Wednesday, May 25, 2011

Terima kasih, mintak maaf

Percaya atau tidak, dua perkataan nie paling susah nak diucapkan. Saya timbulkan isu nie sebab keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dalam hidup saya menunjukkan betapa susahnya dua perkataan itu diucapkan.

Situasi pertama
Sudah jadi peraturan dipejabat saya, semua pegawai akan bertugas untuk membuka 3 tingkat ofis pada setiap pagi secara bergilir-gilir. Minggu nie menjadi giliran rakan sekerja saya, si A untuk ambil kunci dan buka pejabat. Sepatutnya pegawai bertugas akan datang lebih awal dari kebiasaan supaya tiada pegawai2 lain tertunggu2 depan pintu. Si A datang lewat, ramai pegawai menunggu pintu dibuka termasuk saya.
Bila Si A sampai dia bukan nak mintak maaf sebaliknya mengucapkan perkataan2 dibawah
1.            Pegawai lain yang dating awal mengapa tak ambil kunci, semua sanggup tunggu kat tingkat 17 sebab malas nak turun ambil kunci. Kalau macam nie lepas nie saya pun malas nak tolong (dia salahkan semua pegawai termasuk saya)
2.            Yang u pun kenapa turun ke tingkat 15 sedangkan dah tahu pintu tak bukak lagi (dia salahkan saya)
Senangkan salahkan orang lain….sedangkan dia yang buat salah. Susah agaknya dia nak cakap “maaflah saya lambat dan semua orang tunggu saya”. Susah sungguh nak ucapkan perkataan yang sepatutnya ini. Dia lebih rela menyalahkan orang lain dan menyakitkan hati orang lain daripada nak ucap ‘maaf’.  Anda rasa hanya Si A sahaja yang begitu….tidak…….. semua orang termasuk saya dan anda juga. Kadang-kadang kita tak sedar paling senang menyalahkan orang lain daripada mengaku silap sendiri.  Adakah keadaan akan bertambah baik jika kita menyalahkan orang lain.
Sebenarnya saya dah letih dengan situasi nie. Sejak kecil saya sentiasa disalahkan atas setiap perkara yang berlaku. Saya dah bosan dipersalahkan dan kadang-kadang saya terfikir kenapa saya selalu buat salah…..kenapa orang selalu menyalahkan saya. Saya marah rakan sekerja  rampas hasil kerja saya tapi akhirnya saya pulak yang dipersalahkan sebab tidak mengamalkan sikap berkerja dalam kumpulan akibatnya penilaian prestasi saya rendah dan saya tidak berpeluang jadi pekerja cemerlang walaupun hasil kerja saya cemerlang. Saya tahu dalam dunia nie ‘Keadilan itu Tiada” tapi saya dah bosan dipersalahkan.
Situasi kedua
Kita begitu susah nak ucapkan ‘terima kasih’ terutama kepada orang-orang terdekat kita. Susah untuk ucapkan kata-kata penghargaan tu. Bila kita berada di kedudukan yang tinggi, hargailah pekerja kita….ucapan terima kasih atau puji usaha dia sudah mencukupi.
Rakan sekerja saya nie minat dalam bidang computer dan dia sentiasa sukarela tawar diri jika ada kerja-kerja yang memerlukan kepakaran IT. Satu hari dia diminta oleh boss buat presentation guna show slide, dia Cuma ada 3 jam sebelum event sebenar akan diadakan. Dalam 3 jam tersebut dia bertungkus lumus untuk menyiapkan slide tersebut. Bila tiba masa event, persembahan slide tersebut ditunjukkan kepada tetamu. Rata-rata tetamu memuji kreativiti beliau menghasilkan slide yg cantik wp dalam masa yang singkat tapi apa kata boss “alah kalau saya tak suruh dan push dia nie….tak adanya nak buat, semuanya nak kena disuruh baru nak dibuat”. Lihat…kata-kata boss yang tidak peka nie telah menjatuhkan semangat rakan saya nie. Dia sukarela melakukan sesatu yang bukan dalam skop kerja beliau tetapi beliau telah diperendahkan dihadapan tetamu. Saya yakin dimasa hadapan, staff ini tidak akan offer diri untuk tolong lagi.
Perkataan simple ‘ terima kasih atas bantuan awak….bagus kerja awak nie” inipun boss saya tak mampu nak sebut. Ia bukan situasi asing kepada kita semua…..semua orang pernah hadapi perkara ini.
Kedua-dua situasi diatas hanyalah satu daripada ratusan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita….berlaku disekitar kita. Sebelum kita menyalahkan orang lain….cuba cari dulu kesalahan kita yang membawa kepada perkara tersebut dan ucapkan ‘terima kasih’ sentiasa. Hargailah orang disekeliling kita tak kiralah dia hanya penyapu sampah atau pencuci toilet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...