Friday, December 10, 2010

Bagaimana nak kurangkan nasi

Ini adalah hidangan makan malam saya pada hari nie. Sebenarnya dah lama saya tak ambil nasi, malam nie teringin pulak nak makan nasi.

Masa ceramah, penceramah underweight tu beritahu yang kalau boleh kurangkan makan nasi dan kalau boleh jangan makan nasi (dia tak terangkan sebab mengapa pengambilan nasi berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan - kat sini kesilapan dia). Para peserta yang melayu semuanya dah tentu tak boleh hidup tanpa nasi kan. So ramailah yang dok mengeluh....macam mana nak tahan kalau tak makan nasi.

So hari nie saya bagikan tips buat anda bagaimana untuk mengurangkan nasi dalam hidangan anda. Memang agak terkejut kalau saya katakan bahawa nasi dalam pinggan 19cm kat atas tu hanyalah 1/4 cawan. Mesti anda cakap 'kenyang ke'. Kenyang....sangat2 kenyang, tak percaya cuba buat.

Tips nya ialah makan sayur dahulu. Dalam pinggan nie sayur siew pak choy goreng nie meliputi 2/4 pinggan, kari daging hanya 1/4 pinggan dan nasi 1/4 bahagian pinggan. Bila kita makan sayur dulu maka perut kita akan cepat merasa kenyang sebab sayur adalah fiber......ingat tak nota saya dulu berkenaan dengan fiber. Serat fiber cepat mengenyangkan perut. lepas tu barulah ambil nasi dan kari daging/lauk.



Lihat, kan saya dah kata. Nasi yang 1/4 cawan tu langsung tak habis pun. Berhenti bila terasa kenyang ok. Setelah 9 minggu mengamalkan makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit, 'tangki' perut saya seolah-olah dah kecil, bila makan sedikit saya dah rasa kenyang dan tak boleh teruskan makan lagi bila dah dapat signal perut dan kenyang.

 Inilah caranya bagaimana saya mengurangkan nasi dalam hidangan saya. Saya tak memaksa perut saya menghindari nasi sbb nasi juga perlu untuk karborhidrat. Perlahan-lahan, lama-lama perut kita akan terbiasa.



Kepada isteri yang inginkan suaminya atau ahli keluarganya yang obes berdiet @ mengamalkan pemakanan sihat. Anda boleh menjayakannya sbb anda adalah tukang masak. Buat sup sayur, masukkan sayur2 berdaun hijau....masak sedap2. Hidangkan sup sayur terlebih dahulu, jangan keluarkan nasi dan lauk lain. Mintak suami anda makan sup ini dulu, kemudian bila dia dah habiskan semangkuk sup sayur barulah anda hidangkan nasi dan lauk. Insyaallah dia akan makan sedikit nasi dan sedikit lauk sbb perut dia dah penuh.....secara halus sebenarnya anda dah ajar dia berdiet tanpa dia sedarpun.


Nak membebel sikit

Dalam 3 hari nie saya mengikuti kursus menangani stress dan pemakanan sihat. Kursus dikendalikan oleh orang yang bukan berkelayakan dalam bidang tersebut......terasa amat-amat bosan dan stresssssss bila berada dalam kursus nie.

Saya nak bercerita berkenaan dengan salah satu ceramah yang diikuti iaitu gaya hidup sihat dan senaman. Penceramah tersebut adalah seorang lelaki yang underweight (spt gambar diatas tu) berceramah berkenaan dengan gaya hidup sihat dan senaman. Bagaimana nak terima cakap seorang yang tak pernah tahu bagaimana hidup bergelut dengan turun naik badan dan hidup sebagai seorang yang overweight. Awak tak pernah rasa bagaimana berkeadaan obes, tiba2 bercakap bagaimana nak kurus. Bukan semua manusia Allah jadikan bertuah seperti anda, boleh makan apa sahaja tanpa risau takut gemuk. Dia siap tanya kami macammana nak gemuk ye.....hampehhhhh ada ke macam tu.

Dia bagi ceramah berdasarkan semua nota yang diperolehi dari infosihat.gov.my. Dia tahu saya berdiet sbb salah seorang rakannya tegur saya ketika hari pertama "kenapa tak pergi makan" bila lihat saya hanya duduk main games hp bila time makan jam 10.30 pagi. 'tak nak sebab nasi lemak, saya dah sarapan tadi'. Ohhh U diet.

Bila hari kedua, dia masuk bagi ceramah. Sebelum mula dia tanya, siapa kat sini yang bersenam 2 hari lepas. Tak ada seorang pun angkat tanggan kecuali saya. Dia pandang saya...ohhh u ke yang berdiet tu. Dia mula perli saya.....sebab berlapar....kenapa nak kurus sampai sanggup berlapar, dia kritik aerobik. Dia kata saya pergi gym hanya bererobik. "saya tak sukalah kalau bersenam sambil menari nie". " saya tak suka gym sbb gym nie berbau sikit, saya tak suka bau peluh".

Dia sebenarnya tak layak untuk beri ceramah tentang gaya hidup sihat sebab nota yg diberikan adalah sebijik dalam infosihat.gov.my. Saya nampak banyak kekurangan dalam penyampaian beliau sebab saya banyak study tentang diet nie. Beliau tak pernah pergi gym tapi masih nak kritik berkenaan gym. Gym bukan tempat yang berbau....ia sebuah tempat yang luas dan bersih, ada sauna, ada shower, ada tempat persalinan yg lengkap, ada skrin plasma bila kita buat latihan kardio, kelas yg besar, bilik khas untuk yoga dan pilates, ada bilik khas untuk senaman basikal, ada instructor, ada sudut minum dan ada internet. Dangkalnya dia sebab tak pernah masuk gym tapi nak kritik tentang gym. Dia kritik yg saya hanya melakukan erobik dan bukan senaman......dia tahu ke apa maksud aerobik. latihan saya dekat gym bukan hanya menari ikut muzik macam yg dia lihat kat taman2 waktu petang tu atau tarian poco-poco. Saya buat latihan dengan memasuki kelas angkat berat (body pump), kelas art martial (body combat), kelas step (pergerakan laju atas papan step, ini utk dapatkan bentuk punggung dan paha yang cantik), kelas pilates (utk dapatkan perut yang leper), body balance (untuk ketenangan dari stress) dll bukan kelas poco-poco seperti tanggapan beliau pada saya.

Saya diperli diet dengan cara berlapar hanya kerana saya tak makan nasi lemak jam 10.30 pagi. How stupid penceramah tu, boleh perli saya macam tu. Nasi lemak kalorinya tinggi sedangkan saya dah ambil sarapan dengan kalori 300, kenapa saya nak tambah kalori lagi dgn begitu banyak sedangkan tengahhari nak makan lagi. Dia tak tanya saya langsung tentang apa jenis diet saya. Cepat saja buat conclusion.

Dalam ceramah beliau, beliau minta semua peserta senaraikan makanan harian yang diambil. Saya buat senarai saya begitu juga denga peserta yang lain. Dia pilih sesiapa yang kurus, kebanyakkannya adalah anak muda yang masih berusia awal 20an. Dah tentu mereka nie kurus sbb masih muda, metabolisma tinggi.....dia boleh cakap "ok jom kita lihat kawan kita yang kurus nie bagaimana dia menjaga badan beliau". Bila budak tu bacakan senarai pemakanan beliau.....semuanya penuh dengan pemakanan yang tidak sihat. Rasa nak tergelak saya dengan beliau.....yang pasti dia tak pandang pun saya wp saya ada angkat tangan untuk kongsikan teknik diet yang saya amalkan tapi beliau tak pandang. Saya semasa berusia 20an juga kurus, berat saya hanya dalam lingkungan 54-55 dengan ketinggian 5 kaki 4 inci. Nak pelik apa sbb metabolisma saya tinggi ketika tu....makan apapun tak risau gemuk.

Ketika ini saya bersyukur sebab disebabkan inginkan berbadan sihat dan mengurangkan berat badan maka saya banyak membaca, serve internet cari info so saya boleh nilaikan tahap pengetahuan penceramah nie.

Wednesday, December 8, 2010

SIGNS



Hari ni saya mengikuti ceramah bagaimana hendak mengatasi stress (psst....yang pasti saya sangat stress semasa seminar tu berlangsung sbb penceramahnya boringggggggggg). Diakhir ceramah, beliau menayangkan filem pendek nie.

Saya serve internet dan download filem pendek nie kedalam blog saya untuk dikongsikan bersama anda. Dalam filem pendek 'signs', anda akan dapat lihat stress pemuda ini diawal cerita. Jika hidup anda bermula dari bangun tidur sehinggalah masuk tidur sentiasa dalam keadaan stress dan tidak bersemangat serta amat menyedihkan seperti pemuda ini.........sebenarnya anda dalam keadaan yang amat stress. Tontonlah signs ini, anda akan dapat lihat bagaimana ia sedikit sebanyak menyentuh hidup anda dan anda pernah alaminya.

Tuesday, December 7, 2010

Sumber Inspirasi


Anda masih ingat kepada Christine, peserta wanita dari Filipina dalam The Biggest loser Asia pertama. Gambar diatas adalah gambar Christine sebelum menyertai TBLA, dan gambar dibawah gambar Christine yang terbaru. Christine, anak seorang askar memang gemuk sejak kecil. Dari kecil beliau sentiasa diejek sebab berbadan besar. Christine memcuba berbagai jenis diet tetapi beliau gagal tapi nasib beliau berubah selepas berjaya memasuki TBLA.

Jadikan gambar-gambar ini sebagai pembakar semangat anda. Christine boleh, anda dan saya juga boleh, yang penting langkah pertama harus diambil.






Picture credit to ThebiggestloserAsia Club.

Monday, December 6, 2010

Memahami apa itu kalori

Definisi kalori adalah "Food energy is the amount of energy available from food that is available through respiration"  dari wikipedia.org. Untuk memudahkan anda memahami apa itu kalori dan mengelakkan kekeliruan tentang kalori cuba tengok contoh simple yang saya berikan ini.



Satu gelas air ini nilai kalorinya adalah 0


Air paip tadi di didihkan dan dituang kedalam cawan dan dibubuh 1 sudu makan kopi maka kalori 0 tadi telah menjadi 3 akibat penambahan serbuk kopi. Jadi kalori untuk secawan kopi kosong adalah 3


Satu sudu teh gula pasir telah ditambah kedalam kopi kosong tadi maka kalori untuk 1 sudu teh gula pasir adalah dalam lingkungan 30 kalori maka secawan kopi bersama 1 sudu teh gula bersamaan = 33 kalori.

Ini adalah bagaimana kita mengira kalori dalam makanan. Jika anda tambah susu pekat manis dalam cawan kopi anda maka kalorinya akan bertambah. 20gm susu pekat manis adalah sebanyak 69 kalori.

So anda dah tahu bagaimana kalori dikira. Terpulang kepada anda untuk menjadikan secawan kopi anda itu berkalori 3, atau 18 (1/2 sudu teh gula), atau 33 (1 sudu teh gula), atau 72 kalori ( 20gm susu pekat manis). Tepuk dada tanya selera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...