Tuesday, November 30, 2010

The 5-Days Diet program, DAY 2

DAY 2, Diet menu


Breakfast
  • Oatmeal (1/4 cawan oats) + non fat milk + honey
  • Atau, 2 scrambled or poached egg
Mid morning (jam 10 pagi)
  • 1 gelas susu non fat + honey
  • atau, 1 cawan kopi + non fat milk @ 1 tsp gula
Lunch
  • 1 ketul salmon (yg dibakar pd day 1)
  • With, Mixed green salad, tomatoes, parutan carot, sedikit mayonise/perahan lemon dgn minyak zaitun.
Mid-afternoon
  • Yogurt (168gm)
  • atau, 1 cwn kecil kopi + 1 tsp gula @ susu rendah lemak
Dinner
  • Dada ayam tanpa kulit, dipanggang @ dibakar (masak 2 ketul, 1 untuk esok)
  • With, 1 ketul kentang dibakar (100gm) + 1 tspsour cream
Dessert
  • Grapes with sour cream and brown sugar
Mid night (hanya jika anda terasa lapar)
  • 1 biji epal atau apa2 jenis buah
Pastikan anda mengambil 8 gelas air kosong secukupnya untuk sehari

The 5 days diet program, DAY 1

DAY 1, diet menu


Breakfast
  • Oatmeal (1/4 cawan oats) + non fat milk + honey
Mid morning (jam 10 pagi)
  • yogurt (168gm)
  • atau, 1 cawan kopi + non fat milk @ 1 tsp gula
Lunch
  • 3 hiris ayam atau daging (dalam 100-168gm) dengan mixed green salad + 1 tbsp sos salad
Mid-afternoon
  • Yogurt (168gm)
  • atau, 1 cwn kecil kopi + 1 tsp gula @ susu rendah lemak
Dinner
  • Grriled or pan-fried salmon fillet (cook one extra and refrigerate for tommorrow)
  • With, peas and mixed green salad
  • And, medium baked potato with 2 tsp sour cream
Dessert
  • 1 mangkuk kecil salad buah ( hirisan starwberries, 1 hiris peach, 6 biji anggur dan 1/2 biji epal) + serve with 1 tsp sour cream
Mid night (hanya jika anda terasa lapar)
  • 1 biji epal @ apa-apa jenis buah

Pastikan anda mengambil 8 gelas air kosong dengan cukup.

The 5 days to a flatter stomach program

photo from google


Sebenarnya perut buncit amat ditakuti oleh wanita atau lelaki. Perut buncit bukan hanya berlaku pada orang yang berlebihan berat badan tetapi mereka yang kurus juga tidak terkecuali. Jika anda menerima jemputan majlis makan malam/kahwin/ apa2 pun acara dan anda mencuba pakaian terbaik anda tiba-tiba lapisan huduh merosakkan pakaian tesebut. Anda cubalah program 5 hari mengempiskan kembali perut yang buncit (psst program nie bukan untuk perut buncit yang besar sgt tu....kalau yang tu tak boleh 5 hari tapi kena buat berterusan). 

Program 5 hari nie diambil dari buku 5 days to a flatter stomach by Monica Grenfell. Saya kongsikan kepada anda kerana program nie saya dah cuba dan ianya berjaya. Sesuatu perkara yang baik tu kalau kita hanya tengok dan lihat tanpa ambil/mencuba ia tak bermakna apa-apa. So apa salahnya anda cuba.....5 hari sahaja. Kalau berkesan teruskan lagi dan jadikan amalan. Sebelum cuba, ambil ukuran pinggan dan perut anda. Selepas 5 hari ambil sekali lagi ukuran dan lihat perbezaannya....syaratnya ikut program nie betul2.


Sunday, November 28, 2010

Panduan cepat berkaitan nutrisi

Jika anda hendak diet, ini perkara pertama yang anda perlu tahu iaitu berkaitan dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Pastikan hidangan diet anda dipenuhi dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jom kita melihat setiap komponen nutrisi yang diperlukan.

1. Karbohidrat

Jika anda keliru berkaitan dengan definisi karbohidrat, fikirkan segala yang merupakan daun, batang, buah, bijian, kacang atau grain malah tumbuhan spt daun bayam sekalipun mengandungi karbohidrat.

karbohidrat terbahagi kepada 2 kategori, simple dan komplek. Mereka terdiri dari 3 bentuk iaitu gula, kanji dan fiber.

Karbohidrat simple adalah gula:-
  • Lactose - ditemui didalam susu dan produk tenusu
  • Glucose - ditemui dalam sayuran, buah-buahan dan madu
  • Sucrose - ditemui dalam buah dan sayur
  • Fructose - ditemui dalam buah dan madu
  • Maltose - ditemui dalam barley, malt extract, grains
Karbohidrat komplek pula adalah dalam bentuk kanji yang berada dalam roti, kentang, nasi, pasta, cereal dan kacang manakala fiber pula ditemui dalam 'unrefined food'.

Kebanyakan karbohidrat di serap ketika proses penghadaman kecuali insolube fible.  Fiber yang bagus pula adalah soluble fiber, yang mana ia lebih mudah diserapka oleh usus dan ia adalah;-
  • Quaker oats
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
So pastikan dalam diet anda mengandungi soluble fiber.

2. Protein

20% dari nutrisi harian yang diperlukan oleh badan adalah protein dan setiap sel dalam badan kita memerlukan protein. Tanpa protein, tisu badan tidak boleh diperbaiki dengan efektif atau sel baru tidak boleh tumbuh.

Jika kita mengabaikan pengambilan protein disebabkan crazy diet, ia akan memberi kesan jangkapanjang kepada rupa kita. Protein seperti keratin dan colegen penting untuk kulit dan 'young looking' serta rambut yang kuat dan elestik. Jika rambut anda kerap gugur, anda tahu akan sebabnya....anda kekurangan protein. Protein juga menolong menentang jangkitan dan menolong penghadaman.

Protein datang dari 2 sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. 
  • Protein haiwan - cheese, fish, daging, puultry, susu dan telur
  • protein tumbuhan - gandum, beans, roti, kentang, nasi dan nut
Protein tidak boleh disimpan dalam badan. Lebihan protein akan ditukarkan kepada glucose oleh hati.Jika dalam diet, anda mengambil terlalu banyak cheese dan daging maka berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah osteoporosis, terlalu banyak protein akan menghasilkan kekurangan kalsium.

3. Lemak

Lemak adalah keperluan. Tanpa lemak, vitamin A, D dan E tidak boleh diserap oleh usus dan anda akan menjadi kekurangan vitamin dan akan membawa kepada sakit.

Lemak datang dari 2 sumber iaitu tumbuhan dan binatang.  Ketakutan kepada lemak telah menyebabkan pengamal diet mengabaikan kepentingan lemak. lemak datang dari 2 sumber iaitu:-

Lemak binatang
  • makanan berasaskan susu
  • susu
  • daging
Lemak tumbuhan
  • olive oil, sunflower oil, minyak kacang mengandungi unsaturated yang paling tinggi. Ia selalu disangkakan sebagai baik untuk kesihatan, hakikatnya ia bukan begitu. Semua lemak mengandungi angka kalori yang sama bagi setiap aun.
Satured dan unsatured
  • Lemak saturated - solid dalam suhu bilik seperti butter, yg ditemui dalam kebanyakan produk berasaskan binatang seperti telur, susu dan daging
  • Lemak unsaturated adalah cecair seperti minyak bunga matahari. unsaturated juga terbahagi kepada 2 iaitu monounsaturated dan polyunsaturated.  Sumber monounsaturated adalah termasuk dari avocado, kacang, bijian, minyak zaitun dan minyak ikan.
  • Polyunsaturated tidak boleh dihasilkan oleh badan makan sumber luar perlu diambil dalam bentuk makanan iaitu omega 6 (minyak sayur) dan Omega 3 (minyak soya, minyak ikan, sardin, herrings, mackerel, salmon)
  • Orang dewasa memerlukan 4 gm omega 6 sehari ( segengam almond atau 2 sudu kecil minyak sunflower). Pemgambilan berlebihan akan membahayakan.
  • Omega 3 pula diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja. 1-2gm sehari (segengam walnut atau sedikit minyak ikan). Kekurangan Omega 3 akan membawa kepada lambat pembesaran, masalah kulit dan sistem imunisasi lemah.
4. Transfat

Transfat ditambah dalam produk untuk menghalang ia dari menjadi keras dan 'rancid'. Lihat kepada perkataan 'hydrogenated' pada label makanan seperti margarine. Ia banyak ditemui dalam makanan yang diproses seperti chips, cakes dan cookies.

Jika anda hendak menulakan proses diet, jauhkan diri dari makanan yang diproses.

5. Vitamin dan mineral

Setiap individu memerlukan nutrisi yang berbeza. Vitamin dikelaskan kepada water-solube dan fat-soluble. Vitamin water-soluble adalah Vitamin B dan C. Vitamin ini tidak boleh disimpan dalam tubuh jika ia berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing so tak perlu bazirkan duit mengambil vitamin C setiap hari. Jika ambil vitamin berlebihan akan menjadi racun kepada sistem badan, jadi pastikan anda baca arahan dibotol dengan betul.

Vitamin A, D, E dan K adalah fat-soluble, ia akan disimpan dibadan. jika ambil berlebihan dan ia akan disimpan dibadan maka ia amat berbahaya untuk kesihatan.




khasiat delima @ pemograntage


Satu lagi buah yang jarang kita temui dan agak sukar didapati dinegara ini. Mari kita tengok pulak apakah khasiat buah delima nie mungkin selepas ini kita akan beli apabila terlihat di supermarket dan buat jus daripadanya. Antara manfaat duah delima adalah untuk:-


Menentang Kanser Payudara, paru-paru dan prostat

Penyelidikan telah dibuat di Israel menunjukkan bahawa sari buah delima menghancurkan sel-sel kanser payudara sementara meninggalkan sel sihat saja. Hal ini juga dapat mencegah sel kanser payudara dari pembentukan.


Kajian yang dijalankan pada tikus menunjukkan bahwa sari buah delima dapat menghalang perkembangan kanser paru-paru. Kajian juga dijalankan dan menunjukkan bahawa delima boleh melambatkan kanser prostat pada tikus. (pssst...setakat nie hanya pada tikus, kalau manusia cuba bukan satu kerugian sebab buah delima bukan racun)

Menstabilkan tahap PSA

Dalam sebuah penelitian terhadap 50 laki-laki yang telah menjalani rawatan untuk kanser prostat, 8 aunt jus delima setiap hari telah menstabilkan tahap PSA kepada tahap yang lebih baik, mengurangkan keperluan untuk rawatan lebih lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon.

Melindungi otat bayi


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan pati jus delima boleh melindungi otak bayi dari kerosakan selepas kecederaan atau akibat terhantuk.

Menurunkan tekanan darah dan kolestrol

Jus buah delima dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Melindungi gigi

Penyelidikan menunjukkan bahawa minum jus delima mungkin merupakan cara semulajadi untuk mencegah plak gigi. Di Iran dan Iraq, jus delima yang dibuat sebagai bahan kumuran terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah infeksi sehingga membantu menghilangkan bau mulut.

Kegunaan lain buah delima

kandungan zat tanin dalam buah delima boleh membius cacing gelang, cacing rambu dan cacing pita dalam usus sehingga mereka boleh dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Cara ini digunakan oleh penduduk mesir dan Vietnam.

Dengan memakan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya boleh memulihkan suara yang serak dan menghindari kekeringan kerongkong.

Wah banyaknya kebaikan buah delima so jom kita lihat pula berapa kalori dan zat lain dalam buah delima.


Untuk sebiji buah delima, anda akan memperolehi:-

Energy
189.6 cal
789.6 kJ
Total Fat
0.5g
- Saturated Fat
0g
- Monounsaturated Fat0g
- Polyunsaturated Fat0g
- Omega 3 Fat0mg
- Trans Fat-
Cholesterol0mg
Sodium9.6mg
Total Carbohydrates32.4g
- Dietary Fibre15.4g
- Sugars32.4g
Protein4.6g
Potassium504mg
Iron1.2mg
Calcium33.6mg
Zinc1.0mg
Alcohol0g
Vitamin C33.6mg
Magnesium21.6mg
Retinol equivalent26.4μg
Starch & dextrins0g
Thiamin0.0mg
Riboflavin0.0mg
Niacin equivalent1.7mg
Niacin1.0mg

khasiat betik


Papaya atau betik dalam bahasa kita mengandungi 'papain' yang menolong untuk menghadam makanan. Jom kita tengok apa lagi manfaat betik.

Penyakit jantung:

Betik sangat membantu untuk mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung. Betik merupakan sumber vitamin C serta sumber-sumber yang sangat baik dari vitamin E dan beta-karoten dan tiga antioksidan. Nutrisi ini membantu mencegah pengoksidaan kolesterol.  Kolesterol yang dioksidakan  mampu menempel dan terkumpul di dinding pembuluh darah, membentuk plak berbahaya yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung atau stroke.

Kolesterol tinggi:

Betik juga merupakan sumber serat yang sangat baik, yang telah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi. Asid folat ditemui dalam betik diperlukan untuk penukaran zat yang disebut homosistein menjadi asid amino baik. Homosistein yang berlebihan boleh merosakkan dinding pembuluh darah dan dianggap merupakan faktor risiko yang signifikan untuk serangan jantung atau stroke.

Kanser:

Serat betikserat mampu mengikat racun penyebab kanser dalam usus besar dan menjauhkan mereka dari sel-sel usus yang sihat.Selain itu, papain, vitamin C, beta-karoten, dan vitamin E masing-masing dikaitkan dengan penurunan risiko kanser usus besar. Nutrisi ini memberikan perlindungan signifikan untuk sel kolon dari kerosakan radikal bebas pada DNA mereka.Meningkatkan nutrisi dengan menikmati betik adalah idea yang sangat baik untuk individu pada risiko kanser usus.

Keradangan:

Enzim-enzim yang terkandung dalam betik dapat membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyembuhan dari luka terbakar

Wah banyaknya manfaat betik so sekarang jom kita lihat pulak berapa banyak yang patut kita ambil sehari-hari terutama bagi mereka yang mengawal pengambilan kalori.

Satu cawan potongan isi betik mengandungi:-


Nutrition Details
Energy51 cal
213 kJ
Total Fat0.2g
- Saturated Fat0g
- Monounsaturated Fat0g
- Polyunsaturated Fat0g
- Omega 3 Fat0mg
- Trans Fat-
Cholesterol0mg
Sodium10.5mg
Total Carbohydrates10.4g
- Dietary Fibre3.5g
- Sugars10.4g
Protein0.6g
Potassium210mg
Iron0.8mg
Calcium42mg
Zinc0.5mg
Alcohol0g
Vitamin C90mg
Magnesium21mg
Retinol equivalent228μg
Starch & dextrins0g
Thiamin0.0mg
Riboflavin0.0mg
Niacin equivalent0.6mg
Niacin0.5mg


Secawan potongan betik sahaja untuk sekali makan. Ada perkara lucu yang berlaku pada saya dalam mengikut menu diet thebiggestloserclub. Dalam hidangan snack diletakkan secawan pawpaw....puaslah saya fikir apa itu pawpaw bila taip kat google translate rupa-rupanya pawpaw tu adalah betik atau papaya. Jadi betik adalah salah satu hidangan snack yang amat berkhasiat.

Khasiat pisang

Pisang....buah tanpa musim. Setiap masa ia ada disekitar kita, mudah didapati dan murah. Jom kita lihat pula khasiat dan kalori yang terkandung dalam sebiji pisang.

Pisang amat terkenal kerana kandungan potassium tetapi pisang juga amat tinggi dengan vitamin B6. Vitamin B6 amat penting dalam menjaga metabolisma yang sihat dan sistem kekebalan tubuh. Manfaat lain pisang adalah untuk membantu menghalang radang perut terutama jika anda gabungkan pisang dengan segelas susu sebagai satu kombinasi bersama. Ia akan membantu menurunkan mengurangkan jumlah asid yang terpendam dalam perut. Isi pisang yang lembut melapisi dinding-dinding perut dan usus sehingga boleh menjadi lapisan anti radang. 
Oleh kerana pisang mengandungi potassium yang tinggi maka pisang adalah cara yang mudah untuk meningkatkan tahap tenaga. Hari sabtu, selalunya saya hanya mengambil minuman protein sebagai sarapan sebelum ke gym, setelah beberapa jam melakukan excersice maka saya perlukan tenaga segera sebelum mengambil makan tengahhari jadi sebiji pisang sentiasa ada sebagai bekalan saya dalam beg gym. 


Pisang amat berkhasiat kan, jom kita tengok pula apa mineral dan kalori yang terkandung dalam pisang.

Untuk setiap pisang bersaiz sederhana (7-8" panjang), anda akan dibekalkan dengan:-

Kalori: 105
Protein: 1.3 grams
Karbohidrat: 26.9 grams
Lemak: 0.4 grams
Fiber: 3.1 grams

Pisang harum manis mengandungi kalori yang lebih sedikit dari diatas. So anda dah tahu berapa biji yang anda perlu ambil sehari. Jangan lebih dari sebiji jika anda dalam proses mengawal kalori. pisang memang sedap dimakan tapi janganlah sampai sesikat pisang sekali makan. Melampau sangat.....monyet hanya makan pisang sahaja sehari2, mereka tak makan nasi, daging, ayam, bugger, roti sebab tu kalau mereka makan sesikatpun tak apa.

Khasiat avokado


Avokado sejenis buah yang amat jarang mendapat perhatian dari kita semua. tidak seperti buah-buahan yang lain yang 100% bebas lemak tapi anda tidak boleh berkata begitu terhadap avokado. Kandungan kalori, lemak dan minyak yang tinggi didalamnya bukan sahaja menjadi sumber tenaga utama yang diperlukan terutama pada ketika berpuasa tetapi juga mengurangi kadar kolestrol dan menjaga kelenturan otot-otot sendi. Avocado amat bagus dalam membekalkan asid oleic yang boleh menperseimbangkan kadar kolestrol dalam badan dengan hanya mengambilnya selama 7 hari berturutan. Avocado juga mengandungi potasium yang bagus untuk seseorang yang aktif menjalankan latihan/excersice seharian dalam membekalkan tenaga.

Nutrient yang utama dibekalkan oleh avokado adalah vitamin K. Secawan avokado membekalkan lebih 35% dari keperluan vitamin K anda seharian. Vitamin K memainkan peranan besar dalam kemampuan darah untuk berfungsi, jadi pastikan anda mendapatkan secukup bagi kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Kita dah tahu akan kebaikan avokado, sekarang jom kita lihat pulak berapa kalori dan nutrient yang ada dalam avokado.

Untuk setiap 1 cawan potongan isi avokado mengandungi:-

Kalori: 234
Protein: 2.9 grams
Karbohidrat: 12.4 grams
Lemak: 21.5 grams
Fiber: 9.8 grams

Sekarang anda dah tahu khasiat avokado dan kandungan kalori dalam avokado jadi anda dah tahu berapa yang patut anda ambil. Amalkan sikap bersederhana dalam segala hal. Setiap sesuatu yang baik akan bertukar menjadi buruk jika diambil berlebihan.

Khasiat Epal


Epal amat dikenali kerana kandungan fiber didalamnya. Oleh kerana fiber memainkan peranan penting dalam diet maka epal menjadi pilihan yang terbaik terutama jika kita cuba mengawal pengambilan kalori.

Epal mengandungi vitamin C yang menolong memperkuatkan sistem imunisasi dan menghalang kita daripada mudah jatuh sakit. Kombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam epal serta kandungan asid oksalik membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia yang kuat tetapi selamat 'membebaskan' kotoran yang ada pada usu besar yang telah mendap berhari-hari, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam epal juga mampu mengurangkan kadar kolestrol yang menganggu fungsi jantung

So apalagi dapatkan sebiji epal sehari dalam diet harian anda. jadikan kudapan anda terutama diwaktu malam apabila perut anda terasa lapar dan kandungan fiber dalam epal menghalang niat anda untuk makan lewat malam.

Tunggu dulu....jom kita tengok pulak kandungan kalori dalam epal. kita kenalah tahu berapa kalori dalam epal kan sebelum mengambilnya.

Untuk setiap epal yang bersaiz sederhana (3" diameter) yang anda makan, anda akan mengambil:-

Calories: 95
Protein: 0.5 grams
Karbohidrat: 25.1 grams
Lemak: 0.4 grams
Fiber: 4.4 grams

 
Sekarang anda dah tahu berapa kalori dalam sebiji epal bersaiz sederhana so ambil sebiji sehari sudah mencukupi.

Saturday, November 27, 2010

Pengenalan

Malam nie ketika saya sedang mengemas dan membelek majalah-majalah dan buku-buku lama tersimpan, saya baca tips, petua, info kesihatan, resipi sihat dan segala informasi berguna yang berada dalam majalah dan buku tersebut. Info itu hanya berguna kepada saya seorang dan hanya berada dalam otak saya seketika sebelum saya lupa tapi bila saya tutup majalah @ buku tu maka info tadi hilang.

Saya terfikir untuk menghimpunkan semua info berkaitan dengan kesihatan dan simpan dalam satu medium yang mana memudahkan saya, anda dan sesiapa sahaja untuk membacanya dan kita berkongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...