taught me that my destiny is in my own hands. Now I’m suddenly told that everything is up to fate. Resign myself to fate? I’ll never do that.”

Ulasan:-

1. Dalam episode 1 sehingga 4, roh Zhang Xiao yang berada ditubuh Ruo Xi yang berusia 13 tahun menunjukkan perubahan dari gadis kecil yang memberontak, tidak dengar cakap, melawan dan bercakap tanpa berhenti bertukar menjadi seorang gadis yang lebih bersopan. Perubahan Ruo Xi dianggap akibat daripada kecederaan kepala selepas jatuh dari tangga. Penulis bijak mencarikan sebab yang munasabah. Sifat anak-anak kecil yang nakal kadang kala ditunjukkan oleh Ruo Xi. Dia masih kanak-kanak tetapi kita harus ingat 300 tahun yang lepas....gadis yang berusia 13-15 tahun telah dianggap sesuai untuk dikahwinkan.

2. Dalam novel asal drama ini dikatakan bahawa Putera 8 berusia dalam lingkungan 22-23 tahun, putera ke 10 dalam 17 tahun. tetapi jika dilihat dari sejarah pada zaman pemerintahan KangXi yang ke 43 tahun, usia putera 8 adalah 28 tahun, putera 4 adalah 30 tahun, putera 10 adalah 21 tahun, putera ke 13 dalam usia 20 tahun dan putera 14 dalam usia 19 tahun. Penulis cuba mengurangkan usia putera-putera ini supaya jarak antara Ruo Xi dengan putera 8 dan 4 tidak jauh tapi pelakon yang membawa watak  putera 8 dan 4 memang sesuai untuk usia akhir 20an. Mereka kelihatan tua dan tidak sesuai jika dikata berusia 22 dan 25 tahun.

3. Ketika berada di kediaman putera 8, hubungan Ruo Xi rapat dengan putera 10 dan putera 14 kerana mereka adalah putera-putera yang rapat dengan putera 8 termasuk putera 9(team putera 8). Mereka sering berkumpul dan berbincang dikediaman putera ke 8. Putera 4 dan putera 13 tidak rapat dengan putera 8. kehadiran mereka adalah untuk urusan penting sahaja seperti menghadiri majlis hari jadi, meghantar Ruo Xi yang cedera. Disebabkan itu hubungan Ruo Xi diepisod awal lebih berkisar kepada putera 10 dan putera 14 sahaja.

4. Maharaja Kang Xi mempunyai anak yang ramai. Beliau memiliki 24 orang putera dan disebabkan itu diakhir pemerintahan beliau...berlaku pergaduhan dan perebutan tahta dikalangan putera-putera beliau. Ketika ini putera ke 2 iaitu anak maharani pertama (isteri pertama Kang Xi yang kahwini ketika berusia 15 tahun) telah dilantik sebagai putera mahkota. Putera ke 4 dan putera ke 13 adalah orang kepercayaan putera mahkota.

5. Kebiasaannya bila saya menonton cerita historical, saya selalu akan dapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah tersebut terlebih dahulu. saya benci cerita historical yang ditokok tambah keterlaluan. Awal cerita ini kira selari dengan sejarah. Tambahan adegan yang tiada dalam novel asal adalah pertemuan Ruo Xi dengan putera 13 dan putera 4. Dalam Novel, pertemuan pertama Ruo Xi dgn putera 4 adalah semasa majlis harijadi putera 10.

6. Apa yang paling saya suka dalam drama ini adalah teknik pengambaran, teknik kamera yang bijak menjadikan panorama lokasi dalam drama ini begitu cantik. Sudut-sudut pengambaran diambil dengan begitu bijak sekali. Lagu dan muzik yang dimasukkan amat kena dengan emosi dan suasana ketika itu. Anda akan dapat kepuasan menonton jika memiliki DVD asal drama ini sebab gambar dalam HD cantik dan menarik berbanding menonton di Viki.com.

Untuk menonton anda boleh ke

1. Viki.com 

atau you tube (untuk gambar yang lebih cantik)

1. Episode 1
2. Episode 2
3. Episode 3
4. Episode 4

Friday, January 20, 2012

After Thomas-Kisah kanak-kanak autistic

 Autisme.....sebenarnya saya tidak pernah mengetahui apa itu autisme. Melalui facebook saya berkenalan dengan seorang rakan. Daripada beliau saya mengetahui apa itu autisme. Bila mengetahui bahawa anak beliau autisme maka saya mula mencari maklumat berkenaan autisme di internet supaya bila berbual dengan beliau, saya tidak tersalah cakap.

Semakin lama saya mengenali rakan ini....semakin saya kagum dengan sifat seorang ibu kanak-kanak autisme. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam menjaga anak-anak ini. Saya yakin bila Allah menguji beliau dan suami dengan kehadiran anak autisme ini dalam hidup mereka....Allah mengetahui bahawa mereka adalah manusia yang hebat.


Saya baru sahaja selesai menonton After Thomas dan saya ingin kongsikan filem ini dengan anda. After Thomas adalah kisah anak autisme. Nicola dan Rob, pasangan suami isteri yang memiliki anak autisme yang berusia 6 tahun bernama Kyle. Kyle hidup dalam duninya sendiri....sentiasa sendirian dan merasa selamat dan secure dalam dunia autisticnya. Kyle amat takut akan perubahan....beliau akan menjerit-jerit, mengamuk dan kadang-kadang memukul dan melukakan Nicola. Bukan mudah untuk mengawal kanak-kanak autisme. Nicola dan Rob bertuah kerana memiliki ibu dan bapa yang memahami dan sama-sama menjaga Kyle walaupun orang lain tidak memahami keadaan anak autisme dan menganggap sebagai 'buruk perangai' disebabkan selalu mengamuk.


Filem ini adalah kisah benar....dan yang pasti Nicola dan Rob berjaya menbesarkan Kyle. Saya galakkan anda menonton filem ini....filem yang baik untuk kita semua memahami apa itu autisme. Kepada ibubapa anak autisme....saya kagum dengan kesabaran anda...anda hebat.





Pelakun kanak-kanak ini memang cukup berbakat dalam melakunkan watak kanak-kanak autisme. Bila anda lihat lakunan beliau....anda akan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh menjiwai watak tersebut dengan begitu baik sekali.


Jika anda berminat untuk menonton filem ini....silalah ke Sini

Monday, January 9, 2012

Bu Bu Jing Xin


Saya sudah tidak ada idea untuk tulis apa dalam blog ini. Diet....saya dah hancurkan diet saya dan saya sudah tidak layak nak bercakap pasal diet lagi. So untuk apa saya teruskan menulis blog ini......mula-mula saya ingat nak tutup sahaja blog ini. Kemudian bila fikir balik....kenapa saya tidak manfaatkan blog ini dan dan biar ia terus 'hidup'.

Setelah membeli laptop baru....saya mula mendapat hobi baru iaitu menontong drama-drama. Sebenarnya banyak drama yang saya sudah tonton tetapi saya akan ulas dalam blog ini sedikit demi sedikit.

Dalam menonton drama saya suka kepada drama yang dapat menyentuh perasaan saya dan bagi saya pelakon yang terbaik adalah pelakun yang dapat membuatkan kita rasa kesengsaraan, kegembiraan dan segala emosi yang mereka rasa. Sebelum ini saya katakan bahawa pelakon Kim Nam Gil adalah pelakon terbaik bagi drama korea tapi selepas saya menonton mainland drama iaitu Bu Bu jiang Xin.....saya berani kata bahawa inilah drama terbaik yang saya tonton bagi tahun 2011. Saya terkejut kerana sudah lama mainland drama tidak mempunyai drama yang bagus.

Kenapa saya kata drama ini yang terbaik bagi saya.....

1. Bila saya sanggup maraton seharian hanya kerana tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
2. Perasaan ingin tahu....apa yang berlaku selepas ini sentiasa ada dalam fikiran hatta ketika sedang bekerja sekalipun.
3. Sanggup buat carian internet untuk mengetahui sejarah dinasty Maharaja Kang Xi dan putera-putera kang Xi.
4. Sanggup mencari dvd original Bu Bu Jing Xin untuk dijadikan koleksi peribadi
5. Sanggup ulang tengok sehingga beberapa kali
6. Drama pertama yang buat saya menangis teresak-esak terutama di episod-episod akhir.
7. Drama ini lebih realistik berbanding dengan drama mainland yang lain yang terlalu banyak fake action atau aksi yang tidak logik akal.

Drama ini diadaptasi daripada novel yang ditulis dalam tahun 2005. Ada sebuah drama lain dari mainland yang mengadaptasi dari novel tersebut iaitu Jade Palace Lock Heart (JPLH). Sebelum anda menonton JPLH baik anda menonton BBJX terlebih dahulu sebab selepas anda habis menonton BBJX dan anda tengok JPLH....anda akan dapati 2 drama ini amat jauh beza bukan dari sudut jalan cerita tetapi dari sudut bagaimana ia menyentuh perasaan anda dan realistik. Yang pasti anda tidak akan ada niat nak terus menonton JPLH lagi selepas beberapa episode pertama kerana BBJX telah mengatasi JPLH.

Bu Bu Jing Xin mengisahkan seorang gadis dari zaman moden terlibat dalam kemalangan dilanggar kereta dan terpelanting bersama-sama dengan kejutan elektrik dan apabila sedar gadis ini mendapati bahawa dia berada dalam tubuh seorang puteri yang bernama Maertai Ruo Xi iaitu adik ipar kepada Putera Ke 8 anak kepada Maharaja Kang Xi, Dinasty Qing. Berada dikediaman putera ke 8 dan bertemu dengan semua putera-putera Maharaja Kang Xi menjadikan cerita ini begitu menarik terutama bila gadis yang berusia 25 tahun dizaman moden telah berpindah ketubuh gadis yang berusia 15 tahun dizaman silam. Bagaimana gadis moden dapat hidup dalam zaman lampau.

Insyaalah jika tiada aral melintang....saya akan cuba mengupas setiap episod drama ini.

Kenapa drama ini menyentuh perasaan saya. Senyuman yang diukir bukan sahaja digambarkan diwajah tetapi senyuman tersebut terukir dimata. Bila kita pandang mata....kita nampak senyuman dan ia sungguh indah. Anda akan dapat semua ini bila lihat pandangan mata putera ke 8 dan putera ke 4 terhadap Ruo Xi.  Kedua-dua pelakon yang membawa watak ini adalah pelakon yang terbaik begitu juga dengan watak putera 13 dan putera 14.

Saya pernah bercinta dengan lelaki yang susah nak ucapkan perkataan ' saya cinta awak". Walaupun sudah bertahun-tahun berkawan....saya tidak pernah dengar dia lafaz perkataan tersebut walaupun kadang saya bagi hint tapi dia diam sahaja. Saya selalu tertanya-tanya.....adakah benar dia cintakan saya. Satu hari saya tanya dia direct 'awak cintakan saya ke....kenapa awak tak pernah cakap awak cintakan saya'. Dia diam je....saya geram dan terus desak dia....akhirnya dia kata ' takan awak tak faham perasaan saya dan tingkahlaku saya bila bersama awak....kenapa nak paksa saya ucapkan dengan perkataan'. Jawapan dia betul-betul buat saya tidak faham.

Takdir Allah hubungan kami tidak bertahan lama.....kami berpisah. Selepas setahun berpisah kami bertemu semua secara tidak sengaja.....kami senyum dan duduk berbual sebentar. Saya pandang wajah dia......saya pandang mata dia....walaupun dia senyum tapi mata dia tidak senyum....dalam mata dia saya cuba cari pandangan yang diberikan pada saya ketika kami masih bersama. pandangan dari mata yang menyatakan saya adalah wanita yang paling dicintai dia. Saya menangis sebab itulah saat-saat yang paling menyiksakan bila sedar sudah tiada cinta dalam mata dia. Ketika itu barulah saya faham maksud dia.

Sebab itu bila cerita drama saya suka pelakon dapat menyelami perasaan watak.....bila anda menonton BBJX.....anda akan mendapati watak putera ke 4 amat menarik. Beliau seorang yang dingin dan susah hendak tunjukkan perasaan tetapi pandangan mata beliau mampu buat kita menyelami perasaan beliau. Beliau jarang senyum tetapi hanya dalam satu episod beliau tersenyum bahagia....dan itulah senyuman yang paling menarik sekali. Beliau menangis menderita bila Ruo Xi tinggalkan beliau.....anda juga akan menangis bersama beliau sebab anda rasa derita putera ke 4. Itulah kelebihan BBJX.

Jika hendak menonton BBJX....saya nasihatkan anda menonton melalui you tube sebab gambar lebih terang dan cantik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...