Monday, July 23, 2012

Beautiful Rain, Jdrama

 Beautiful Rain, drama jepun yang sedang di siarkan di TV Jepun sekarang. Jika anda pengemar drama-drama yang berkisar tentang keluarga.....ini adalah satu drama yang bagus untuk ditonton. Saya suka tonton dan yang paling menarik minat saya adalah lakonan kanak kanak ini.....itu yang menyebabkan saya ikuti drama ini walaupun ia belum sampai tahap addict.

  Pelakon kanak-kanak ini bernama Ashida Mana yang lahir dalam tahun 2004 dan sekarang berusia 9 tahun tetapi dalam drama ini watak dia berusia dalam 7 tahun iaitu ditahun pertama persekolahan rendah.

Pelakon kanak-kanak ini adalah seorang pelakon cilik yang sedang meningkat naik sekarang dan beliau menerima bayaran paling tinggi. Lagu dalam drama 'beautiful rain' dinyanyikan oleh Ashida.

Cuba anda tonton drama ini....anda akan percaya cakap saya bahawa kanak-kanak ini sangat bagus. Keletah dan lakonan dia cukup menghiburkan.



Drama ini berkisar berkenaan dengan seorang bapa tunggal yang kematian isteri ketika melahirkan anak, telah membesarkan anak tersebut seorang diri. Dia yang berkerja sebagai craftsman di kilang besi yang mana tuan kilang adalah juga merupakan tuan rumah dimana dia tinggal bersama dengan anaknya. Dia seorang bapa yang sangat bertanggungjawap dan menyayangi anaknya Kinoshita Miu. Dia akan memasak, membersih rumah dan membasuh pakaian.....dia melakukan semua kerja rumah sendirian. Dia akan pastikan bekalan makanan untuk anaknya bawa kesekolah.

Episode pertama hanya memperkenalkan kita dengan persekitaran kehidupan kedua anak beranak ini dan hubungan rapat mereka. Konflik mula berlaku dalam episode ini apabila si bapa Keisuke telah disahkan mengidap early-onset Alzheimer selepas dia mendapat rawatan akibat cedera dikepala. Doktor mengesahkan penyakit beliau dan konflik dalam dirinya untuk menerima hakikat tersebut. Harijadi Miu pula semakin hampir. Minggu sebelum majlis harijadi Miu, anaknya itu meminta supaya dibelikan botol air berwarna merah untuk dibawa ke perkelahan. Keisuke berjanji akan membelikan dan pastikan anaknya akan membawa botol tersebut tetapi beliau terlupa. Miu merajuk dan mula buat perangai. Penonton akan tersentuh hati apabila melihat bagaimana Keisuke bergegas mengetuk pintu kedai dipagi hari hanya untuk dapatkan botol air tersebut.

Episode 2 menunjukkan keadaan ingatan Keisuke yang semakin merosot dengan ketara. Dia mula lupakan temujanji dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan yang paling teruk dia lupa jalan balik ke rumah sendiri. Keisuke lupa untuk membeli hadiah harijadi Miu iaitu kasut skateboard. Dia bergegas kekedai yang terletak di kawasan tengah bandar iaitu agak jauh dari kediaman mereka.....dia belikan kasut beroda yang berwarna merah jambu bersaiz 19. Ketika hendak pulang dia terlupa jalan balik kerumah. Cara gambar diambil dan bagaimana riak wajah keisuke kita dapat menghayati ketakutan yang beliau alami iaitu bagaiman hendak cari jalan balik....beliau anbil masa lebih 1 jam hanya untuk cari jalan balik ke rumah yang tidak sampai 10 minit perjalanan.

Anaknya Miu dan jiran-jiran sedang menunggu dirumah.....Miu mula merajuk dan apabila melihat bapanya sampai kerumah. Bagaimana Miu buat perangai dan bagaimana keisuke cuba pujuk Miu betul-betul menyentuh perasaan. Saya suka betul tengok budak nie berlakon. Bila Miu tenang sedikit....dia ambil hadiah tersebut tetapi bila tengok kasut tersebut bersaiz 19 sekali lagi dia mengamuk. Dia kata ayahnya sudah tidak sayangkan dia lagi sebab sudah ada kekasih baru.


Perkataan ini dikeluarkan apabila kawan baiknya....budak lelaki gambar atas tu memberitahu versi ceritanya apabila orang dewasa sering termenung dan mengeluh. Budak lelaki itu berkata bahwa ibunya sering mengeluh sendirian bila dia mempunyai teman lelaki. So Miu menyangka ayahnya juga mempunyai teman wanita sebab itu ayahnya selalu termenung, mengeluh dan asyik terlupa.

Episode ke 3 pula memaparkan bagaimana keadaan Keisuke semakin bertambah teruk. Dia berjanji dengan anaknya Miu bahawa mereka harus berterus terang antara satu sama lain tetapi dalam situasi penyakitnya ini dia menyembunyikan dari Miu dan daripada orang disekelilingnya walaupun semua orang mula tertanya-tanya mengapa beliau sering lupa dan sering melakukan kesilapan dalam kerja. Keisuke tersilap memberi arahan kepada pekerja dan mereka berkerja hingga ketengah malam untuk siapkan tempahan yang akhirnya Keisuke baru tersedar bahawa produk itu salah. Dia bekerja sendirian sehingga kepagi manakala Miu pula dikehendaki oleh gurunya menulis esei berkenaan 'apa yang paling berharga dalam hidupnya" untuk dibaca dihadapan kelas dan dihadapan semua ibu bapa.

Keisuke telah berjanji dengan Miu untuk pergi ke sekolah Miu dengan pakaian kemas tetapi oleh kerana hingga ke pagi baru kerja di kilang siap....dia terlewat sampai ke kelas Miu. Dia berlari ke sekolah tanpa memakai kasut dan dengan baju kotor dan kesan minyak hitam penuh dimukanya. Miu merasa marah sebab bapanya lambat dan merasa malu dengan keadaan bapanya yang berpakaian kotor dan tambah memalukan apabila bapanya berdengkur ketika majlis berlangsung. Ketika giliran Miu membaca eseinya.....Miu berkata dia tidak menyiapkannya. Diwaktu malam ketika Miu sedang tidur....bapanya masuk dan merenungi anaknya itu. Dia kemudian nampak kertas esei dalam beg sekolah Miu....dia ambil baca esei tersebut....Miu menulis perkara yang paling berharga dalam hidup Miu adalah bapanya. Bagaimana bapanya menjaganya seleps kematian ibunya dan dia tidak mahu kehilangan bapanya. Keisuke menangis teresak-esak membaca esei tersebut. Saya juga menangis bila melihat adegan ini. Keisuke imbas kembali kata-kata doktor bahwa akan sampai satu tahap dia akan lupa dan tidak mengenali ahli keluarga sendiri. Bagaimana dengan Miu jika hal ini berlaku?.

Drama ini memang menyentuh perasan dan menyedihkan. Anda merasa konflik dalam diri Keisuke dan dalam diri Miu yang masih binggung dengan perubahan diri bapanya.

Jika anda ingin menonton, sila ke sini

Friday, July 20, 2012

Rich Man, Poor Women : Episode 2

Kalau ikuti drama jepun yang sedang dikeudara sekarang memang tension sebab setiap episode ambik masa nak disubtitlekan. Drama jepun nie dah disiarkan pada malam isnin di jepun dan raw video didownload pada hari selasa tapi episode yang disubtitle hanya disiarkan pada hari khamis. Ia ambik masa 3 hari untuk subtitle....tidak seperti drama korea hanya beberapa jam selepas disiarkan di television. That why....memang tension menunggu terutama kalau kita dah addict kat drama tu. Oh ya....pelakon yang melakonkan watak Asahina adalah Arata yang juga melakonkan watak Masako Izekawa dalam Mitssu No Aji. Drama yang saya telah ulas sebelum ini.

Note:

Haruka mengenalikan dirinya sebagai Chihiro Sawaki kepada Hyuga so nama Sawaki saya tulis jika perbualan melibatkan Hyuga.

Hyuga mengidap sejenis penyakit yang mana dia tidak boleh mengingati nama atau wajah seseorang walaupun orang itu baru ditemui.

Episode 2

Vacum robotik bergerak menghala ke arah sofa dimana Hyuga sedang tidur. Hyuga terjaga dan memandang vacumm tersebut sambil berkata 'selamat pagi'. Dia bangun dan masuk ke bilik pakaian yang kita lihat tersusun pakaian yang terdiri daripada pakaian santai dan puluhan pasang kasut snicker. Selepas berpakaian, dia memasuki garaj kereta....wowwww beberapa kereta sport mewah dan motosikal besar tersusun rapi untuk dipilih.


Dia bergerak ke kereta sport putih dan lihat sepasang kasut hitam yang berada ditempat duduk belakang. Dia ambil kasut tersebut dan memorinya kembali kepada Sawaki.....bagaimana wanita itu membantunya ketika dia dalam masalah mengingati nama orang dan bagaimana dia memarahi wanita itu.....dia memandang kasut hitam itu dan berkata 'dia tidak perlukan kasut ini lagi' dan terus membuangnya dalam tong sampah.


Sawaki yang memakai pakaian kot dan skirt hitam (job hunting dress) mencari kasutnya....baru dia teringat yang dia tinggalkan dalam kereta Hyuga. Dia ambil kasut buruk dari rak sambil berkata 'it's fine.....its fine".

Ketika sedang hendak menyarung kasut, Sawaki menerima panggilan telefon daripda rakannya yang bertanya berkenaan dengan tugas 48jamnya dengan Next Innovation. Ketika ini dia flash back kepada kata-kata Hyuga "people like you are not welcome"....sambil mengeluh dia memberitahu rakanya bahawa ia sangat mengecewakan dan ia telah berakhir....tambahan pula keadaan telah menjadi kacaubilau sambil memorinya kembali kepada saat-saat Asahina bertanya 'siapa dia sebenarnya'.


Flashback adegan dalam kereta, Asahina bertanya siapa dirinya yang sebenar dan berkata bahwa adalah menyalahi undang-undang memasuki syarikat dengan mengunakan identiti palsu. Asahina memberitahu bahawa dia telah menyiasat identiti Sawaki/Haruka dan menyatakan bahawa Haruka hanyalah seorang pelajar Universiti biasa jadi tidak ada yang menimbulkan syak tentang dirinya. Jawapan yang keluar dari mulut Haruka adalah nama Chihiro Sawaki disebut secara spontan dan dia tiada niat apa-apa. Fuhhhhh gadis ini tidak mendedahkan rahsia....alasan selamat yang diberikan....Asahina tidak memaksa, dia terima jawapan tersebut.

Haruka yang masih ditalian telefon telah berkata kepada sahabatnya bahwa dia hendak keluar untuk 'job hunting' dengan harapan bahwa dia akan ditawarkan pekerjaan. Dia keluar dari rumah sewa dan membuka peti surat tetapi tiada surat didalamnya.

Adik Asahina iaitu Yoko yang berada dihadapan bangunan pejabat Hyuga bersama dengan pekerja restoran yang sedang menyemak penghantaran barang mentah restoran. Tiba-tiba kereta sport merah tekan hon, lori barang menghalang jalannya.....Yoko cepat-cepat tutup pintu lori dan wajahnya berseri apabila melihat Hyuga...dia dengan ceria menegur tetapi Hyuga memandangnya dengan wajah keliru. Dia berlari ke arah kereta sport itu sambil memperkenalkan diri tetapi Hyuga terus berlalu pergi tanpa pedulikannya. Yoko berkata Hyuga masih tidak mengingatinya.

Didalam lif, Asahina memberitahu bahawa wanita yang ditemui dihadapan bangunan itu adalah adik perempuannya. Asahina berkata bahawa dia berharap Hyuga akan mengingatinya jika bertemu beberapa kali selepas ini. Asahina memberitahu bahwa dia telah menelefon Sawaki sebab mereka ada perjumpaan dengan Mrs Fujikawa dalam jam 5 dan memandang wajah Hyuda untuk melihat reaksinya. Tiada riak perubahan di wajah Hyuga dan dia berkata dengan sinis 'call her if you wish, she'll come running like a good doggy". Asahina cuba mengorek rahsia dengan bertanya mengapa Hyuga memilih Sawaki...adakah disebabkan dia Chihiro Sawaki. Hyuga menjawap bahawa Asahina telah melihat sendiri bagaimana Sawaki mempunyai persamaan dengan 'homework' vice president....mereka secocok seperti a couple of idiots...jadi pilihannya tepat.

Asahina menelefon Haruka supaya datang ke Next Innovation. Di pejabat Next Innovation, akauntan syarikat mengeluh apabila melihat Hyuga tiba dengan berpakaian santai dan mengingatinya bahawa mesyurat lembaga pengarah akan diadakan dalam jam 2. Hyuga menukar pakaiannya dan memakai suit pejabat yang kemas....apabila melihat Sawaki/Haruka, dia terus berjalan ke arah gadis itu sambil memanggil namanya dengan mesra dan berkata dia ingin berbual panjang dengan Sawaki.

Turn out....Sawaki diperendahkan dihadapan staff Next Innovation.....dia dikatakan sebagai 'typical example of an idiot"....."Chihiro Sawaki the incompetent". Malah dia juga mengutuk pakaian Sawaki.


Sawak/Harukai bertemu dengan Asahina di bilik Fun Room. Asahina mengatakan bahawa bukan tindakan yang bijak jika beliau mengeluarkan Haruka sekarang dan dia bercadang untuk 'wait and see'.
"Why did you call yourself Chihiro Sawaki"
"Why does Hyuga care so much about this name....you stirred his interest" 
Dia masih menanyakan soalan ini tetapi haruka hanya mendiamkan diri. Haruka mengatakan bahawa dia bersetuju untuk meneruskan tugasannya untuk projek ini walaupun agak menyedihkan digelar 'incompetent fool'.  


Asahina berjalan mendekati Haruka dan berbisik mengatakan bahwa Toru Hyuga mempunyai pemikiran yang negative terhadap pencapaian akedemik jadi dia berharap Haruka dapat menunjukkan kepada Hyuga kuasa pendidikan tinggi sambil menepuk bahu gadis itu. Dipintu keluar dia menyatakan bahwa dia juga dari Universiti of Tokyo.

Haruka menunggu di ruang pejabat....sekumpulan ahli lembaga pengarah keluar dari bilik mesyurat sambil berkata bahwa Hyuga melayan mereka dengan kurang sopan.....akauntan syarikat memujuk mereka dengan mengatakan bahwa Hyuga tidak mempunyai common sense. Hyuga yang mendengar perkataan tersebut berkata 'oh yes, that sense that belongs to common folks". akauntan cepat-cepat menghalang Hyuga sambil menutup pintu kaca dan membawa para pemegang saham keluar dari pejabat. Hyuga membuat mimik lucu di pintu kaca dan Haruka yang memerhati dari tadi tersenyum memandang beliau.


Sawaki disediakan pakaian pejabat yang elegen bagi pertemuan dengan Mrs Fujikawa. Dalam bilik pejabat Hyuga, Sawaki diserahkan kertas kontrak yang dia perlu tandantangani...dalam kontrak menyebut bahawa dia akan dibayar upah sebanyak 50 dollar sehari serta pakaian dan jika ada reward sebanyak 15,000 dollar akan diberi jika matlamat dicapai dalam tugasnya memberi imej dan PR yang positive dalam mengambil hati Mrs Fujikawa. Tugasnya hanyalah "strictly limited to listening and nodding". Jika Sawaki mampu melaksanakannya maka dia diperlukan selama 2 bulan. Hyuga banyak mengunakan perkataan-perkataan menghina dan menyindir sepanjang percakapannya dengan Sawaki.

Mesyuarat dengan Mrs Fujikawa berjalan dengan lancar. Dalam perjalanan pulang, Hyuga meminta pemandu memberhentikan kereta untuk menurunkan Sawaki dan sebelum Sawaki keluar dia menyerahkan fail tebal.....maklumat yang perlu dibaca. Sawaki keluar dan tiba-tiba dia tteringat akan kasut yang ditinggalkan dalam kereta Hyuga.

Hyuga menjawap bahwa dia telah buang kasut itu...lagipun kasut tu murah dan menghulurkan wang dan menyuruh Sawaki membeli kasut baru. Tiba-tiba air mata menitis atas duit tersebut....Hyuga memandang panik dan Sawaki berkata awak boleh beli orang dengan wang tetapi kasut itu mempunyai sentimental value. Dia tidak mahu wang Hyuga dan terus berlalu pergi.


Hyuga merenung wang tersebut. Seorang lelaki tua menghampirinya....Hyuga berkata dia merasa tenang bila berada di sini. Dia menceritakan tentang gadis yang mempunyai nama yang sama dengan ibunya dan berkata apabila gadis itu berada disampingnya dia menjadi tidak tenang dan dirinya seperti tidak berfungsi dengan betul. Lelaki tua itu berkata bahawa memang pelik tentang nama itu tetapi gadis itu telah membangkitkan sesuatu untuk kamu. Adakah dia menyerupai ibu kamu...Hyuga gelak sambil berkata bahwa gadis itu jenis manusia yang menyusahkan....ibu saya????. Hyuga tidak meneruskan ayat terakhir itu dan dia terus mendiamkan diri.


Haruka yang berada di kampus bersama 2 rakan baiknya sedang complain tentang kelakuan Hyuga. Kawannya berkata bahawa Haruka banyak komplain tentang Hyuga tetapi haruka tetap berkerja keras untuknya. Mrs Fujikawa muncul dikampus untuk memberi ceramah di universiti telah nampak Haruka.

Haruka telah menghadirkan diri ke interview yang ke 32. kali ini personaliti haruka nampak perubahan....dia lebih berkeyakinan bila menjawap. Penemuduga mengatakan bahawa Haruka telah memberikan 'good impression'...Haruka menjawap ini kerana dia berpeluang bekerja, dibuli oleh bossnya...situasi amat menyukarkan tetapi dia tidak putus asa.... buat yang terbaik dan apabila seseeorang memberitahu saya bahwa dia telah melakukan tugas dengan baik...dia merasa amat gembira. Kali pertama Haruka keluar dari bilik interview dengan wajah yang gembira.

Perbincangan projek antara syarikat Next Innovation dan kumpulan Mrs Fujikawa berlangsung. Sawaki memberikan penerangan berkenaan dengan projek tersebut.

Hyuga merenung wajah Sawaki semasa gadis itu bercakap tetapi apabila habis bercakap dia palingkan wajahnya...Sawaki pula merenung wajahnya sambil dia teringat kata-kata penemuduga "Our company appreciates what he has made of you", Haruka menjawap "yet he's not that type of benevolent person". Saya suka reaksi Hyuga apabila menyedari Sawaki/Haruka merenungnya. Perlakuan mereka diperhatikan oleh Mrs Fujikawa.

Pada malamnya mereka menghadiri majlis pembukaan restoran Eclat Noble dimana adik Asahina, Yoko menjadi chef. Yoko memerhati tetamu yang hadir....dia mencari Hyuga. Apabila terpandang Hyuga dia terus tersenyum. Dia menghidangkan rice omelet kepada Hyuga sambil bertanya adakah makanan itu kena dengan selera Hyuga. Yoko mendedahkan bahawa dia mengenali Hyuga 9 tahun yang lepas....lebih dahulu daripada abangnya, ketika itu Hyuga berkerja sambilan dikedai T-shirt dan Jean...mereka telah berbual selama 2 jam dan dari perbualan itu Hyuga memberitahu dia bahawa rice omelet adalah makanan kegemaranya. Hyuga memandang dengan serba salah sebab dia langsung tidak mengingati gadis itu. Yoko bangun dengan kecewa...Hyuga langsung tidak mengingati apa-apa tentang dirinya. Haruka hanya mendengar dan memandang mereka dari meja dibelakang.

Selepas jamuan mereka kembali berkerja sehingga lewat malam. Keesokkan paginya barulah Haruka pulan kerumah...bila dia buka peti surat didapati ada surat panggilan temuduga kedua. Dia pergi berjumpa dengan Asahina dan memberitahu bahwa dia telah menerima panggilan final interview dan dia ingin berhenti dari Next Innovation sambil menyerahkan kad pekerja. Asahina berkata misteri Chihiro Sawaki masih belum terbongkar...it's to bad.


Keesokan paginya Haruka bangun dengan begitu gembira sekali untuk menghadiri final interview. Hari ini job huntingnya akan berakhir. Dia tampal surat panggilan temuduga itu diatas note-note syarikat interview yang dia telah gagal sebelum ini. Semasa keluar dari rumah, Asahina menelefon bertanya pukul berapa interviewnya. Dia beritahu jam 10...Asahina menyebut Mrs Fujikawa.....tetapi tidak meneruskan ayatnya sebab interview Haruka lebih penting.


Asahina dan hyuga menghadiri pertemuan dengan Mrs Fujikawa. Mrs fujikawa mendedahkan bahawa beliau telah pergi ke universiti untuk bagi ceramah dan ternampak Sawaki. Sawaki adalah pelajar dan bukan pekerja next Innovation. Mereka telah menipu dengan menyatakan bahawa Sawaki adalah ketua pembangunan sistem di India dan salah seorang pengasas Next Innovation. Semua penipuan ini dibuat sebab ingin mensasarkan dirinya. Sawaki dari Universiti yang sama, jenis wanita yang sama dengannya untuk memberikan 'best impression' kepadanya sebab Mrs Fujikawa begitu senang dipengaruhi dengan orang yang berpersonaliti seperti itu. Tiba-tiba pintu diketuk dan Haruka muncul dibilik mesyurat itu dengan pakaian 'job hunting' nya. Mrs Fujikawa bangun dan dan berjalan kearah Haruka "you are so busy job hunting. In that fit...it's so obvious...don't underestimate me". Asahina memandang jam tangannya...lagi 20 minit ke pukul 10 pagi dan dia meminta supaya Haruka dibenarkan keluar sebab syarikat yang melakukan kesalahan bukan Haruka tetapi Mrs Fujikawa tidak benarkan. Tiba-tiba Hyuga yang dari tadi diam....mengeliat sambil menyebut ahhhhhhhhh......"let's drop the pretense...we're done here...I'm so glad it end here...you two girls hitting it off, i was disgusted....now can we talk about business". Mrs Fujikawa memberitahu bahawa Next Innovation dilarang untuk memasuki mana-mana kontrak kerajaan untuk industri telekomunikasi.

Asahina, akauntan MrYamagami dan Hyuga berbincang dibilik Hyuga bahawa larangan untuk memasuki kontrak akan merosakkan syarikat mereka. Hyuga yang sibuk menekan keyboard komputer berkata bahawa beliau tidak akan pergi merayu Mrs Fujikawa kerana itu bukan caranya. Asahina berkata adalah menjadi kesilapan mereka memperkenalkan Sawaki...Hyuga menjawap "revoke her contract". Asahina memberitahu bahawa Sawaki telahpun berhenti dan hari ini adalah final interviewnya dan dia mungkin akan diterima berkerja. Jari Hyuga terhenti sebentar tetapi dia kawal emosinyal dan terus dengan sikap sinisnya sambil berkata 'she come here blindly, knowing that she had no prespect'. Asahina merasa kesal dengan sikap Hyuga telah berkata bahawa Hyuga tidak pernah mengetahui bagaimana pentingnya final interview sebab dia tidak pernah  berpengalaman mencari kerja...Haruka datang dengan hati yang ikhlas. Hyuga menjawap 'she should not poor her emotions so easily....excellent lesson for her". Selepas mendengar jawapan Hyuga....Asahina terus keluar dari situ.



Haruka menunggu Mrs Fujikawa dihadapan pejabatnya tetapi beliau tidak diendahkan. Haruka tetap menunggu sehingga ke malam dan walaupun hujan beliau tidak berganjak dari situ. Keesokan harinya sekali lagi dia menunggu kedatangan Mrs Fujikawa....kali ini dia dapat bercakap selepas dia jatuh tersungkur dihadapan Mrs Fujikawa....dia mengejar wanita itu dari belakang sambil meminta supaya Next Innovation diberikan peluang kedua. Perlakuan Haruka diperhatikan oleh Asahina yang kebetulan berada disitu.

Didalam lif, Asahina memberitahu kepada Hyuga yang sedang asyik dengan handphonenya tentang Sawaki yang telah menunggu Mrs Fujikawa dihadapan pejabatnya selama 2 hari dan bagaimana gadis itu merayu supaya peluang kedua diberi kepada syarikat mereka. Hyuga yang acuh tidak acuh menjawap 'typical of her'. Bila Asahina keluar lif dan pintu lif tertutup barulah Hyuga menurunkan handphonenya dan mengeluh.


Suasana kampus menjadi kecoh....semua pelajar berlari-lari untuk melihat Tohru Hyuga dan mereka mengerumuninya. Sawaki menjadi panik dan berkata adakah Hyuga datang untuk memarahinya.

Hyuga dengan sikap kasarnya telah menjerit marah sebalik sahaja nampak wajah Sawaki. Dia memarahi Sawaki kerana datang ke perbincangan dengan Mrs Fujikawa sambil berkata adakah dia terlalu bodoh sebab tidak dapat membezakan antara masa depan sendiri dan syarikat orang lain. Memarahinya kerana menunggu dihadapan pejabat Fujikawa....akhir sekali dengan nada perlahan dia berkata bahawa Sawaki telah melembutkan hati wanita itu dan syarikat telah diberi peluang kedua. Sawaki keliru mengapa Hyuga memarahinya sedangkan sepatutnya dia berterima kasih kepadanya.

Hyuga yang termalu terus hendak pergi tetapi berpatah balik dan menyerahkan bungkusan kepada Haruka. Kasut hitam yang dikatakan telah dibuang itu telah diambil semula oleh Hyuga.
Ketika dia hendak beredar....sawaki berkata bahawa dia akan berusaha lebih keras dalam job hunting. Hyuga berpaling dan berkata ya itu bagus dan syarikat Next Innovation juga akan memertimbangkan permohonannya. Kemudian dia berpaling semula dan berkata 'esok datang kerja'....sambil membaling kad kerja kepada Sawaki.....rupanya itu adalah permintaan Mrs Fujikawa supaya Sawaki dijadikan pekerja tetap Next Innovatin jika hendak projek diteruskan.

Haruka pergi berjumpa Mrs Fujikawa untuk mengucapkan terima ksih atas pertolongannya. Mrs Fujikawa memberitahu hyuga telah datang berjumpa dengannya dan dia telah memberikan virtual data untuk 13,000,000 individu dan dalam masa 30 minit Hyuga berjaya transfer kedalam program baru. Dia begitu bijak dalam IT dan sebab itu projek itu diberikan kepada Next Innovation.


Keesokan paginya Haruka pergi berkerja dengan riang dan pada hari ini dia tidak memakai lagi baju 'jop hunting dress'.

Dia nampak kereta Hyuga dan Hyuga pula telah memberhentikan kereta apabila nampak Yoko sambil berkata 'selamat pagi....Yoko". Ini membuatkan gadis itu tersenyum gembira., akhirnya Hyuga menyebut nama dan mengingati wajahnya.


Didalam lif....Hyuga memuji pakaian Sawaki sambil mengatakan bahawa dia suka gaya begitu. Sawaki tersenyum sipu apabila dipuji.....Hyuga menjeling. Saya suka reaksi mereka berdua. Dalam masa yang sama dibilik pejabat Asahina.....dokumen berkenaan Haruka berada diatas meja dan Asahina yang sedang bercakap dengan seseorang telah meminta orang itu meneruskan siasatan terhadap Haruka dan siapa Chihiro Sawaki.

Bersambung........

Saya suka melihat reaksi kekok Hyuga apabila berhadapan dengan Sawaki.....perubahan riak wajah mereka berdua. Watak Asahina yang cool dan memahami. Dia bijak kawal keadaan. Diharapkan wataknya tidak diubah oleh pengarah drama ini menjadi rakan yang mengkhianati Hyuga.

Rahsia bagaimana Haruka megetahui tentang Chihiro Sawaki dan mengapa Hyuga merahsiakan daripada Asahina masih menjadi pertanyaan. Asahina adalah sahabat baiknya dan orang kepercayaannya....tetapi mengapa dia merahsiakan hal tersebut dan hanya bercerita dengan sami di kuil sahaja.

Wednesday, July 18, 2012

Mitsu No Aji (A Taste of Honey)


Satu lagi drama jepun yang saya telah saya tonton dan bagi saya jalan cerita menarik, lakonan hidup, walaupun seperti biasa drama jepun kebiasaannya bermula a bit slow terutama episod2 awal tetapi ia memberi peluang kepada penonton untuk menghayati watak dan memahami dilema dan konflik dalam diri mereka. Salah satu sebab mengapa drama jepun menarik minat saya untuk terus menonton adalah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarah. Ada mejej yang ingin disampaikan dalam setiap drama dan ia bukan hanya untuk tontonan semata-mata. inilah yang membezakan drama jepun dengan drama-drama lain. Jika anda juga peminat drama jepun....anda akan faham maksud saya dan anda juga sama seperti saya....iaitu kita akan tetap terus menonton walaupun perjalanan dramanya slow sebab kita nak tahu apa yang pengarah ingin sampaikan.

Ini satu lagi drama yang pengarah jepun berani terbitkan berkenaan dengan dengan isu 'Morality Vs Love" iaitu Cinta terlarang. Dalam drama A million stars falling from the sky(AMSFFS) yang pernah saya buat entri di sini, juga berkenann cinta terlarang. Cinta terlarang antara seorang abang dengan adik kandungnya sendiri dan sudah tentu Cinta Terlarang akan berakhir dengan tragis dimana kedua-dua mereka mati.

Apabila melihat sinopsis drama ini yang menyebut berkenanan cinta terlarang antara bapa saudara dan anak saudara maka saya ingin terus menonton untuk melihat bagaimana pengarah menghukum cinta ini. Bunuh kedua-dua mereka sebagaimana AMSFFS atau menderitakan mereka.

Drama dimulakan dengan paparan perkataan

"Within all people's hearts there lives a demon called love"




Naoko Morimoto adalah penuntut sekolah tinggi di perkampungan Okoyama menunggu bapa saudaranya Masato Ikezawa di stesyen keretapi yang pulang bercuti semester (ketika ini mereka berada dalam tahun 2003). Mereka berjalan pulang dari stesyen keretapi dimana hari hujan dan mereka berpayung sambil berbual tiba-tiba sebuah bas lalu dan Masato menarik Naoko ketepi.....tetapi tindakan Masato telah memberi mesej yang salah kepada gadis remaja ini. Dia menyedari bahawa dia menyintai bapa saudaranya itu....apabila Masato memberitahu bahawa selepas ini dia tidak boleh pulang lagi ke Okoyama bercuti sebab dia telah menjadi doktor pelatih.....Naoko nekad untuk masuk ke universiti yang sama dengan Masato dan menjadi doktor seperti Masato hanya semata-mata untuk mendekati dirinya dengan bapa saudaranya itu.

Tanpa diketahui oleh Naoko, bapa saudaranya itu telah mempunyai seorang kekasih yang juga teman sekuliahnya iaitu Aya Harada. Mereka telah berkawan selama 3 tahun dan setiap kali Masato mengajaknya berkahwin, Aya akan menolak sebab bagi Aya kerjayanya sebagai penyelidik adalah lebih penting dari segala-galanya.

Naoko belajar bersungguh-sungguh bagi membolehkan dia layak masuk ke Hospital Universiti  di Tokyo dan berada disisi Masato. Naoko berjaya memasuki hospital universiti dengan Masato dan apabila sampai disana.....impiannya berkecai apabila Masako muncul bersama Aya menemuinya.

Aya....a devil women, berkelakuan seperti 'perfect girlfriend' dihadapan semua orang tetapi hanya Naoko dapat melihat bahawa wanita ini sebenarnya tidak mencintai Onii-channya. Wanita ini merasa tergugat dengan kehadiran Naoko terutama bila dia dapat mengesan bahawa Naoko berperasaan lain terhadap Masako. Bagi Aya, Masako miliknya dan dia akan pastikan Masako akan menjadi miliknya dan tiada sesiapa boleh menghampiri dan mengambil Masako.

Tiba-tiba Aya bersetuju untuk berkahwin dan mereka berkahwin dengan tergesa-gesa. Watak Aya dilakunkan dengan amat cemerlang sekali, pelakon ini tidak perlu memakai taring atau make-up untuk kelihatan seperti syaitan sebab riak wajah Aya sahaja sudah cukup untuk menakutkan kita sebagai penonton. Aya berlagak seperti wanita sempurna dan berhati mulia dihadapan orang lain tetapi apabila memandang Naoko, riak wajahnya berubah menjadi seperti wanita berhati syaitan. Dia merasa takut sendiri.....mereka-reka cerita bahawa naoko ingin merampas Masako.



Apabila berlaku kemalangan berhampiran kawasan perumahan Masako, Naoko yang berada disitu hanya berdiri ketakutan sebab dia adalah pelajar baru perubatan dan dia tidak mengetahui bagaimana hendak bertindak. Aya yang menguruskan mangsa tersebut dan kemudian Masako datang membantu....apa bila Aya menyedari kehadiran Naoko....dia berkata kepada Masako "Naoko ingin melihat dia gagal". Dia sentiasa salah faham dan membuat andaian sendiri. Dia membenci Naoko walaupun Masako berkata bahawa Naoko adalah anak saudaranya dan tidak melayan Naoko seperti musuh.



Aya dan Masako berkahwin, sejurus selepas majlis perkahwinan.....mereka terus masuk bekerja kerana bagi Aya....kerjaya perlu diutamakan dari segala hal. Selepas perkahwinan Masako, Naoko menjauhkan diri dan mula bergaul dengan rakan-rakan sepengajiannya. Masako mula merasa perubahan diri Aya selepas berkahwin. Dia tidak dipedulikan dan Masako tidak gembira hidup bersama Aya. Aya mengabaikan Masako dan lebih menumpukan terhadap penyelidikan dan walaupun mereka hidup serumah tetapi mereka seperti orang asing.

Apabila menyedari rumahtangganya bermasalah....Aya menyalahkan Naoko walaupun Naoko telah menjauhkan diri dan tidak pernah menghubungi bapa saudaranya itu. Ketika bercinta, apa yang Masako nampak dalam diri Aya adalah seorang wanita yang amat sempurna dan dia mula menyedari bahawa dia mengahwini wanita yang menakutkan. Nurse di hospital berkata bahawa Aya adalah scary women dan ketika ini Masako teringat akan kata-kata Naoko "orang itu menakutkan". Naoko mengunakan perkataan 'orang itu' apabila merujuk kepada Aya.

Mereka sentiasa bergaduh. Aya tidak cuba menyelesaikan masalah rumahtangganya sebaliknya cuba serang Naoko lagi. Kali ini dia jemput Naoko datang makan malam dirumahnya. Oleh kerana Naoko takut datang seorang diri, dia ajak kawan-kawannya. Di sini Aya berlakon sebagai isteri yang penyayang dan menunjukkan kepada mereka terutama Naoko betapa bahagianya rumah tangga mereka. Semua orang memuji Masako bertuah....Masako hanya mendiamkan diri dan kali ini dia dapat lihat sendiri sifat sebenar Aya...... Aya berlakon dan bertindak kejam terhadap Naoko malah memaksa gadis itu memakan ikan yang tidak disukainya. Selepas tetamu balik....mereka bergaduh besar dan Masako berkata bahawa dia menyedari ada sesuatu yang pelik apabila tiba-tiba Aya bersetuju kahwin malah mendesak supaya dipercepatkan.....rupanya Aya hanya takut kepada Naoko dan bukan sebab mencintai dirinya. Dia lakukan semua ini sebab dia tidak mahu 'barang miliknya' menjadi perhatian orang lain.


 Aya tidak menyalahkan dirinya sebaliknya menyalahkan Naoko dan mula menganggu Naoko dirumah sewanya. Dia datang berdiri depan pintu rumah Naoko dan kemudian menakutkan gadis itu. Naoko yang ketika itu sedang bercakap dengan Masako yang menelefon untuk meminta maaf atas kelakuan Aya dan dia mula mengesan nada ketakutan apabila anak saudaranya beritahu ada orang dihadapan pintu rumahnya. Naoko sejak hari pertama bertemu Aya sentiasa berada dalam ketakutan apabila melihat pandangan mata wanita syaitan ini. Masako yang bimbang akan keselamatan anak saudaranya itu telah pergi kerumah sewa Naoko dan melihat Naoko menangis ketakutan. Naoko memberitahu bahawa Aya datang menakutkan dirinya.

Apabila Masako bertanya kepada Aya mengapa ganggu Naoko, Aya dengan wajah innocent memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Naoko dan dia mengatakan bahawa gadis itu delusi dan mereka perlu hantar dia ke pakar psikitrik untuk memeriksa sebelum ia bertambah teruk. Wowwwww....Aya memang hebat dalam mereka cerita tetapi Aya tersilap sebab Masako berkata bahawa Naoko adalah anak saudaranya yang dia lihat membesar dari kecil dan dia kenal anak saudaranya itu lebih dari orang lain....anak saudaranya itu tidak akan menipu.  

Mereka bergaduh besar dan Masako bertindak keluar dari rumah dan memberitahu bahwa dia ingin bercerai. Masako menerima tawaran menyambung pelajaran untuk menjadi doktor pakar di Pittsburgh. Masako mengambil keputusan ini bagi melindungi Naoko dari gangguan Aya dan ketika ini Naoko telah meluahkan perasaannya kepada Masako tetapi Masako hanya mendiamkan diri sahaja. Ketika ini kita penonton hanya berharap bahawa perasaan Naoko tersebut adalah sebab ia masih remaja dan dia keliru dengan perasaan sendiri....mungkin sebab dia terlalu sayangkan bapa saudaranya dan sebab itu dia menganggap bahawa itu adalah cinta.

Tetapi kita sebagai penonton begitu kecewa sebab Masako yang sebelum bertolak ke luar negara telah makan malam dirumah sewa Naoko. Dia beritahu bahwa dia akan ke Pittsiburgh selama beberapa tahun dan meminta anak saudaranya itu belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor. Naoko pula berkata bahwa dia akan mencari teman lelaki dan dia akan memperkenalkan kepada Masako nanti. Selepas Masako keluar dari rumah, Naoko menangis teresak-esak dan penonton juga terkejut sebab Masako juga menangis teresak-esak ditepi jambatan. Selepas itu bunyi ketukkan kuat dipintu rumah Naoko dan bila dibuka....kelihatan Masako yang sedang menangis terus memeluk Naoko dan menciumnya seperti kekasih. Masa nie kita sebagai penonton terasa amat marah sebab Masako sebagai lelaki dewasa tidak dapat mengawal perasaaannya dan dia juga mencintai anak saudaranya itu.

8 tahun berlalu, Naoko telah tinggal serumah dengan Yasushi Narisugi teman sekuliahnya yang amat menyintai dirinya. Sebagaimana yang dijanji kepada Masako....dia akan lupakan cintanya kepada Masako.

Aya menghantar mesej kepada Masako yang ketika itu telah berada dilapangan terbang Tokyo menyatakan bahwa dia bersetuju untuk tandatangan surat perceraian. Masako balik ke jepun sebab dia ingin mengendalikan pembedahan cancer terhadap profesornya iaitu Takinohara. pembedahan itu dilakukan secara rahsia sebab Takinohara tidak mahu masalah kesihatannya menjejaskan peluang untuk menjadi CEO hospital (ofis politik). Pembedahan tersebut akan dibantu oleh doktor pelatih kepercayaannya iaitu Naoko. Kali pertama Naoko bertemu Masako Ikezawa sejak mereka berpisah. Naoko telah menjadi wanita yang matang dan doktor yang dipercayai manakala Ikezawa telah menjadi pakar pembedahan yang terkenal.

Naoko terpaksa berbohong kepada Norisugi menyatakan dia pergi tempat yang jauh untuk berkursus tetapi rahsia terbongkar apabila kawan baiknya Rai Yoka bersama teman lelakinya Hosokawa ternampak Naoko bersama Masako di hotel di Tokyo. Ofis politik sekali lagi.....Hosokawa mengunakan info ini sebagai ugutan kepada Aya bahawa dia akan memberitahu Director Kirishima bahawa ada satu pembedahan rahsia berlaku di Hospital ........ dan Naoko serta Ikezawa terlibat sama. Aya serta merta menjadi syaitan kembali....dia mula mengunakan info ini untuk mencucuh api dalam hubungan Norisugi dan Naoka.

Norisugi yang dipengaruhi oleh Aya mula meragui Naoka. Ikezawa minta diperkenalkan kepada Norisugi dan mereka makan malam dirumah sewa Naoka. Ketika Norisugi menghantar Izekawa balik, dia tiba-tiba teringat tentang handphone yang tertinggal so dia patah balik dan dalam masa yang sama Rai datang berjumpa Naoko. Norisugi mendengar perbualan Naoka dengan Rai dan barulah dia mengetahui bahawa lelaki yang dicintai oleh Naoka adalah bapa saudaranya sendiri.




Norisugi bertindak terburu-buru.....menuduh Naoka tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. Sebagai penonton, kita akan bersimpati dengan Norisugi sebab selama 8 tahun dia bersama dengan wanita yang tidak langsung mencintai dirinya dan mempergunakan dirinya sebagai alat untuk melupakan cinta terlarangnya. Norisugi merasa dirinya dipergunakan dan mula berdendam manakala dalam masa yang sama Aya mengoyak surat perceraian.





Ini satu lagi percintaan terlarang. Rai mencintai seniornya iaitu Yuji Hasokawa. Hasokawa adalah lelaki yang telah beristeri dan isterinya pula sedang mengandung. Rai asyik mendesak Hasokawa menceraikan isterinya. Kita sebagai penonton merasa benci kepada Rai...perempuan perosak rumah tangga orang. Lelaki beristeri seperti Hasokawa tidak akan menceraikan isterinya.....perempuan seperti Rai hanyalah sebagai alat hiburan. Mencintai suami orang adalah perkara terbodoh yang dibuat oleh Rai. Inilah mesej yang pengarah drama ini cuba sampaikan....dari percakapan Hasokawa dengan rakannya, dia menyatakan bahwa dia hanya ingin berseronok dengan Rai sahaja sebab dia cute.


Aya berjumpa dengan Ikezawa dan memberitahu bahawa dia sudah koyakkan surat petition perceraian mereka dan Izekawa akan menjadi miliknya buat selama-lamanya. Dia berkata bahwa dia akan membuat apa sahaj untuk menghalang hubungan Naoka dengan Izekawa.


Salah satu rancangan Aya adalah mempergunakan Norisugi untuk memisahkan hubungan tersebut. Aya hanya mereka cerita.....Aya terlalu berilusi dan Aya adalah syaitan jahat yang sebenarnya tidak mencintai Izekawa tetapi dia menganggap Izekawa adalah 'barang miliknya' dan tidak akan benarkan sesiapa memilikinya walaupun dia sendiri yang menderita dan hidup dalam keadaan tertekan. Dia sakit jiwa.

Aya mengunakan kepakarannya untuk memanipulasi orang....mempengaruhi Norisugi dengan tangisan dan cerita sedihnya dan menyatakan bahwa mereka adalah manusia malang yang telah dipergunakan oleh Naoka dan Izekawa. Dia sanggup mengunakan sex sebagai godaan kepada Norisugi.


Sekarang musuh bagi Naoka dan Izekawa adalah Aya dan Norisugi. Kedua-dua mereka bergabung untuk membalas dendam dan menghancurkan hubungan tersebut sedangkan realitinya Naoka dan Izekawa tidak menjalinkan hubungan. mereka berdua masih menjarakkan diri dan menjauhkan hubungan terlarang tersebut. Mereka berusaha untuk mengelak tetapi manusia berdua ini yang sebenarnya menjadikan hubungan cinta terlarang tersebut benar-benar terjadi.


Aya sangat bijak.....dia manipulasi dan mempergunakan Norisugi secara licik. Norisugi telah menaikkan kuantiti dos ubat pesakit yang dijagai oleh Naoka sehingga menyebabkan pesakit tersebut mengalami serangan kebas kaki dan tangan akibat dos ubat yang berlebihan yang telah disuntik oleh jururawat mengikut arahan dalam komputer Naoko. Norisugi mengetahui tentang no ID dan Password Naoka. Ikezawa yang cuba melindungi Naoka mengaku bahawa dia memberi arahan tersebut tetapi doktor-doktor lain tidak percaya dan menyatakan bahawa hubungan saudara yang menyebabkan Ikezawa cuba melindungi Naoko dan Ceo hospital pula meminta supaya perkara kecuaian tersebut disembunyikan. Sudah tentu ia tidak boleh di sembunyikan sebab Norisugi telah mendedahkan kecuaian tersebut dalam majalah.



Syaitan ini ketawa kegembiraan walaupun sebelum ini dia berpura-pura memarahi Norisugi kononya telah melanggar etika sebagai doktor dan hampir membunuh pesakit. Wanita ini memang benar-benar menakutkan.

Masa ini simpati kita kepada Norisugi bertukar menjadi benci. Norisugi bertukar watak menjadi lelaki yang menakutkan apabila dia berdendam. Dia cuba musnahkan hidup wanita yang dicintainya hanya semata-mata supaya wanita itu berpaling kepadanya dan dia membiarkan dirinya diambil kesempatan oleh Aya.  Naoka telah digantung kerja. Naoka balik kerumah sewanya tanpa menduga bahawa Norisugi berada didalam rumah tersebut dan mencari gambar-gambar  Naoka dan Izekawa untuk dihantar kepada majalah dan internet. Dia ingin mendedahkan hubungan terlarang ini kepada satu dunia. Ketika Naoka sampai dirumah...dia lihat Norisugi berdiri dibelakangnya sambil memegang gambar naoka dan Izekawa. Norisugi bagi pilihan kepada Naoka......kembali kepadanya atau hibingan mereka dibongkarkan didalam majalah dan Izekawa tidak akan menjadi doktor pakar lagi. Naoka cuba merampas gambar tersebut tetapi Norisugi yang dalam kemarahan telah cuba merogol beliau. Mujur Izekawa sempat sampai. Sambil menjerit Norisugi menghina jijiknya perbuatan mereka sambil menjerit marah,

You guy have no future
No matter where in the world, an uncle and niece go, there is no place where you can live!!!!!

There's no goal for you!!!!!!!!

Izekawa menjawap :

What ever it is you do........I will protect Naoko. Even if there's nowhere in the world we can go....I will protect Naoka. We won't seek either hapiness or blessings....We don't ask such a thing.....all we want is to live together.

Stupid Norisugi....dia telah memberi peluang kepada Izekawa dan Naoko untuk menerukan hubungan terlarang tersebut secara terbuka. Sebelum ini mereka cuba mengelak dan menjauhkan diri dari hubungan ini tetapi tekanan dari kedua-dua syaitan ini telah menyebabkan Izekawa bertindak melindungi Naoko.

Aya terkejut apabila mendengar Izekawa meletakkan jawatannya dan tinggalkan positionnya sebagai doktor pakar utama di hospital itu semata-mata untuk Naoko. Rancangan Aya tidak berjaya.....dia sangkakan Izekawa akan memilih kerjaya.

Ok final gamble yang Aya akan buat......membongkarkan cinta terlarang antara Naoko dan Izekawa kepada  abang dan kakak iparnya yang juga ibu dan bapa Naoko.


So sad melihat kedua-dua ibu bapa ini apabila mengetahui hal tersebut. Ibu bapa Naoko pergi kerumah sewa Naoko dan bapanya meminta ibunya membawa Naoko keluar untuk memujuknya dan bapanya pula menunggu adiknya Izekawa.

Kelihatan Hisako Morimoto bersama anak perempuannya disebuah restoran manakala Izekawa yang baru pulang terkejut apabila melihat abangnya berada di ruang tamu.

Not a soul would believe a word i said.....
If I told them that my own younger brother was in a relationship with my own daughter


tell me that wrong.......
tell me that everything written in here is lie!!!!!!!!
if you deny it..........
me and your sister will believe it......


 
Begitu sedih apabila melihat wajah si abang ini. Masa nie perasaan benci kita sebagai penonton kepada Izekawa dan Naoko memuncak. kenapa buat kedua-dua manusia ini kesedihan. Izekawa menjawap "...............is it true that Naoko and I are in love". Si abang bangun dan terus menumbuk adiknya. Dia merayu supaya Izekawa tidak meneruskan hubungan tersebut.

"Who do you think.....would allow their precious little brother dan their doughter to have fingers of derision pointed at them by the world!!!!!!!!!"

Izekawa dipukul teruk oleh abangnya.....biarpun abangnya menangis dan merayu tetapi Izekawa tetap dengan keputusannya untuk meneruskan hubungan mereka. Dia keluar dari rumah untuk mencari Naoko manakala Naoko walaupun ibunya memujuk dengan linangan airmata.....Naoko berkata kepada ibunya "saya akan memilih jalan yang salah dan tidak akan menyesal daripada memilih jalan yang benar tetapi akan menyesal dikemudian hari...." dan kemudian terus berlalu keluar dari restoran meninggalkan ibunya yang sedang menangis.





Izekawa berlari dan mencari Naoko didalam hujan lebat. Apabila bertemu dia memeluk Naoko sambil disaksikan oleh Aya yang kebetulan lalu disitu. Aya....you lost your final gamble. 

Dua manusia ini memilih untuk meneruskan hubungan terlarang tersebut. Mereka diberhentikan kerja oleh pihak hospital dan Norisugi masih mengeluarkan artikel berkenaan hubungan sumbang seorang pakar bedah terkenal kepada majalah.

Mereka berdua mencuba nasib di daerah Nagano. Pada mulanya sebuah hospital bersetuju untuk mengambil Izekawa bekerja dan mereka berjaya menyewa sebuah rumah berhampiran hospital tersebut.

Berita mengenai hubungan sumbang mereka terus dikeluarkan oleh majalah....kali ini siap dengan gambar rumah kediaman mereka di Okoyama. Tajuk artikel tersebut "home where their forbidden love was nurtured". Nurisugi....dia adalah bapak syaitan, kali ini kita sebagai penonton menjadi begitu takut melihat perubahan watak Nurisugi....adakah cinta begitu kuat sehingga menjadikan Norisugi manusia yang kejam. Naoko merenung artikel tersebut sambil berkata 'bagaimana dnegan ibubapanya". Sekarang baru kamu fikir tentang itu.


Selepas dihalau dari Nagano mereka pergi pula ke daerah Gunma dan bekerja disebuah klinik kesihatan kecil tetapi tidak lama....mereka dihalau pula dari situ. Mereka berdua pergi pula ke daerah Ishikawa dimana Izekawa bekerja disebuah klinik kecil manakala Naoko bekerja di pasar ikan.

Norisugi masih tidak puas hati....kali ini dia keluarkan satu lagi artikel mengunakan sebuah majalah terkenal. walaupun Izekawa dan Naoko disukai oleh penduduk nelayan disitu tetapi apabila berita memalukan ini sampai ke pengetahuan mereka....mereka tetap halau naoko dan Izekawa. Dalam majalah ditulis bahawa perbuatan mereka telah menyebabkan Hisako, kakak ipar Izekawa dan ibu Naoko tidak sedarkan diri dan disahkan mengidap kanser otak.

Aya yang disahkan kanser dan terlantar sakit telah merasa perbuatan dirinya hanya merapatkan hubungan mereka berdua. Aya menyerahkan surat perceraian kepada izekawa dan bersetuju untuk menguruskan pembedahan ibu Naoko.



Sebagaimana kata Aya....mereka mungkin telah menang tetapi manusia yang menang akan berdiri keseorangan. Mereka berdua telah dipulau dan mereka berdua tiada tempat untuk di tuju lagi. Naoko berkata 'let's go to a country where no one knows us".



Mereka berada dikawasan peperangan di negara asing. Mereka menjadi doktor perubatan di medan perang. Ditempat yang dikelilingi oleh jeritan kesakitan dan bunyi bom serta tiada manusia yang akan mengambil kisah tentang percintaan mereka. Drama diakhiri dengan Naoko dan Izekawa tidur sambil memegang tangan disebuah bangunan yang kotor dan gelap. Inilah ending kepada cinta terlarang ini.

Pengarang drama ini hanya menghukum hubungan cinta ini dengan menjadikan mereka orang pelarian. mereka kehilangan segala-galanya dalam hidup....keluarga, kerjaya, rakan dan masyarakat. Pengarang tidak menghukum percintaan ini dengan teruk sebab sebenarnya izekawa adalah adik tiri bapa Naoko dan mereka tidak mempunyai pertalian darah tetapi mereka tetap bapa saudara dan anak saudara dalam buku daftar keluarga. mereka tidak boleh berkahwin, mereka tidak boleh menjadi ibu dan bapa.

dalam satu episod Rai berkata Norisugi kehilangan Naoko bukan disebabkan Izekawa tetapi disebabkan Surisugi tidak mempercayai orang yang dicintainya. Naoko mencintai Izekawa sebelum dia mengenali Norisugi dan apabila dia menerima Norisugi....dia telah melupakan Izekawa. Begitu juga Aya....dia tidak mempercayai Izekawa....apabila Izekawa berkata 'jangan jadikan dia musuh....dia hanyalah anak saudara saya".

Jika kita menyintai pasangan kita....percayailah dia. Terlalu mengesyaki dan berperangsangka hanya memburukkan hubungan. Sepanjang menonton.....perasaan benci, marah bercampur baur dengan simpati dan kasihan. Kita tidak menyokong hubungan cinta ini dan ia terasa pelik dan jijik terutama apabila ada adegan intim antara Naoko dan Izekawa. Jika anda ingin menonton...boleh kesini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...