Wednesday, May 25, 2011

Terima kasih, mintak maaf

Percaya atau tidak, dua perkataan nie paling susah nak diucapkan. Saya timbulkan isu nie sebab keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dalam hidup saya menunjukkan betapa susahnya dua perkataan itu diucapkan.

Situasi pertama
Sudah jadi peraturan dipejabat saya, semua pegawai akan bertugas untuk membuka 3 tingkat ofis pada setiap pagi secara bergilir-gilir. Minggu nie menjadi giliran rakan sekerja saya, si A untuk ambil kunci dan buka pejabat. Sepatutnya pegawai bertugas akan datang lebih awal dari kebiasaan supaya tiada pegawai2 lain tertunggu2 depan pintu. Si A datang lewat, ramai pegawai menunggu pintu dibuka termasuk saya.
Bila Si A sampai dia bukan nak mintak maaf sebaliknya mengucapkan perkataan2 dibawah
1.            Pegawai lain yang dating awal mengapa tak ambil kunci, semua sanggup tunggu kat tingkat 17 sebab malas nak turun ambil kunci. Kalau macam nie lepas nie saya pun malas nak tolong (dia salahkan semua pegawai termasuk saya)
2.            Yang u pun kenapa turun ke tingkat 15 sedangkan dah tahu pintu tak bukak lagi (dia salahkan saya)
Senangkan salahkan orang lain….sedangkan dia yang buat salah. Susah agaknya dia nak cakap “maaflah saya lambat dan semua orang tunggu saya”. Susah sungguh nak ucapkan perkataan yang sepatutnya ini. Dia lebih rela menyalahkan orang lain dan menyakitkan hati orang lain daripada nak ucap ‘maaf’.  Anda rasa hanya Si A sahaja yang begitu….tidak…….. semua orang termasuk saya dan anda juga. Kadang-kadang kita tak sedar paling senang menyalahkan orang lain daripada mengaku silap sendiri.  Adakah keadaan akan bertambah baik jika kita menyalahkan orang lain.
Sebenarnya saya dah letih dengan situasi nie. Sejak kecil saya sentiasa disalahkan atas setiap perkara yang berlaku. Saya dah bosan dipersalahkan dan kadang-kadang saya terfikir kenapa saya selalu buat salah…..kenapa orang selalu menyalahkan saya. Saya marah rakan sekerja  rampas hasil kerja saya tapi akhirnya saya pulak yang dipersalahkan sebab tidak mengamalkan sikap berkerja dalam kumpulan akibatnya penilaian prestasi saya rendah dan saya tidak berpeluang jadi pekerja cemerlang walaupun hasil kerja saya cemerlang. Saya tahu dalam dunia nie ‘Keadilan itu Tiada” tapi saya dah bosan dipersalahkan.
Situasi kedua
Kita begitu susah nak ucapkan ‘terima kasih’ terutama kepada orang-orang terdekat kita. Susah untuk ucapkan kata-kata penghargaan tu. Bila kita berada di kedudukan yang tinggi, hargailah pekerja kita….ucapan terima kasih atau puji usaha dia sudah mencukupi.
Rakan sekerja saya nie minat dalam bidang computer dan dia sentiasa sukarela tawar diri jika ada kerja-kerja yang memerlukan kepakaran IT. Satu hari dia diminta oleh boss buat presentation guna show slide, dia Cuma ada 3 jam sebelum event sebenar akan diadakan. Dalam 3 jam tersebut dia bertungkus lumus untuk menyiapkan slide tersebut. Bila tiba masa event, persembahan slide tersebut ditunjukkan kepada tetamu. Rata-rata tetamu memuji kreativiti beliau menghasilkan slide yg cantik wp dalam masa yang singkat tapi apa kata boss “alah kalau saya tak suruh dan push dia nie….tak adanya nak buat, semuanya nak kena disuruh baru nak dibuat”. Lihat…kata-kata boss yang tidak peka nie telah menjatuhkan semangat rakan saya nie. Dia sukarela melakukan sesatu yang bukan dalam skop kerja beliau tetapi beliau telah diperendahkan dihadapan tetamu. Saya yakin dimasa hadapan, staff ini tidak akan offer diri untuk tolong lagi.
Perkataan simple ‘ terima kasih atas bantuan awak….bagus kerja awak nie” inipun boss saya tak mampu nak sebut. Ia bukan situasi asing kepada kita semua…..semua orang pernah hadapi perkara ini.
Kedua-dua situasi diatas hanyalah satu daripada ratusan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita….berlaku disekitar kita. Sebelum kita menyalahkan orang lain….cuba cari dulu kesalahan kita yang membawa kepada perkara tersebut dan ucapkan ‘terima kasih’ sentiasa. Hargailah orang disekeliling kita tak kiralah dia hanya penyapu sampah atau pencuci toilet.

Monday, April 18, 2011

Rujuk balik

Sebenarnya sudah hampir 2 minggu saya tamatkan keahlian TheBiggestLoserAsiaClub. Sangkakan sudah boleh bergerak sendiri tanpa pertolongan TBLC. Selama 2 minggu terasa lain macam....seolah-olah macam hilang 'seorang kawan baik' yang amat setia melayan kerenah saya ketika diet. Saya mula hilang displin....mula tidak memikirkan tentang kalori ketika ambil makanan dan yang paling mengejutkan adalah apabila pagi semalam....saya buat timbangan dan berat badan saya naik sebanyak 2 kg.



Pagi tadi selepas berfikir semalaman......saya rujuk balik 'hubungan' saya dengan TBLC....nampaknya saya tidak boleh 'berpisah' dengan TBLC. Ia bagaikan satu kemestian yang perlu dilakukan setiap hari.....tulis diari tengok kalori, ikut keperluan excersice dsb.  Sebenarnya saya dah cuba untuk guna diary diet yang percuma tapi rasa macam tak ada 'kick'lah. So this morning, secara rasminya saya menjadi ahli TBLC kembali.....so hari nie saya mula balik menulis diari. Bila kita sendirian berdiet tanpa teman baik disisi kita untuk tegur dan menjadi penaik semangat maka pertolongan dari TBLC sebagai teman baik adalah diperlukan. Kita tidak boleh melakukan keseorangan......bukan senang hendak berdisplin, saya akui itu. Sokongan dari seorang kawan baik amat diperlukan.....bertuah anda jika dapat berdiet bersama orang tersayang. So saya tidak boleh berpisah dengan TBLC.....kena rujuk balik selepas 2 minggu 'bercerai'.

Seorang pengunjung blog ini bertanya berkenaan dengan pengambilan buah tembikai dalam diet. Ini adalah kalori bagi sepotong buah tembikai (potongan sedang) iaitu 40 kalori. So tidak ada masalah nak makan tembikai. Makanan semulajadi....so makanlah tapi ingat dalam apa-apa sekalipun kenalah bersederhana maka makanlah hanya sepotong tembikai bukan sebelah tembikai atau sebiji tembikai. Ia lebih baik dari anda makan sebiji karipap (150 kalori). Lebihkan buah-buahan dalam diet anda.....jadikan ia sebagai kudapan apabila anda lapar terutama waktu malam.


Beliau juga bertanya sama ada minum air mengemukkan. Air kosong tidak mengandungi kalori malah badan kita memerlukan 8 gelas sehari. Kekurangan air akan menyebabkan diet anda gagal.....lebih minum air juga tidak elok. Oleh itu pastikan anda cukup minum 8 gelas sehari. Saya tidak pasti dari sumber mana anda ambil yang menyatakan air itu mengemukkan. Banyakkan membaca supaya anda tidak terpengaruh dengan fakta-fakta yang tidak betul seperti ini. Jika anda mendapat sesuatu fakta, pastikan anda sahkan dulu kesahihah sumbernya.....jangan terus terima sahaja. Dalam entry yang lepas, saya ada ceritakan berkenann sembang saya dengan kawan dari Kuching yang berdiet guna pusat pelangsingan badan. Kawan saya nie menyatakan kepada saya bahawa beliau ditegah dari minum air pada waktu malam.....beliau dikehendaki mencukupkan 8 gelas sehari sebelum jam 8 malam. Alasannya adalah supaya muka tak sembab. Bila saya terima info nie dari dia.....saya cuba cari kesahihah fakta nie dalam internet....malangnya saya tidak menjumpai mana2 artikel atau kajian berkaitan fakta ini. Ini hanyalah pandangan pusat pelangsingan tersebut dan pusat itu telah menyebabkan kawan saya mengamalkan crazy diet. 

Saturday, April 16, 2011

Supaya tahu tahan lama disimpan

Saya suka masukkan tahu dalam mee atau mihun yang saya masak. Masalah bila beli tahu adalah ia tak boleh disimpan lama. Tahu nie saya beli kat pasar tani Shah Alam ahad lepas. Beli 3 ketul RM1. Saya nie masak untuk makan sorang so macam mana nak habiskan tahu nie. Ini petua yang saya buat.


Tuangkan air panas yang mendidih ke atas tahu. Biarkan air tersebut sejuk dan kemudian barulah bekas tu ditutup dan disimpan didalam peti ais. Jika anda lakukan begini, insyaalah tahu anda tu akan tahan lama.


Buktinya......ini tahu yang saya simpan tu. Petang tadi saya buat mihun goreng mengunakan tahu yang disimpan. Rasanya masih segar seperti baru dibeli. Tahu nie sudah 6 hari dalam peti ais so petua tu memang berkesan dan menjadi.

Yeeeeeehhhh mihun goreng sempoi hanya guna tahu dan fishcake sahaja. yang penting sedap ditekak saya......makan sorang sapa nak komplen kan.

Thursday, April 14, 2011

Sembang diet di satu petang

Lamanya saya tak mengupdate blog nie. Sibuk sangat sekarang nie sampaikan diet saya dah tak tentu arah. Saya ambil pakej 6 bulan untuk thebiggestloserasia. minggu lepas adalah last day saya dalam program thebiggestloserasia. Setelah 6 bulan berdiet dengan mengunakan kaedah kiraan kalori dan juga mengunakan catatan diari so tiba-tiba bila berhenti dari program.....saya rasa seolah-olah hilang displin. Saya mula makan makanan bergoreng tanpa rasa bersalah. Wahhhhh.....susah jugak nak berdisplin tanpa bantuan nie ye. Saya akui nak berdiet nie memang kena ada semangat dan displin yang kuat sebab susah nak tahan godaan makanan tambahan pulak kat ofis saya nie kejap-kejap jamuan, majlis makan2, staff belanja dan macam-macam lagi.

Selama 3 minggu dalam bulan Mac saya berkursus dan duduk di asrama. Satu perkara yang menyeronokkan apabila ramai rakan-rakan sekerja dari cawangan2 lain bertemu semula setelah hampir 4 tahun kami tidak bertemu. Satu perkataan yang mereka akan ucapkan bila jumpa saya ' heiiii....u kuruslah'. Wah itulah yang seronoknya bila jumpa kawan lama. Kadang-kadang saya terfikir ' dulu saya gemuk sangat ke....sampai diaorang terkejut sangat bila tengok saya'.

Satu petang, ketika habis kelas saya dan beberapa orang rakan duduk berbual dikantin sambil menikmati kuih muih yang disediakan. Dekat meja tu ada 5 orang rakan termasuk saya. Salah seorang rakan tanya saya macam mana saya boleh kuruskan badan. Saya ceritalah berkenaan dengan makan ikut kiraan kalori. Salah seorang rakan menyampuk 'alah akak ada cara senang nak diet....tak payah nak diet2 nie gunalah produk jusxxx5, garenti kurus punya'. Saya tanya dia ' ye ke.....bukankah nak makan produk tu kena displin jugak, setahu saya ada seorang rakan yang turunkan berat badan sampai 20kg guna produk tu tapi dia tak ambil nasi dan dia displin bab2 makan berlemak nie'. So apa bezanya dengan diet saya....saya tak keluar satu sen pun beli produk cuma kawal sendiri.

Salah seorang rakan yang dari tadi diamkan diri mula bercerita. Si H dari Kuching bercerita tentang cara dia kuruskan badan. saya pandang dia dengan pelik.....mengapa orang yang mempunyai berat badan tidak lebih 50kg kata dia gemuk dan masuk pusat pengurusan badan. Saya tanya berapa kg dia turun....dia kata dia turun hampir 5kg dan sekarang berat dia 45kg. Dia secantik manis yang berbadan kecil.....merasakan dirinya gemuk dan sanggup habiskan duit sebanyak RM4 ribu hanya untuk kuruskan badan. Dia ceritalah pasal diet yang perlu diikuti ketika dipusat pengurusan badan terkenal yang dipromotekan oleh artis-artis terkenal tu. Pada minggu pertama diet, dia kena guna diet protein sahaja so apa2 makanan kabohidrat dia kena elakkan. That mean no rice ok. Makanan pula kena disukat dan hanya satu portion kecil sahaja dibenarkan. Tak boleh minum air bila melebihi jam 8 malam. Kena guna minyak zaitun sahaja bila masak. hanya makan telur rebus sebijik bila sarapan. Tak boleh excersice sebab takut lemak kat badan bertukar jadi muscle. Selama 4 bulan dia menjauhkan nasi.....jauhkan kabohidrat, lemak dan bermacam2 makanan lain yang dilarang oleh pusat tu. Akhirnya dia berjaya turun 5 kg. Satu cakap dia yang saya ingat sangat " lepas je saya habis program kat situ.....saya jadi phobia pada makanan. Saya hilang selera makan.....saya tak mampu nak telan nasi....semua makanan tak boleh nak telan.....sampaikan satu tahap saya menangis sebab saya dah hilang nafsu makan....saya beli aiskrim sebekas dan cuba makan jugak tapi saya muntah balik'. Dia kata pada saya ' rupanya siksa sungguh bila hilang nafsu makan....lama jugak saya nak pulih semula akak'.  

Saya jadikan cerita dia sebagai ikhtibar......buatlah secara bersederhana. yang engkau pergi habiskan duit beribu-ribu hanya untuk orang suruh berlapar buat apa. Betullah mereka ada buat rawatan balut-balut kat badan tapi tetap kena diet jugak kan.....bukannya buat rawatan terus kurus. Jadi saya rasa bersyukur sebab saya mampu kuruskan badan dan belajar makan makanan sihat tanpa mengabaikan nasi dan makanan lazat yang lain dan saya tak keluarkan duit begitu banyak hanya RM30 sebulan untuk program The Biggestloser asia. Ada yang free tapi saya prefer yang nie sebab ciri-ciri tambahan dia yang memberikan motivasi seperti ruangan chatting dengan peserta lain, graf perjalanan diet saya, menu makanan, jadual excersice dll. Kuruslah dengan cara yang betul dan tak ada shortcut bila nak kurus nie.

Wednesday, March 2, 2011

Gambar terbaru



Nie adalah gambar terbaru bila berat badan saya 66.8kg pada 28/02/2011. Saya dah lama simpan  baju dan seluar nie sebab tak muat nak pakai. Rasa happy sangat bila dapat pakai semula suit nie.....itupun seluarnya longgar. Baju nie saya bawak keluar bila masa mengemas pindah rumah tempohhari....bila pakai nampak ok....sebab tu terus ambil gambar.


Bermula dari 28hb Feb hingga akhir Mac nanti, saya berada di asrama. Salah satu keperluan tugas untuk kami sebagai pegawai mengetahui undang-undang so tengah belajar undang-undanglah nie......exam akhir tahun nie. Makanan kat asrama memang mengoda.....contohnya time lunch, disediakan 3 lauk (ikan, sotong/udang/ daging @ ayam), sup, sayur. Memang kena tahan je nafsu supaya tak termakan lebih. Kepada Rose yang tanya bagaimana saya diet....saya dah terangkan detail kat sini. Rose juga tanya samaada saya makan nasi atau tidak. Saya nie orang melayu....dah tentu nasi tak boleh tinggalkan. Saya makan nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit.....dalam 1/4 cawan sahaja sehari. Jangan jadikan nasi sebagai musuh.....yang penting anda tahu berapa kalori makanan yang anda ambil.....tak guna anda tak makan nasi tapi anda makan mee goreng atau makanan lain yang sebenarnya berkalori agak tinggi juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...