Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 10

 Menu hidangan untuk berbuka pada hari puasa ke 10 nie adalah simple sangat-sangat. Nasi putih bersama sayur petola masak air, ikan kembong goreng dan sambal tomato. Sedap makan macam nie sampai terbabas sehingga menambah nasi lagi sedikt jadi nasi ambil lebih semalam.

Dekat ofis saya nie, rakan-rakan sekerja (wanita) tengah mengamalkan diet protein sahaja iaitu makan lauk sahaja dan tidak ambil kabohidrat seperi nasi, tepung gandum, pasta dll yang berkaitan dengan kabohidrat. Ini adalah program diet yang melibatkan satu produk pelangsingan badan yang dibeli oleh mereka. Satu tin minuman kesihatan itu berharga lebih RM100 untuk tempoh seminggu. Mereka ajak saya join, mereka kata "kalau u amalkan diet guna cara nie mesti u boleh turun lebih 2 kg seminggu sebab u nie orang yang sangat berdisplin". Tertarik.....pada saat awal ye memang tertarik....tapi bila fikir sampai bila nak dikorbankan kabohidrat tu. yang paling tak sanggup adalah untuk keluarkan duit beli produk. Kawan saya kata "kalau u ambil produk nie....u nak makan ayam seekor pun tak pe asalkan jangan ambil nasi dan makanan yang melibatkan gandum". Tak pelah....saya selesa dengan cara makan macam nie......saya bukan nak berdiet sahaja tapi nak makan secara sihat lengkap dengan semua sumber nutrition yang diperlukan badan.




Pengambilan kalori saya pada petang nie di rosakkan oleh Kuih cara manis durian ini. Buat 12 biji, kalau tak makan semua nanti sapa nak makan kan so tuan punya blog nie pun makanlah semua. Kalori sebijik kuih cara nie 31 kalori sebab tambah durian kalau 12 maka dah 372 kalori. Haiii rosak kalau asyik rajin nak buat kuih bila berbuka, tak buat teringin sangat-sangat. Resepi cara nie boleh didapati diblog saya resepidaria.com.

Wednesday, August 10, 2011

Tersilap kira

 Ini adalah mug saya sering saya guna untuk minum. Bila isi dalam diari TBLC, saya selalu letakkan pengambilan air suam (tap water) sebagai 1 gelas untuk satu mug ini. Setiap hari saya paksa diri saya minum air sebanyak 8 gelas sehari (minimun) sekurang-kurangnya (jika tidak ke gym). Dalam bulan puasa lebih sukar sebab tempoh minum air adalah antara waktu bersahur dan waktu malam. Waktu sahurlah yang paling sukar sebab tempoh singkat tambahan pulak jika saya minum banyak maka setiap 5 minit saya akan ke toilet. Paling tension bila tengah drive nak pergi kerja pagi-pagi.....kat Kota damasara nie memang banyak trafik light dan jam kat jalan menghala ke Surian Tunnel so ketika tu memang mengigil tahan nak buang air kecil. tension je....tiba2 je jadi marah dan tak sabar.....sampai ofis kena lak berebut lif....aduhhhhh angin je bila lif berhenti setiap tingkat sebelum sampai ke tingkat saya iaiatu 17. Tiap-tiap pagi sepanjang bulan puasa saya alami keadaan begitu.

Pagi tadi lepas sahur, saya terfikir untuk sukat air dalam mug saya saya guna tu. 1 gelas adalah bersamaan 250ml air. Kalau minimum 8 gelas maka lebih kurang 2000ml air perlu masuk dalam tubuh kita sehari-hari. Jom tengok berapa sebenarnya sukatan air yang telah saya ambil sepanjang bulan puasa.


Ini mug Ikea yang saya sering guna (ini je yang ada kat umah tu....kalau tetamu datang ramai-ramai....memang masalah sbb ada 4 ketul mug aje)

Rupanya 1 mug tu mengandungi 400ml air. Jadi sebenarnya saya dah ambil 8 mug (termasuk milo) X 400ml =3200ml. Saya dah ambil 3200ml air dalam sehari sepanjang bulan puasa. jadi mulai sahur esok tak perlulah saya paksa diri minum 3 gelas air. Selesailah masalah saya yang asyik nak buang air kecil setiap 5 minit selepas sahur. Saya cuma perlu minum 1 mug milo dan 1 mug air suam.

Ramadhan 9

Hari Selasa iaitu semalam, saya tidak masak sendiri sebaliknya pergi ke Pasar Malam Paya Jaras. Hari sabtu nie ada tetamu yang akan datang berbuka puasa dirumah so petang semalam saya kenalah cari barang-barang untuk dimasak nanti. Setelah selesai shopping barang mentah, saya cari jaudah untuk berbuka sebab dah lewat untuk balik rumah dan masak. Saya beli 5 ketul tepung pelita dan sebungkus laksa penang. Mujur saya mampu kawal nafsu nak beli semua makanan kat pasar ramadan tu....semua kuih kegemaran saya ada kat situ tepung bungkus, kuih koci, lopes, pengat pisang.....wahhhhh masa tu tawaf 2/3 kali kat depan gerai tu tapi hati kata 'jangan.....beli sejenis kuih saja' sebab tu saya beli tepung pelita paya jaras (kononnya ia dikatakan paling sedap).

Barang banyak kat tangan, kiri kanan penuh plastik yang mengandungi ayam, ikan, sotong, sayur, buah-buah, makanan berbuka. Masa tu saya tak sedar yang saya letak bungkusan kuih pelita terbalik sbb banyak sgt barang nak kena pegang. Sampai kat rumah, tak perasan lagi....bila nak berbuka lepas makan kurma dan minum air....huhhhhh berkobar-kobar nak makan tepung pelita....bukak plastik bungkusan ohhhhhhh tidak tepung pelita saya dah tak nampak rupa.....isi dalamnya tumpah habis atas plastik.....sedihhhhhhh....buang terus kat dalam tong sampah.

Mujur laksa penang nie sedap so tak adalah terkempunan sangat malam semalam. Saya goreng telur sebagai tambahan gravy kat laksa nie. Jadi kalori yang diambil seharian semalam hanyalah 1200 sahaja.






Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 8

Selamat berpuasa kepada anda semua. hari nie dah 9 hari kita semua berpuasa, cepatkan masa berlalu. Ini hidangan yang saya ambil pada hari semalam. Pulang sahaja dari kerja....ada jugak jeling kat pasar ramadan dekat rumah tu (dalam hati teragak-agak nak singgah atau tidak sebab tak ada mood nak masak). Sampai sahaja kat rumah, terus bukak peti ais tengok apa yang hendak dikeluarkan untuk dimasak. Baki ayam panggang dahulu ada lagi tersimpan dalam tupperware so ambil keluar untuk defrost. Saya keluarkan semua sayur yang ada dalam peti ais sebab hari nie nak pergi sayur baru kat pasar Paya Jaras.

Untuk jaudah berbuka, saya buat nasi goreng ayam panggang bersama dengan sayur-sayur yang banyak. Banyak sayur daripada nasi. Nasi saya kukus hanya 1/2 cawan beras dan kemudian hanya guna 1/2 dari nasi tu. Seperti biasa bila berbuka, saya dahulukan dengan 3 biji kurma dan 3 gelas air suam kemudian masuk sembahyang. Selalunya saya rehat sebentar sebelum memakan makanan berat supaya perut saya tidak terkejut terima makanan mendadak. Saya akan habiskan drama kasih Alia. Masa nie saya akan ambil lagi segelas air suam dan minum sambil tengok tv. Lepas tu batulah ke meja makan dan makan nasi goreng. Mesti mak saya sedih bila tahu anak dia berbuka dengan nasi goreng je.....kalau berbuka dengan mak....semua makanan kegemaran saya, saya mintak dia buat. Lepas terawih saya ambil rockmelon 2 hiris dan minum lagi air suam. Masa nie terus terang saya katakan saya teringin nak makan makanan manis. Akhirnya saya pergi kedapur dan ambil sekeping tart shell yang dibuat sebelum ini dan makan.....ahhhhh hilang rasa teringin tu. Dasyatkan.

Baru-baru nie saya ada menonton drama korea. Cerita pendek tu berkisah tentang seorang puteri yang sangat gemuk sehingga dayang2 cakap belakang mengatakan ia puteri lembu. Satu hari ketika bersiar-siar, si puteri nampak seekor anak burung atas pokok dan dia cuba naik pokok tu untuk ambil anak burung. Oleh kerana dia gemuk sangat, dahan yang dia pijak patah dan jatuh kebawah tapi disambut oleh seorang pemuda yang kebetulan lalu disitu. Puter jatuh cinta pada pemuda itu dan minta abang dia (raja) kahwinkan dia dengan pemuda tu. Pemuda tu tak suka pada puteri sebab gemuk tapi disebabkan takut atas lawan perintah raja dia terpaksa berkahwin jugak. malam perkahwinan mereka, putera tu mabuk dan bila pandang puteri tu dia nampak macam seekor babi berada dihadapannya sehingga dia memanggil puteri itu babi. Puteri cuba pelbagai cara supaya suaminya suka pada dia. Puteri minta suaminya beritahu padanya mengapa beliau tidak pernah hendak memandang diri dia. Suami dia kata tak ada apa-apa (bimbang puteri berang dan mengadu pada raja)

Satu hari puteri terserempak suaminya tengah berasmara dana dengan dayang beliau. Suaminya memburukkan puteri dan menghina puteri dengan gelaran yang buruk sambil gelak ketawa bersama dayang. Puteri menangis disebalik pokok dan esoknya dia arahkan orang tangkap dayang tersebut dan dibunuh. Puteri berjumpa dayang dan bertanya mengapa dayang mengkhianati dirinya sedangkan dia amat baik melayan mereka. Dayang dengan berani mengatakan 'lihatlah diri tuan puteri....gemuk macam lembu, tuan puteri fikir dengan membunuhnya akan merubah hati suami puteri. Suami puteri akan cari dayang-dayang lain yang cantik kat istana dan adakah puteri akan bunuh mereka semua.". Puteri menangis mendengar kata-kata dayang dan berikrar untuk diet. Raja mengupah seorang pakar untuk tolong puteri. Puteri tidak tahan dengan godaan makanan dan sentiasa curi-curi makan. Wp hati puteri sakit dengan penghinaan yang diterima tapi ia masih belum dapat melawan godaan makanan yang sedap-sedap.

Pengasuh puteri dapat menangkap puteri ketika puteri sedang mencuri-curi masuk ke dapur untuk mencuri makan. Pengasuh bawak puteri ke tempat suami puerti berasmaradana bersama dayang. Puteri sekali lagi diperdengarkan dengan kata kejian dari mulut suaminya. Pengasuh itu berkata puteri harus balas balik penghinaan itu dengan menjadikan dirinya cantik dan kurus sebagaimana yang didamkan oleh suaminya dan kemudian puteri boleh hukum suaminya dengan hukuman sepatutnya. Puteri menangis dan kali ini azam puteri bertambah kuat dan dia mula berdisplin dalam berdiet. Akhirnya dia kurus dan suaminya mula tergila2 kat dia tapi dia tolak sebagai hukuman kepada suaminya dan halau suaminya dari istana bersama dengan dayang tu. Sebenarnya cinta puteri amat tulus pada suaminya, diakhir cerita beliau terima kembali suaminya yang telah insaf dan hidup bahagia dan puteri jadi gemuk semula selepas lahirkan 2 putera tapi kali nie suaminya sudah boleh terima dirinya sebagai wanita gemuk. Tamat.

Jadi pengajaran cerita nie, hanya keazaman yang kuat sahaja yang dapat menjadikan diet kita berjaya. Ia bukan perkara mudah.....ia amat susah nak dapat tapi bila anda sudah dapat azam ini....anda akan dapat mengawal diri anda dari mengambil makanan yang tidak sihat dan hanya makan yang sihat sahaja bukan hanya untuk kurus tetapi untuk kesihatan diri. Jika anda gagal dalam diet anda...ini kerana anda gagal dapatkan keazaman itu so usahalah cari keazaman anda sendiri. Saya tak kata ia mudah.....saya sendiri sedar ia amat susah dan yang paling susah adalah untuk kekal kurus bila dah kurus.......





Dalam minggu nie saya dapati TBLC telah mengurangkan kadar metabolisma saya kepada 1989 sahaja sehari. Kadar metabolisma saya telah turun. Memang saya sedar kadar metabolisma rendah sebab berat badan saya turun hanya 0.9kg sahaja minggu lepas. Bila kadar metabolisma rendah begini memang sukar untuk turun 1 kg seminggu jika tiada disertakan senaman. Rindu nak pergi gym tapi bulan puasa nie saya 'bekukan' keahlian kelab so tak boleh masuk gym. Senaman boleh dilakukan tetapi harus di waktu petang kira-kira sejam sebelum berbuka. Saya pernah masuk dalam satu forum kelab diet, seorang ahli forum beritahu dia hadkan kalori kepada 800 sahaja dalam bulan puasa. Wahhhhhh.....nekad gila. Jangan biarkan diet buat anda stress.

Monday, August 8, 2011

Kalori kuih cara manis

Pagi tadi masa saya nak isi diari TBLC.....dok tercari-cari kalori kuih cara kat food search TBLC. manalah nak ada kan sbb ini bukan laman web malaysia. Sebab itu saya kenalah kira sendiri berapa kalori kuih cara. Ini saya tujukkan cara mengira kalori kuih cara atau kalori kuih-kuih lain.

1.  Mula-mula saya dapatkan kalori bagi setiap bahan-bahan yang saya guna untuk buat kuih cara

Tepung gandum          250gm  =  493 calories
Telur sebijik                               =   83 calories
Santan                          200ml   =  292 calories
Gula pasir                     1 tsp     =  16 calories

2)  Lepas tu saya kira kalori ikut sukatan bahan-bahan sebenar untuk resepi tersebut

75 gm tepung gandum              = 148 kalori
1 biji telur                                    = 83 kalori
50ml santan                               = 73 kalori
100ml air                                    = 0 kalori
2 tsp gula pasir                          = 32 kalori

Jumlah keseluruhan kalori dalam bancuhan tu = 336 kalori

3.  Dengan mengunakan sukatan diatas saya dapat 12 biji kuih cara

336 kalori/12 biji = 28 kalori bagi setiap biji

Jadi sekarang kita dah tahu berapa kalori dalam sebiji kuih cara manis. Ini kalori homemade ye....kalau beli kat pasar ramadhan lebih dari nie sebab gula dibubuh banyak dan minyak dimasukkan dalam bancuhan kuih cara untuk mendapatkan kuih cara yang cantik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...